My Readers

Saturday, February 1, 2020

Akhirnya Sempurna!




Abah, Mak, ini hadiah Man untuk kalian!
Alhamdulillah, jumaat hari ini membawa rahmat dan barakah yang cukup besar untuk saya. Genap 2 bulan menunggu, hari ini saya terima Surat Senat dari pihak siswazah USM menandakan saya sudah lulus dan layak dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
Inilah impian saya sekian lama. Sejak dari bangku sekolah lagi, saya bagitahu arwah abah yang saya nak belajar sampai PhD.

Perjalanan selama 3 tahun lebih ini bukanlah satu perjuangan yang mudah untuk saya. Niat di hati nak tamatkan pengajian bawah tempoh 3 tahun tidak kesampaian. Allah uji saya dengan sakit dan kehilangan orang-orang yang saya sayang. Namun, Allah titipkan kekuatan agar saya habiskan perjuangan yang saya sudah mulakan ini. Biarlah jika perlu habiskan dengan tempoh yang lebih lama sekalipun, janji saya mesti sampai ke penghujungnya.
Tiadalah daya dan upaya saya untuk menamatkan perjuangan ini jika tidak kerana insan-insan yang Allah hadirkan untuk terus menyokong saya. Jutaan terima kasih buat semua, penyelia utama saya, Prof. Osman Md Yusoff, penyelia bersama, sahabat-sahabat dan staff sokongan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Pusat Siswazah USM. Sungguh, jasa kalian semua akan saya kenang sampai bila-bila
Saya masih ingat suatu ketika saya di tingkatan lima dan tinggal di sekolah asrama. Abah datang naik bas dari kampung ke bandar Kuantan. Saya jumpa abah di perhentian bas. Abah bagi saya duit belanja. Abah minta maaf sebab abah tak boleh nak ambil teksi ke asrama. Duit yang ada hanya cukup-cukup untuk abah bayar tiket bas untuk pulang semula ke kampung. Abah pesan supaya saya belajar rajin-rajin. Biar abah susah tak apa, janji anak-anak abah dapat belajar dan cukup makan. Allahu, sungguh abah adalah hero saya.
Sesungguhnya, ini hadiah saya untuk arwah abah dan mak, juga buat adik-beradik saya yang banyak berkorban untuk pastikan saya dapat pendidikan terbaik. Tidak sabar rasanya untuk meraikan konvokesyen pengajian PhD saya Oktober nanti. Lengkap sudah pengajian diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan kini ijazah doktor falsafah. Syukur!

Abdul Rahman Abdul Latip
Ph.D (Policy & Planning)
Universiti Sains Malaysia

Wednesday, October 3, 2018

Tuhan, Aku Tidak Kuat.



Allahu. Tak tahu nak describe macam mana tapi aku betul-betul rasa nak give up dengan semua yang aku tengah buat sekarang. Tak nak buat apa-apa dan tak nak fikir apa-apa. Sungguh, aku tak pernah salahkan takdir. Aku tak pernah cuba untuk mempersoalkan setiap apa yang Allah telah tetapkan. Cuma adakalanya aku rasa macam dah tak kuat nak hadapi semua ni. Ujian yang Dia hadirkan untuk aku terlampau hebat. Aku hanyalah seorang hamba yang hina, dengan iman yang amat tipis. 

Sejak hampir setahun lepas, aku diuji dengan masalah kesihatan dans ampai sekarang, aku masih lagi dibelenggu dengan masalah ini. Aku tak tahu bila masalah ini akan temui penghujungnya. Beberapa minggu selepas pembedahan yang pertama, sahabat baik yang paling aku sayang dijemput Ilahi. Selepas keluarga aku, dia adalah insan yang paling rapat dengan aku. Macam-macam benda yang kongsikan bersama. Impian yang kami sama-sama kejar kini hanya tinggal aku yang terus berjuang, berseorangan. 3 bulan berikutnya, aku jalani pembedahan untk kali kedua dengan harapan masalah kesihatan yang aku alami selesai. Aku terus kuat. Aku cuba untuk kekal positif sebab aku yakin di sebalik ujian yang Allah bagi ni, Dia sedang mengajar aku sesuatu. Hikmah yang mungkin aku tak nampak hari ni tapi baik buat aku untuk hari esok. Aku sabar. Aku cuba berfikir sepositif yang mungkin. 

6 bulan berlalu, masalah kesihatan ini ternyata masih membelenggu aku. Hampir setiap 2 minggu aku berulang-alik ke hospital. Masih juga belum selesai. Bulan depan, aku akan jalani pembedahan kali ketiga, dengan harapan moga Allah hadirkan kesembuhan total buat masalah kesihatan yang aku hadapi. 

Pertengahan Ogos yang lepas, aku diuji dengan ibu angkat yang aku sayangi dimasukkkan ke hospital. 5 hari awal di wad biasa dan selepas itu dipindahkan ke Wad ICU kerana keadaan kesihatannya semakin membimbangkan. Aku dan satu-satunya anak kandung dia kekal positif yang mak akan sembuh. Setiap hari, kami ke hospital, bersembang dengan dia walau pada hakikatnya dia tidak bagi apa-apa respon. Kami tahu, hanya Dia yang mampu hadirkan keajaiban untuk kesembuhan mak. Akhirnya, tanggal 15 September, tepat jam 4.25 petang, Allah ambil kembali mak yang dia pinjamkan untuk kami. 10 tahun yang cukup bahagia mengenali dia. Kini, aku kembali keseorangan, 

Allahu, keadaan ini cukup sukar untuk aku. Mampukah aku hadapi hari esok? Hanya kepadaMu aku berserah wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Saat ini, hambaMu ini tidak kuat Ya Allah. 

Monday, October 1, 2018

Terima Kasih untuk Segalanya, Mak!




Bismillahirrahmanirrahim.
Tepat jam 4.25 petang 15 September yang lepas, perginya seorang insan yang amat saya kasihi. Satu-satunya ibu yang setia menyayangi saya sejak 10 tahun lepas. Ketika mana saya masih meratapi pemergian ibu kandung saya, dia hadir mengusap lembut kepala saya. Katanya, kalau sudi anggaplah dia seperti ibu sendiri.
Sejak itu, tidak pernah sedikitpun dia anggap saya seperti orang asing. Setiap kali berkunjung ke rumah, saya dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Lauk kegemaran saya sentiasa tersedia di atas meja makan. Mukanya tidak akan senyum selagi saya tidak habiskan semua makanan yang dimasak. Setiap kali menjelang musim peperiksaan, dialah yang paling sibuk, membacakan yassin, membuat solat hajat, dengan harapan kedua-dua orang anaknya berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Menjelang akhir syawal yang lepas, saya menjemputnya ke rumah. Dia tetap datang walaupun keadaan kesihatannya kurang baik. Dia masuk ke bilik saya dan berdiri lama di balkoni. Dia kata seronoknya saya dapat lihat pemandangan yang cantik hari-hari. Gayatnya dengan tempat tinggi hilang serta-merta. Rupa-rupanya itulah kali pertama dan terakhir dia berkunjung ke rumah saya.

Ketika saya menjaganya di hospital, banyak cerita yang kami kongsi. Saya sempat menyuapkan dia makanan dan ubat. Ada satu masa, dia teringin makan bihun sup lalu saya turun ke kedai di belakang hospital untuk membelinya. Walaupun masin, dia tetap makan juga sebab nak jaga hati saya. Saya janji yang saya akan masakkan sup ayam yang sedap untuk dia nanti. Dia senyum seraya berkata, “Mak tunggu man masak sup ayam untuk Mak ya”
Sebelum balik ke rumah, saya kucup tangan dia. Saya puas hati dapat jaga dia untuk hari tu. Tiba-tiba dia berseloroh, “puas Man jaga mak ya. Mak tak tahulah. Rasanya tak lama dah ni.” Allahu, hati saya tersentak. Saya tak suka dia cakap macam tu. Saya janji dengan dia saya akan datang jaga dia lagi.
Namun, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat dia. Lebih tiga minggu kami jaga dia di hospital, kami bawa mak pulang ke rumah. Ternyata dia disayangi ramai. Tetamu tidak putus-putus datang ziarah mak. Dari saudara-mara, kawan-kawan sehinggalah ke anak-anak murid mak. Semua mendoakan yang terbaik untuk mak. Segalanya berakhir dengan baik. Mak pergi tika selesai azan asar berkumandang.
Rehatlah mak di sana. Kami akan sentiasa ingat segala pesan mak. Kami janji akan sentiasa ada untuk satu sama lain seperti yang mak nak. Kasih sayang yang mak bagi untuk hampir 10 tahun ni amat sempurna. Tiadalah yang dapat membalasnya melainkan rahmat Allah buat mak di sana. Terima kasih untuk segalanya ibuku sayang.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Lapangkanlah kuburnya, angkatlah azab kubur daripadanya, berikanlah limpahan syurga al-jannahMu kepadanya dan masukkanlah dia dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.





Friday, July 27, 2018

Mengenangmu, Sahabatku!

Ini pula catatan kedua saya mengenang pemergian sahabat terbaik yang pernah saya ada. Aku rindukan kau sahabat!




6 tahun lepas, kami hadiri majlis konvokesyen untuk Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Shah Alam. Ketika itu saya sudah memulakan pengajian peringkat Degree di tempat yang sama iaitu UiTM Merbok dan beliau menyambung pengajian di Sydney, Australia.
Secara kebetulan, kami memakai kemeja dengan warna yang sama dan insan yang mengambil gambar kami ketika ini adalah arwah ibunya. Hajat di hati memang nak melawat beliau di sana tetapi habis sahaja pengajian, saya pula terbang ke London untuk memulakan pengajian peringkat Master.

Kami tetap kekal berhubung macam biasa sampailah beliau menelefon saya pada Disember 2013 dengan nada yang sangat ceria. Beliau meminta saya balik ke Malaysia pada Jun 2014. Katanya ada majlis. Aunty pun rindu saya katanya, lama tak jumpa kawan baik anak dia ni.
Seminggu sebelum pulang ke Malaysia, saya dapat mesej dari beliau. Ketika tu, saya baru nak masuk dewan peperiksaan untuk paper terakhir saya. Beliau minta saya doakan ibunya yang sedang nazak. Saya terkejut sebab dia tak pernah bagitahu saya pasal sakit ibunya.
Saya masuk dewan dan habiskan dulu exam. Bila saya on semula handphone setelah keluar dari dewan, tertera mesej dari beliau memaklumkan yang ibunya telah pergi untuk selama-lamanya. Sungguh, saya hanya mampu doakan dari jauh agar dia kuat harungi ujian tersebut.
Beliau tunggu kepulangan saya di KLIA. Saya peluk dia erat. Saya tahu dia perlukan saya untuk luahkan segala rasa sedihnya. Bagi dia, ibunya adalah segala-galanya. Dia rasa kosong yang amat sangat. Saya faham, kerana ibu bapa saya juga telah pergi buat selama-lamanya.
Sepatutnya kami rancang nak tunaikan umrah bersama-sama pada tahun hadapan. Dia kata dia rindu mak dia, dia rindu kaabah. Dia teruja cerita dekat saya bagaimana puasnya dia rasa dapat mengerjakan umrah bersama arwah ibunya.
Sahabatku, tenanglah kau di sana. Tak ada apa lagi yang kau perlu gusarkan. Aku sentiasa mendoakan agar kau bahagia menemui penciptamu kerana kau, aku dan kita semua adalah milikNya. Aku akan sentiasa merindukan kamu sehingga akhir hayatku, wahai sahabatku.

Tuesday, July 24, 2018

Kau Sahabatku, Kau Teman Sejati

Coretan ini saya nukilkan khas pada 13 November tahun lepas, sehari selepas pemergian sahabat baik saya, Allahyarham Mohamad Bashah. Mohd Basroh {19.09.1989 - 12.11.2017}



Kau sahabatku, Kau teman sejati. Hampir 10 tahun kita kenal, kau adalah sahabat paling baik pernah aku ada. Pantang aku kata aku ada masalah, kau orang pertama yang akan datang bantu. Keluarga kau aku kenal, apatah lagi keluarga aku, semua sayangkan kau.
Kau kata, apa guna kawan kalau tak ada masa susah dan senang. Kau buktikannya tanpa sikit pun kau merungut atau mengungkit. Kau kata, biar tak ramai kawan, janji kau hargai, sayangkan kawan-kawan kau.
3 bulan lepas, kita sama-sama kembali ke UiTM Kedah, tempat pertama kita kenal. Waktu tu, kau sangat teruja. Kita bersua kembali semua pensyarah yang ada. Kata mereka, tak sah la kalau Man datang tak bawak Bashah. Kau turutkan semua permintaan aku. Kau nak aku happy.
3 minggu lepas, waktu aku di hospital, hampir setiap hari kau datang. Kau bawak semua makanan kesukaan aku tanpa aku minta. Kita sembang panjang. Macam-macam yang kau luahkan. Pasal jodoh, pasal keluarga, pasal kerja, dan aku pelik tentang satu perkara. Kau kata kau nak pindah rumah, penat duduk rumah tingkat atas. Kau nak duduk rumah kat tanah.
Hari ini, Kau pergi tinggalkan aku tanpa pesan. Semua orang tanyakan aku pasal kau. Mereka tak percaya, yang kau dah pergi untuk selama-lamanya. Aku terduduk, tak tahu apa nak kata. Aku hilang sahabat yang paling aku sayang. Setiap kali aku nak cerita pasal kau, air mata aku keluar. Aku cuba tahan, tapi aku tak boleh. Aku sayangkan kau Bad. Aku rindukan kau!
Aku janji, aku akan simpan segala memori kita. Aku akan teruskan segala impian dan cita-cita kita. Aku nak cepat sembuh, sebab aku tahu kau tak suka aku sakit. Aku tak sangka, ucapan jaga diri sebelum kau balik dari melawat aku tu adalah ucapan terakhir kau buat aku. Aku baik-baik sahaja sahabat.
Duhai sahabatku Mohamad Bashah, damailah dikau di sana. Aku sayangkan kau tapi ternyata Tuhan lebih sayangkan kau. Moga syurgalah termpatmu sahabat. Terima kasih atas segala-galanya. Aku redha, aku terima, setakat ini sahaja Tuhan pinjamkan kau buat kami semua. Moga kita bertemu kembali di syurga, sahabatku.

Thursday, May 3, 2018

Setengah Mati Merindu

MEI
Bulan yang cukup istimewa bagi saya. Di kalangan adik-beradik, sayalah yang sentiasa ingat tarikh lahir semua. Saya akan tulis di diari dan semenjak ada telefon bimbit, saya akan tanda di kalendar untuk ingatan. Saya sentiasa nak jadi orang pertama untuk ucap selamat, dari dulu sampai sekarang.
Bulan ini, ada beberapa tarikh penting bagi saya. Salah satunya adalah sambutan Hari Ibu yang akan disambut pada 13 Mei ini dan yang lagi penting, hari ini merupakan hari kelahiran mak. Kalau mak masih ada, tahun ini mak berumur 63 tahun.

Mei 2009. Tahun ini adalah tahun terakhir saya meraikan hari lahir mak dan hari ibu di rumah kakak saya. Saya buat kejutan belikan mak kek. Saya masakkan lauk kegemaran mak. Walaupun pada masa tu mak tak berselera untuk makan, dia tetap senyum ucapkan terima kasih. Saya puas dapat lihat wajah mak gembira.

20 tahun Allah pinjamkan mak untuk saya. Kini, hampir 9 tahun mak pergi ke pangkuanNya. Saya redha dengan apa yang Dia telah tetapkan. Wajah ini tak pernah saya lupakan walau sedetik pun. Dialah wanita yang paling mulia yang saya cintai. Dialah ratu hati saya. Saya merinduinya setengah mati.

Mak, Abah, damailah kalian di sana. Hanya doa dapat anakmu titipkan agar kalian dikasihi olehNya. Ya Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosanya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya dan hapuskanlah segala kesalahannya dengan rahmatMu.
Saya rindukan syurga saya. Al-fatihah untuk kedua ibu-bapa saya yang telah pergi mengadap Ilahi.

Tuesday, August 8, 2017

Separuh Masa Pertama Hampir Tamat!

Fuhhhhh! Berhabuknya rasa blog ni. Lama sangat tak menconteng kat sini. Last update pun bulan 2 lepas. Masa tu kira-kira ada 3 minggu lagi sebelum Proposal Defense. Ingat lagi, seminggu sebelum nak bentang, Prof suruh bentang dekat dia dan Co-SV dulu. Memang tak berapa nak ready sebab otak serabut fikirkan macam-macam menda. Sekali kena komen, tercengang jugak aku. Rasa teruk sangat masa tu. Kalaulah macam tu performance aku, memang kena tibai la aku dengan semua panel. Balik je hostel, terus aku ubah slides, perbaiki sepertimana yang Prof dan Dr Din komen. Berpuluh kali jugak la aku praktis untuk pastikan aku lancar dan bentang apa yang patut sahaja sebab dia bagi 10 minit je kot. Selebihnya Q & A session. 

Akhirnya, tepat 9.35 pagi 24 Februari tu aku bentang. Alhamdulillah, lidah aku lancar, satu-persatu aku terangkan dengan baik. 10 minit tu aku gunakan sebaiknya. Habis je bentang, panel tanya, 'Rahman, where are you from? Your Master? Are you a lecturer before?' Then aku jawab, 'I'm an Academic Fellow at School of Social and Economic Development, Universiti Malaysia Terengganu. I did my Master Degree at King's College London'. Lepas tu semua pakat cakap 'patut laaa'. Aku senyum je sambil pandang Prof dan balas balik ' I did practice more than 20 times'. Semua yang ada dalam tu pun pakat gelak. Alhamdulillah, aku lulus dan ada beberapa perkara perlu ditambahbaik sebelum aku boleh keluar untuk field work. Esoknya terus aku pergi bercuti seminggu. Reward la untuk diri sendiri walaupun aku rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki. Habis je bercuti, terus sambung perbaiki Questionnaire dan soalan-soalan untuk Interview dan Focus Group Discussion. Agak mencabar jugak sementara nak dapat turun ke lapangan. Hampir sebulan tunggu kelulusan dari pihak-pihak yang berkaitan. 

29 April lepas aku mula turun ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing (Johor) untuk selesaikan kerja lapangan. Sebulan jugak aku ke semua tempat tu. Allah temukan aku dengan insan-insan yang baik, sudi membantu malah aku tak sangka jugak boleh habis collect data dalam tempoh yang agak singkat. Tolak campur dalam tiga bulan la selesai semuanya. Susah jugak sebab aku buat mixed methods. So aku target dalam Ogos dan September nak siapkan data entry dan terus mula analisis. Pejam celik pejam celik, dah nak habis semester 3. Bermakna satu tahun setengah dah berlalu. Separuh masa pertama hampir tamat. Bulan depan, mula separuh masa yang kedua, yang aku kira semakin mencabar dan mendebarkan. Tetiba terdetik dalam hati, mampu ke aku buat semua ni? Macam-macam perasaan datang. Apa pun, aku redah je dulu, Buat sehabis baik yang aku mampu. Terima kasih sangat untuk Prof yang sangat memahami dan sentiasa berikan tunjur ajar, nasihat, kata-kata semangat dari awal aku mula sampai ke hari ni. Perjuangan belum selesai. Untuk Pn. Pensyarah (dulu panggil Cik, tapi le kena Pn la sebab dia dah kahwin), sila bagi tips nak publish dalam journals berimpak tinggi ya. Aku plan nak publish satu article tahun ni. And to all my readers, please pray for my success. You will be blessed. Thanks 

Friday, February 3, 2017

Hati dan Akal



Orang kata ikut rasa, binasa, ikut hati, mati! Bila umur dah meningkat ni, rasa tu makin kerap datang. Hati kata jangan, tapi otak berkali-kali kata mahu. Bila sekeliling kau mula mengiyakan yang kau patut saja teruskan, kau mula berkira-kira. Adakah patut untuk kau ikutkan kata hati? atau mungkin kau turutkan saja apa yang bermain di akal. Buntu, sungguh aku buntu! Beberapa minggu aku fikirkan logiknya. Akhirnya hari ni aku putuskan untuk tangguhkan saja apa yang berlegar dalam fikiran ni. Biarlah ia tergendala buat satu atau dua tahun lagi. Pokok pangkalnya, aku mesti berbalik kepada niat asal. Cita-cita dan harapan yang aku bayangkan, yang aku cuba sebaiknya untuk realisasikan. Sabar, tak lari gunung dikejar. Ayat untuk sedapkan hati mungkin. Aku belum bersedia untuk lepaskan semuanya. Beban di bahu ni masih perlu aku galas. Satu-persatu sedang aku usahakan agar tiba masanya nanti, aku mampu untuk tersenyum tanpa rasa kelat,ralat. Tuhan tahu apa aku rasa. Dia tahu, bila saat dan waktunya. Jangan keliru dengan akal. Jangan juga kau diperbodohkan oleh kata hati. Tetap tenang, tempuhi waktu-waktu yang ada. Syukur, itu kuncinya! 

Wednesday, October 5, 2016

Ph.D: Bahangnya makin terasa


Sebelum nak mula study pagi ni, memang aku perlukan terapi. Bila dah luahkan dekat kawan baik, aku rasa lega sikit. Ph.D, memang sesuatu yang menggerunkan bagi aku sekarang. Awalnya tak terasa sangat, tapi sekarang aku dah mula terasa bahangnya. Bukan senang untuk aku hadapi journey ni sorang-sorang dan aku faham kenapa masa pertama kali aku meeting dengan Supervisor, dia suruh aku kahwin cepat-cepat. Bukan pasal umur yang semakin meningkat tetapi perjalanan Ph.D ni sangat mencabar dan kau perlukan seseorang untuk sentiasa menyokong kau dalam apa jua keadaan, jatuh dan bangun, suka dan duka. Terus tetiba malam semalam aku rasa nak kahwin walaupun aku tahu menda tu takkan dapat aku buat dalam masa terdekat ni. Selepas mak abah takde, dan adik beradik pun sibuk dengan hal masing-masing, aku memang hanya ada kawan-kawan yang boleh aku percaya dan kongsi apa yang aku rasa. Dan aku juga kena faham yang masa berlalu dan keadaan tak mungkin sama macam yang kau sentiasa harapkan. Hari ni mungkin kau dapat lepak, sembang-sembang, gelak-gelak dengan dieorang tapi esok belum tentu. Bila jauh, segalanya akan turut jauh. Masing-masing ada komitmen dan setiap kali aku nak kongsi, aku mesti fikirkan dieorang dulu. Takut-takut dieorang sibuk dan for sure aku tak nak tambahkan lagi masalah dieorang. Bagi yang memahami, aku syukur sebab tolong sama-sama cuba selesaikan masalah aku. Ph.D, memang akan buat kau tidur tak lena. Setiap pagi kau bangun dengan harapan yang kau akan dapat ilham untuk menulis dan lengkapkan puzzle yang masih belum terjawab. Makin kau baca, makin kau rasa banyak lagi yang tak selesai. Sampai satu tahap kau rasa diri kau bodoh sangat. Kau mula fikir negatif dan kecewa dengan diri sendiri. Kau rasa nak give up dengan segala cita-cita dan impian yang selama ni kau dambakan. Semua perasaan ni aku tengah lalui sekarang. Aku cuba sehabisnya untuk kembali positif, selesaikan satu-persatu dan kembali untuk betul-betul senyum teruskan perjalanan yang aku tak tahu bila kesudahannya. Mohon doanya semua. 

Monday, August 15, 2016

Cabaran melangkah ke alam universiti



Bila tengok post Abang Raja berkaitan susahnya anak-anak miskin nak masuk universiti, tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis, berkongsi penglaman aku dulu sewaktu nak mendaftar ke UiTM. Aku jugak sama seperti mereka. Anak peneroka Felda yang punya impian besar untuk sambung pengajian ke peringkat universiti, nak dapat kejayaan yang cemerlang dan kerja yang bagus-bagus. Aku nak balas jasa mak dan abah. Taknak lagi tengok dieorang susah. Masa dapat tawaran untuk Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Merbok, aku dah resah. Bukan kerana jauh di Kedah tempatnya tapi memikirkan macam mana nak bayar yuran pendaftaran. Tak silap aku masa tu (pengambilan Disember 2007) yuran dalam RM 500 dan ada tambahan RM 200 ++ untuk bayaran pelbagai. Apa aku buat? Pertama, aku dapat tawaran dalam bulan 9. Minimum aku ada 3 bulan untuk ikhtiar cari duit. Kebetulan masa tu aku kerja sebagai cashier di Restoran sepupu aku di Kuang, Sg Buloh. Gaji sekitar RM 800-RM 900 sebulan.  Jadinya dapat la jugak aku menyimpan. Kedua, masa aku balik kampung, aku mintak tolong kakak aku untuk bawak surat tawaran ke pejabat Felda. Setahu aku bagi yang nak sambung Diploma, Felda ada bagi bantuan RM 500. Bagi yang Degree akan dapat RM 1000. Hanya sekali sahaja bantuan akan diberikan. Jika dah dapat untuk Diploma, maka tidak layak untuk mendapat bantuan bagi peringkat Degree. Ketiga, aku sendiri pergi ke Yayasan Pahang untuk dapatkan geran bantuan pelajar IPT. Yayasan Pahang bagi RM 1000 kalau tak silap. Ini memang khas untuk anak Pahang yang bakal sambung belajar ke IPTA dan IPTS terpilih. Memang pejabat Yayasan Pahang dah ada senarai nama. Tinggal pergi, sahkan dokumen dan terus dapat cek. Keempat, pihak PTPTN sendiri mengambil inisiatif memberi Wang Pendahuluan kepada bakal mahasiswa berjumlah RM 1500. Yang ni aku tak mohon pun, Tengok-tengok sampai cek dekat rumah. Jumlah ni dia akan tolak balik dari pinjaman bagi semester ketiga atau keempat. Untuk makluman, semua pelajar IPTA layak untuk memohon PTPTN. Tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman MARA atau lain-lain. Setiap semester aku akan dapat RM 2500. Tolak yuran tinggallah dalam RM 2000.  Duit itulah yang perlu berjimat cermat untuk sepanjang semester. Kelima, aku ada mintak juga bantuan zakat dari universiti. Kebiasaannya memang akan dapat cuma jumlahnya berbeza mengikut bajet yang sedia-ada ketika itu. Boleh mohon sekali bagi setiap semester. Kalau anak Pahang, boleh jugak cuba bantuan Dermasiswa. Kena isi borang dan kepilkan keputusan semasa. Syaratnya perlu lulus semua subjek. Permohonan setahun sekali dan jumlah bantuan yang akan diberi adalah RM 1200. Keenam, semasa dalam tempoh pengajian Diploma, setiap cuti semester aku akan bekerja. Aku sangat berterima kasih buat kakak sepupu aku yang sangat membantu. Anytime aku nak datang dan perlukan kerja, tak pernah dia kata tidak. Kalau tak bekerja di restoran, aku akan bekerja di kedai daging kepunyaan syarikat mereka. Itu yang aku buat untuk survive. Aku takkan mintak duit dari abah. Kalau sesak dekat-dekat hujung semester, aku biasanya akan mintak tolong abang atau kakak. Dapatlah buat belanja sikit. 


Aku bersyukur sebab dapat sambung di UiTM. Serba-serbi murah dengan fasiliti yang cukup lengkap. Lagi satu sebab aku dapat UiTM Merbok, nun jauh di Kedah yang kos sara hidupnya sangat murah. Itu sebab jugak aku kekal dekat sana sampai Degree. Alhamdulillah, aku selesai pengajian peringkat diploma dengan cemerlang. Then, aku sambung degree di tempat yang sama. Lega sikit sebab dah prepare awal. So aku tahu apa yang patut aku buat. Sementara nak dapat duit pinjaman PTPTN, aku memang agak sakit nak survive. Nasib baik ada En Koordinator yang banyak membantu. Dialah yang dahulukan duit makan untuk aku dan selalu ajak aku keluar makan sekali dengan dia. Kadang-kadang aku tolak sebab segan tapi dia tetap nak bantu. Pada masa yang sama aku ada ambil upah jadi Research Assistant dia.  Tak ada perkara yang lebih baik untuk balas segala jasa mereka yang dah banyak membantu aku melainkan dengan mendapatkan keputusan yang terbaik. Aku cuba untuk seimbangkan antara belajar dan jugak aktiviti persatuan. Aku taknak jadikan sibuk dengan aktiviti bukan akademik sebagai alasan untuk aku ponteng kelas atau tidak fokus belajar. Keutamaan aku adalah belajar sebab tak ada siapa yang akan bantu aku kalau aku gagal. Apa yang aku nak dan apa yang dah aku capai hari ni adalah hasil usaha keras dan doa mereka yang sentiasa menyokong aku. Tak ada jalan singkat untuk berjaya dek. Dapat Anugerah Dekan setiap semester dan Anugerah Naib Chancelor beserta Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) Kelas Pertama semasa Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-78 adalah perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidup aku. Tapi sayangnya, mak tak sempat tengok aku bergraduasi hatta untuk peringkat Diploma sekalipun sebab mak telah pergi buat selama-lamanya masa aku di semester 3. Abah pulak pergi temui penciptaNya seminggu sebelum aku nak final exam semester 4 Degree. Sungguh, itulah kehilangan yang paling besar dalam hidup aku. Kalau kau rasa kau dah give up dengan belajar sebab susah, kenangkanlah wajah-wajah yang nak tengok kau berjaya. Kumpulkan balik semangat tu. Cari kekuatan untuk kau teruskan perjuangan. Jangan mudah putus asa dengan perkara yang remeh-temeh. Saat aku sedih nak jawab exam, aku ketepikan sekejap rasa tu sebab aku dah janji dengan abah yang aku nak buat dia bangga. Walaupun dia tak ada, aku teruskan perjuangan tu sampailah aku berjaya tamatkan pengajian master di King's College London dan sekarang aku dalam semester pertama bagi peringkat Ph.D di Universiti Sains Malaysia. Dalam hidup ni, seberat mana pun dugaan, yakinlah yang kau mampu untuk tanggung sebab Tuhan takkan duga di luar kemampuan diri kau. Tetapkan niat masuk universiti untuk menuntut ilmu kerana Allah. InsyaAllah, segala-galanya akan berjalan dengan baik. 

Thursday, June 30, 2016

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2016/2017 Bagi Lepasan SPM/Setaraf

Berikut merupakan makluman terbaru bagi Permohonan Ke UiTM Bagi Sesi 2 untuk tahun 2016/2017. Bagi adik-adik lepasan SPM/setaraf anda dipelawa untuk memohon. Selamat Berjaya!!


Thursday, June 23, 2016

Ramadhan: Apa yang kau cari?


Alhamdulillah. Kita dah masuk hari yang ke 18 berpuasa. Setiap tahun, sebelum tibanya bulan ramadhan, aku sentiasa bertanya pada diri. Apa sebenarnya yang aku ingin cari di sebalik keberkatan dan kemuliaan bulan yang suci ini? Kalau nak dikupas segala fadhilat bulan ramadhan, aku yakin kita semua pasti berlumba-lumba mengejar segala ganjaran yang Allah telah janjikan. Tanya pada hati, adakah kita benar-benar mengerti mengapa diturunkan bulan ramadhan? Adakah kefahaman kita sekadar sama seperti adik-adik di sekolah rendah yang rata-ratanya menafsirkan ramadhan adalah bulan untuk berpuasa tanpa makan dan minum di siang hari? Ataupun bulan ini adalah masa yang paling sempurna untuk kita mengurangkan berat badan? Iyalah, bila puasa mesti turun kilonya kan. Mungkin ada yang ingin mencari pengertian mensyukuri setiap nikmat yang Allah telah kurniakan selama 11 bulan yang lain dengan menyelami perasaan mereka yang miskin atau tidak mampu untuk mendapatkan hidangan yang lengkap dek kesusahan hidup. Bagi aku yang lalai lagi hina ni, bulan ramadhan merupakan bulan yang amat aku tunggu-tunggu. Bukan hanya untuk melengkapkan rukun islam yang ketiga, tetapi ini masanya untuk aku mengejar pahala ganjaran yang berlipat kali ganda yang tak mungkin akan dapat dalam bulan-bulan yang lain. Aku bersyukur sebab ramadhan kali ni sekali lagi Allah bagi kelapangan untuk melakukan ibadah sebanyak yang mungkin walaupun ada harinya aku layu tidak dapat sama-sama ke masjid untuk tunaikan solat terawih. Bagi aku, jika Allah dah jentik hati kita, permudahkan urusan kita, maka buatlah sebaik mungkin yang kita mampu. Solat, membaca Al-Quran, sedekah, membantu orang lain, terawih dan amalan-amalan sunat yang lain. Aku sentiasa berdoa moga aku terus istiqamah bukan hanya dalam bulan ramadhan tapi untuk bulan-bulan yang lain. Semangat dia tu lain macam bila tiba bulan ramadhan. Aku selalu pesan dekat kawan-kawan rapat aku. Kalau rasa nak buat sesuatu tu, buat je. Jangan ada niat nak tangguh sebab kita tak tahu mungkin itu adalah satu-satunya peluang yang kita ada. Jangan sampai kau rasa ralat sebab tak gunakan peluang yang Allah dah bagi waktu tu. Untuk ramadhan kali ni, aku jarang sangat berbuka dekat luar. Masa aku banyak habis dekat kampus dan setiap petang aku balik rumah kakak untuk berbuka. Takpun aku akan berkunjung ke rumah mak angkat untuk tanya khabar dan berbuka sekali. Kalau ikut, boleh je nak berbuka dekat masjid USM ni tapi aku pilih untuk bersama dengan keluarga. Walaupun lauknya simple tapi hati kami senang. Berselera makan sebab dapat berbuka sekali. Terasa nak makan menu itu dan ini, sebolehnya aku akan ke pasaraya untuk membeli bahannya. Kalau bukan aku, kakak yang akan masakkan, Setakat ni, dendeng daging dan mee kuah yang memang aku teringin. Menu ni haruslah aku yang masak. Hehe. nsyaAllah, moga target untuk ramadhan kali ni tercapai. Moga Allah redha hendaknya.

Monday, June 6, 2016

PhD, suatu perjalanan yang hanya kau yang mengerti

Minggu pertama berada di hostel, sungguh masih rasa terasing. Bangunan hostel yang agak lama tapi dalamnya sudah dicat baru. Mungkin dulunya disediakan buat pelajar undergrad, tapi kini dikhaskan buat pelajar postgrad. Idea yang bagi aku amat bagus untuk memastikan pelajar yang sedang menjalankan kajian samada di peringkat atau PhD untuk fokus dan dekat dengan school masing-masing. Apa yang aku boleh perhatikan, kebanyakan penghuni blok hostel aku ni merupakan pelajar antarabangsa, terutama dari negara timur tengah. Masa sesi pendaftaran minggu lepas, ada jumpa sorang student foreigner ni. Stay satu blok dengan aku. Dia mati-mati ingatkan aku foreigner jugak. Tapi dengan bangganya aku cakap aku Malaysian. Not from China or Taipei. Inilah masalahnya bila potong rambut pendek dan mata dah tentunya sepet. haha. Bila dah duduk hostel ni memang aku dah terasing dari luar. Kalau minggu lepas masih ada dekat Terengganu, lepak tepi pantai, pekena pancake nutella dekat Uptown Kontena, jenjalan dekat China Town Art Street, spend time dengan kawan-kawan dekat UMT, tapi sekarang NO MORE. Aku dah tekad nak bagi sepenuh fokus untuk pengajian PhD. Dah tak boleh nak main-main. Dah tak boleh nak jenjalan sana sini. It's time to lock up myself dekat bilik tingkat atas sekali hostel ni, siapkan proposal and waiting for meeting with supervisor next week. Ingatkan nak sambung menulis pagi ni tapi nak kena pergi register library la pulak. Ingatkan dah boleh selesai sekali dengan wifi, tapi tak jugak. Kena pergi menjejak Pusat Komputer untuk dapatkan wifi. Dan akhirnya tersadai aku dekat bilik TINGKAT PALING ATAS kepenatan, rehat sekejap (tido adalah perkataan yang lebih afdal) dan bangun dalam keadaan bersalah. Okeh jom sambung menulis!! Bermula hari ini aku akan rajin update blog ni sebab kalau aku takde idea nak menulis benda-benda ilmiah, at least aku menulis jugak dekat sini walaupun benda merapu. hahaha

*p/s: Lupa pulak yang hari ni hari pertama puasa. Salam ramadhan dan Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh kesaran dan ketenangan =)

Sunday, March 13, 2016

syukur walau ia terlepas dari genggaman!

Syukur. Aku selalu ajar diri ni untuk bersyukur dengan segala apa yang dah aku miliki selama ni. Dah terlampau banyak nikmat yang Dia kurniakan. Kadang-kadang bila Dia tak bagi apa yang kita nak, kita mula bersangka buruk dan anggap semua ni tak adil. Padahal kita tak sedar yang segala apa yang telah diaturkan tak pernah Dia jadikan dengan sia-sia. Sungguh, kalau bukan hari ni, mungkin esok atau satu masa nanti kau akan faham mengapa Dia takdirkan hidup kau macam tu. Wallahi, aku sangat bersyukur bila Allah dah tulis yang takde rezeki aku untuk sambung Ph.D di luar negara. Sungguh banyak hikmah yang aku temukan. Bagi aku, tak kisahlah dalam atau luar, niat aku cuma satu. Nak capai impian untuk habiskan pengajian Ph.D sebaik yang mungkin. Terima kasih buat Universiti Malaysia Terengganu yang memberi biasiswa penuh untuk tempoh 3 tahun pengajian Ph.D ni. Rasa macam tak percaya yang sekarang ni aku dah bergelar pelajar Ph.D. Alhamdulillah, aku dah mula mendaftar di Universiti Sains Malaysia pengkhususan di dalam bidang Dasar dan Perancangan di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Aku sangat berterima kasih kepada Prof Osman Yusof yang sudi mengambil aku sebagai satu-satunya pelajar seliaan beliau untuk kali ni. Pertama kali jumpa beliau, aku memang risau. Sangat risau sebenarnya sebab aku tak tahu beliau orangnya macam mana. Bimbang kalau-kalau kami tak serasi tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Mendengar cerita beliau membuatkan aku bersemangat nak fokus dan habiskan PhD dalam jangka waktu yang kami bincangkan. Allah temukan lagi seorang yang hebat untuk mengajar aku banyak benda. Aku takkan sia-siakan peluang yang ada untuk menuntut ilmu dan menjadi seorang yang hebat seperti beliau. Ingatan untuk diri sendiri jugak agar sentiasa rendah diri dan istiqamah dalam menempuh perjalanan kali ni. Walau apa pun terjadi, aku akan tetap melangkah. Tak akan sesekali aku toleh ke belakang lagi. Moga Allah redha InsyaAllah.

Sunday, September 6, 2015

Summer Graduation Ceremony: King's College London




Terima kasih Allah.. itu yang pertama sekali aku ucapkan masa tengah beratur untuk naik ke atas pentas.. tanpa izin dariNya, tak mungkin aku mampu untuk sampai ke bumi England ni sekali lagi.. kalau ikutkan, dah lama pun aku terima Sijil dan Transkrip pengajian tapi aku tetap jugak nak hadiri Majlis Konvokesyen Master ni..awalnya risau jugak kalau-kalau tak ada peluang nak pergi sana, tapi Allah mudahkan semuanya.. apa yang buat aku beriya sangat nak hadir sebab ini adalah bukti kepayahan, penat lelah yang aku dah tempuh sepanjang nak habiskan pengajian dekat sana.. serius aku cakap, ianya satu perjuangan yang amat bermakna buat aku.. perjuangan yang menuntut aku belajar dan berkorban banyak benda.. perasaan yang sama sewaktu konvokesyen degree 2 tahun lepas timbul masa aku tengah duduk menunggu untuk acara bermula..aku terbayang wajah mak dan abah.. segala yang aku lakukan selama ini hanya untuk melihat mereka tersenyum bangga..hadiah yang tak dapat aku sampaikan secara nyata buat mereka.. aku cuba untuk tahan air mata ni dari keluar.. aku pandang kiri, cuba untuk bersembang dengan classmate aku dari China..macam-macam jugak la yang kami sembangkan..kalau ikutkan kami berdua je yang hadir untuk sesi kali ni..classmates yang lain ramai hadir untuk winter session..aku percaya bukan kami je malah semua yang ada di dalam hall tu sangat bangga untuk meraikan hari bahagia ni dengan yang tersayang..kalau 2 tahun lepas, adik-beradik aku semuanya berkumpul tapi kali ni dieorang semua tak dapat join.. apa pun aku tetap bersyukur sebab kawan-kawan rapat yang masih belajar dekat sana sama-sama datang meraikan aku.. turun je dari terima skrol, memang aku dah tak dapat tahan air mata..betapa aku rindukan pelukan mak abah.. bila mana aku rasa nak putus asa, merekalah kekuatan aku.. aku cakap dengan diri, demi mak abah aku kena teruskan..walau macam mana berat sekalipun masalah yang datang, aku tetap kena habiskan.. 



terima kasih mak abah untuk segala kasih sayang yang dah kalian curahkan.. untuk segala memori dan kenangan yang telah kita cipta selama Allah pinjamkan kalian..  sungguh aku merasa cukup dengan semua kesempatan yang ada.. terima kasih Allah.. terima kasih untuk kakak-kakak, abang-abang dan adik aku yang tak henti-henti menyokong aku..terima kasih buat mak angkat yang tak putus-putus doakan agar segalanya dipermudahkan buat aku.. terima kasih untuk kawan-kawan yang pernah dan sentiasa membantu aku saat aku tengah down..malu betul rasa bila terpaksa share dengan korang masalah aku.. terima kasih jugak semua yang sama-sama hadir..  terima kasih untuk hadiah dan bunga..terima kasih buatkan kuih semperit..jugak untuk kad dan ucapan.. sungguh terasa macam satu keluarga..tambah-tambah lagi bila kawan aku bawak sekali emak dia yang kebetulannya tengah bercuti dan beraya dekat London..rasa macam mak dekat sangat.. satu lagi dah selesai.. tinggal satu lagi yang aku masih usahakan.. moga Allah berikan aku kekuatan untuk terus kekal berusaha, bertahan demi cita-cita aku yang satu ni..sungguh aku sedar perjuangan ini bukan mudah tapi aku takkan mengalah..moga Allah redha insyaAllah!

Now, I am officially an alumni of King's College London, graduate with MSc Public Services Policy & Management


with the only classmate that attending this summer graduation ceremony, Sun Wei

 thank you kakak-kakak sekalian untuk bunga dan kad =)

 thank you zam for everything!!

bergambar kenangan dengan bekas pensyarah semasa di UiTM Merbok dulu.. Thank you so much sebab datang!


thank you guys for coming to my graduation ceremony..

Thursday, September 3, 2015

sumpah, aku penat!!

ye, sungguh aku memang dah penat nak hadap semua ni.. tak dapat nak gambarkan apa yang aku rasa sekarang.. cuma satu je yang aku mohon agar ditunjukkan apa yang terbaik buat aku..jangan tanyakan samada aka usaha atau tidak kerana kau takkan dapat bayangkan betapa aku telah cuba semuanya yang boleh..aku dah tak tahu nak jawab apa bila orang tanya.. yang mampu aku buat hanya senyum dan minta didoakan agar semuanya baik-baik je buat aku.,itu belum lagi hal-hal lain yang aku kena selesaikan.. mahu pecah kepala otak ni nak fikirkan.. siapa yang mahu macam ni? aku kalau boleh nak selesaikan cepat-cepat..lagi lama, lagi nak gila aku rasa..setiap pagi aku bangun dengan semangat dan harapan yang baru.. kau tahu yang aku memang takkan putus asa kan? ya, aku takkan putus asa.. dan sekarang aku dah usaha sehabis yang aku mampu..aku dah tak tau nak buat apa lagi.. hanya menunggu moga rezeki akan memihak kat aku..apa pun yang datang, aku terima, aku redha jika ini adalah ketentuanNya...

Wednesday, August 12, 2015

Andainya dia yang Kau pilih..

Alhamdulillah, dalam Allah memberi sedikit ujian, Dia jugak ciptakan pengubatnya..Semalaman aku tak dapat tidur dengan selesa dek kerana keracunan makanan..Perut macam mencucuk-cucuk.. Muntah jangan cakaplah..sampai dah tak ada apa yang nak dimuntahkan..Cirit-birit, pening kepala, sungguh buat aku tak lena..nasib baik ada housemate hantarkan ke klinik.. Bangun pagi tadi dah selesa sikit perut..hari ni sepatutnya ada bengkel satu hari tapi aku memang betul-betul tak larat nak pergi.. rehat je sepanjang hari.. dalam dok terlelap tu, aku dapat mimpi yang jarang-jarang sungguh aku dapat.. aku perkenalkan isteri aku kepada kawan baik aku..kalau sebelum ni aku tak pernah nampak muka wanita tu tapi kali ni jelas..sangat jelas..dan sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan senyumannya..Allahu, jika benarlah dia yang Kau pilih untukku ya Allah, satukanlah hati kami.. himpunkanlah kami dalam kebaikan..jika tidak, Kau buanglah perasaan ini sejauh-jauhnya.. Tak pernah aku berhenti berdoa agar ditunjukkan siapakah dia yang terbaiik buat aku.. moga kami sentiasa dibawah redhaMu...

Friday, August 7, 2015

Berbahagialah Sahabat!!




Aku punya seorang sahabat yang aku kenal ketika mula-mula aku jejakkan kaki di London.. Sahabat yang sama-sama cari rumah, sama-sama sesat ke kelas Academic Writing, sama-sama pergi travel dan sama-sama belajar di King's College London.. Aku masih ingat lagi saat aku dihalau dari rumah sewa yang aku sempat duduk hanya sebulan, dia datang tenangkan aku..Dia ajak aku stay dekat rumah dia sampai aku dapat rumah baru.. Aku tak dapat bayangkan kalau dia tak ada masa tu, kat mana la agaknya aku nak merempat.. Kami sama-sama berjuang untuk habiskan pembelajaran dekat London.. Cuma yang bezanya, dia di peringkat Ph.D dan aku Master.. Dia punya hati yang sangat baik.. Tak pernah aku tengok dia berburuk sangka.. Dia memang jenis yang sangat suka menolong orang walaupun ada kalanya aku tak faham kenapa dia mesti tolong.. Satu hari, dia cakap dengan aku.. 'Man, kadang-kadang kita tak perlukan sebab untuk tolong orang dan untuk setiap pertolongan tu, jangan pernah kita harapkan balasan'.. mula-mula susah jugak aku nak faham tetapi lama kelamaan baru aku sedar banyak hikmah disebaliknya.. Bila aku sendiri buat, aku sendiri jadikan pertolongan kepada orang sebagai sedekah yang akan membuatkan hati kita tenang.. Aku pernah sekali call dia masa aku dapat markah teruk untuk essay pertama.. aku macam tak boleh nak terima hakikat yang aku seteruk itu.. Dia ajak jumpa.. Dia ajak kawan-kawan yang rapat dengan aku sekali jumpa.. Dia kata benda dah berlaku.. sekarang fikir untuk apa yang akan datang.. Dia dan kawan-kawan aku dekat sana share pengalaman dieorang.. Sungguh, buat hati aku rasa lapang..Alhamdulillah, dalam kepayahan menempuh pembelajaran Master aku, akhirnya aku dah bergraduasi.. Ada satu masa kami ada selisih faham yang hampir-hampir buat persahabatan kami putus.. Akhirnya masing-masing mengaku silap, kami berjabat, berpelukan dan lepas tu okay semula.. Dia ni kalau dalam bab kerja, memang langsung jangan dikacau.. sampai makan pun kekadang dia lupa..tapi satu menda yang best, pertama kali aku jumpa orang yang tak lalu makan kalau pasukan favorite dia kalah bola..mana lagi kalau bukan Manchester United..haha..Dia ni memang penasihat terbaik aku..kebiasaannya nasihat yang dia bagi tu berasas dan boleh pakai..al-maklumlah bakal Dr Psikologi..memang silap la kalau ko cuba nak sorok something dari dia..mesti dia perasan.. 



Dan aku amat-amat bersyukur sebab dia ada sekali semasa hari konvokesyen aku bulan lepas.. Dia lah yang sibuk tangkapkan gambar aku, ikut aku jalan sana-sini walaupun dia sibuk dengan hal PhD.. Esok pagi, dia akan diijabkabulkan dengan pilihan hatinya yang aku pernah jumpa beberapa kali..memang sama santik sama padan.. cumanya aku agak terkejut bila dia bagitau yang dia nak kahwin.. aku tak expect secepat ini tapi jodoh dia dah sampai.. Aku pernah tanya dia, macam mana hati dia boleh tiba-tiba rasa nak kahwin.. Dia pun balas, 'Man, kau akan rasa menda ni..kau  akan nampak yang lebih banyak manfaatnya bila kau kahwin..lagipun kalau niat kau baik, nescaya mesti Allah akan tunjukkan jalan'.. aku terdiam..aku tahu ini adalah masa untuk dia mengecap kebahagiaan..aku senyum dan aku angguk..moga Allah akan bagi aku rasa yang sama.. Untuk sahabat baik aku, Azam, aku doakan moga majlis kau esok pagi akan berjalan lancar..tak terucap perkataan terima kasih atas segala jasa baik dan pertolongan kau dekat aku..Tahniah untuk kau dan byha..Selamat menjadi seorang suami yang soleh dan moga kalian sentiasa diberkahi Allah dan dihimpunkan dalam kebaikan ..serius, aku sangat-sangat happy untuk kau.. Walau apa pun yang kau hadapi, aku janji akan ada, tolong kau setakat mana yang aku mampu..Ingat tu!InsyaAllah jumpa  di majlis resepsi kau nanti..doakan aku jugak dapat disatukan secepat mungkin.. 
Selamat Pengantin Baru Sahabat!!

Friday, May 15, 2015

Tuhan punya perancangan terbaik buatmu!!



 ni muka happy lepas pekena mee goreng mamak yang paling sedap dekat London!! haha

 kami adalah calon terakhir yang ditemuduga..sangat nostalgia!!

hari ni dah masuk sebulan seminggu aku dekat sini, Universiti Malaysia Terengganu..Alhamdulillah sikit demi sedikit aku semakin jelas dengan apa yang ingin aku lakukan, lebih jelas tentang masa depan aku untuk 10 tahun mendatang..asalnya aku tak pernah bermimpi untuk menjadi sebahagian dari warga UMT apatah lagi untuk tinggal di negeri yang sangat indah dengan pantainya ni..semasa pihak UMT datang ke London untuk adakan 'walk in interview', aku memang langsung tak bersedia.. al-maklumlah masa tu baru je balik bercuti dengan kawan-kawan dan beberapa hari selepas tu pulak aku akan pulang ke Malaysia..fikiran memang melayang dah ke kampung halaman..aku sampai dekat Malaysian Hall dalam pukul 9 pagi..dah janji dengan sorang kawan aku lagi untuk tunggu dia sekali yang dalam perjalanan dari Swansea..seingat aku masa tu aku hanya bawak borang maklumat diri yang aku print last minute..ada jugak bawak satu file yang ada sijil-sijil aku waktu degree jika pihak UMT nak rujuk..aku langsung tak tahu fakulti apa yang ada dekat UMT yang sesuai dengan aku, siapa orang-orang penting, apa keutamaan yang pihak UMT nak semua..aku hanya pergi dengan niat mencuba nasib dan ambil pengalaman..aku rasa aku antara mereka yang terakhir menghantar borang..aku ingatkan tak ramai tapi bila masuk je, rupa-rupanya ramai giler yang dah datang seawal pagi untuk mendaftar.. dekat 80 orang ada la aku rasa..dia panggil by group dan satu group ada 5 orang..group pertama yang masuk tu punya la lama..dalam sejam lebih jugak la..aku dah mula mencongak..alamatnya memang lewat petang la baru sampai giliran aku untuk ditemuduga..sampai pukul 2 petang, baru 5-6 group yang dipanggil..aku dah mula rasa bosan dan malas nak tunggu.. dah la petang tu ada game bola dekat Stamford Bridge,,aku plan dalam pukul 4 lebih dah selesai boleh la balik rumah kejap tukar baju dan terus gerak ke stadium..masa tu aku hanya terfikir kawan aku yang datang jauh dari Swansea tu je..takkan la dia datang jauh-jauh lepas tu tak nak tunggu untuk interview tu kan..aku call kawan baik aku tanya pendapat dia macam mana..dia suruh aku tunggu jugak..dia pun sanggup datang dari kampus untuk datang sama-sama teman kiteorang sampai habis interview..memang nampak dia betul-betul sungguh nak aku cuba nasib dengan UMT.. Aku pun tunggu jugak la sampai kami dipanggil dalam pukul 5.30 petang..ada 9 orang semuanya untuk group yang terakhir..sebelum masuk sempat la aku cek sikit-sikit maklumat pasal Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi UMT..Aku tengok dieorang ada tubuhkan Kenyir Research Institute..jadinya masa dalam interview aku memang ada bagitau yang aku nak bantu untuk sama-sama bangunkan institut tu..soalan pun tak banyak yang ditanya sebab masa memang dah sangat suntuk.. selesai je interview terus kami lari ke tube station..kawan aku nak kejar bas dia balik ke Swansea dan aku pulak terus nak ke Stadium sebab game start pukul 7.45..dengan pakaian formalnya, lantaklah apa orang nak cakap..janji aku dapat tengok bola..haha..memang dari dalam tube lagi penuh dengan lautan biru..semua semangat nak tengok bola..sebulan lepas tu aku dapat email yang aku diterima untuk ditawarkan Skim Latihan Akademik Muda(SLAM)..orang pertama yang aku patut berterima kasih adalah kawan baik aku tu yang sungguh-sungguh nak aku attend interview tu..beberapa tips yang dia bagi pun memang sangat berguna..
 semangat bergambar dengan baju formal..haha

 mintak brader mat salleh belakang tu tangkapkan gambar..sporting seyh dieorang

geng yang tengok bola skali..havoc!!

aku sebenarnya tak sangka yang aku akan terjun ke bidang academician ni secepat ni..aku punya perancangan untuk bekerja, masuk industri dulu, kaut pengalaman untuk beberapa tahun dan barulah masuk ke bidang ni..macam yang lecturer aku pernah pesan, biarlah aku mengajar dengan ilmu yang bukan hanya terdapat dalam buku tetapi secara praktikalnya apa yang dah kita lalui di alam pekerjaan..contoh-contoh yang diberikan jugak benar-benar realistik dan berlaku di dalam industri,,barulah pengajaran tu akan lebih bermakna..kita sendiri pun faham apa yang kita ajarkan.. bila difikirkan balik, memang Allah dah takdirkan perjalanan hidup aku sebegini dan aku terima dengan hati yang sangat terbuka, fikiran yang positif..sikit demi sedikit, aku mula fahami segala hikmah di sebaliknya..Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku buat masa ni..perancangannya adalah untuk terus melakukan Ph.D secepat yang mungkin..memang kalau ikutkan sekarang aku busy dengan segala proses untuk memohon dan mendapatkan tempat yang terbaik..harapannya untuk terus buat di England tapi kalau rezeki aku untuk sambung di dalam negara sahaja, aku tetap terima.. yang penting itu langsung tak mematahkan semangat aku untuk terus gapai impian dan janji yang pernah aku ungkapkan dengan arwah mak dan abah untuk belajar sehingga ke peringkat Ph.D..Aku bahagia dengan apa yang aku lakukan sekarang dan akan terus berikan yang terbaik yang aku mampu..impian aku moga satu hari nanti aku dapat menjadi salah seorang yang sama-sama bertanggungjawab menggubal polisi negara insyaAllah..

Monday, April 27, 2015

Fellow Akademik, Universiti Malaysia Terengganu...




Selepas 2 minggu lebih dari tarikh mula lapor diri, baru sekarang aku dapat menulis..agak busy sebab macam-macam nak kena selesaikan tapi alhamdulillah Allah bantu permudahkan urusan dengan hadirkan mereka yang sangat banyak membantu aku kat sini...al-kisahnya aku boleh ada dekat Universiti Malaysia Terengganu ni bila pihak UMT ada call aku hujung bulan lepas tanyakan bila nak lapor diri..aku rasa macam malas nak lapor diri lagi sebab ada beberapa hal lagi yang belum selesai tapi Timbalan Dekan, Prof Madya Dr Suriani nak aku lapor diri segera..katanya hal-hal tu semua aku boleh selesaikan selepas lapor diri nanti..bayangkan hari isnin aku dapat call, rabu dah nak kena fly ke Terengganu untuk lapor diri pagi esoknya..memang sangat kelam-kabut..macam-macam yang aku nak kena selesaikan..pergi bank, pejabat KWSP, pesuruhjaya sumpah, medical check up lagi..erghhh,, memang penat nak kena selesaikan tu dalam masa 2 hari..hampir-hampir je aku terlepas flight bila lambat sampai dekat airport..terpaksa merayu dekat akak yang jaga kaunter tu untuk check in luggage..nasib baik dia bagi..berlari aku untuk ke gate sebab dah lewat..siapa yang pernah ke KLIA2 mesti tahu macam mana jauhnya nak berjalan ke gate berlepas.. dah la aku gate K.. memang jauh bebenor..masuk je dalam kapal, terus aku tido sebab penat sesangat..padahal sejam je pun flight duration tapi tido tetap tido.. satu benda yang aku paling risau nak stay dekat Kuala Terengganu ni adalah kat mana aku nak tuju sebab aku takde kenal sapa-sapa..kawan-kawan yang ada semuanya luar kawasan KT..syukur sangat-sangat sebab ada abang Hassan dan family yang sudi bantu..dia tunggu aku dekat airport KT, bawak aku pergi makan dan lepas tu balik rehat dekat rumah dia.. esoknya dialah jugak yang bawak aku ke UMT untuk urusan lapor diri..petang tu pun dia datang ambil aku bawak keluar makan dan balik rehat..aku stay rumah dia dalam 3-4 hari jugak la sementara nak dapat rumah sewa..ikutkan memang aku segan sangat-sangat.. abang hassan dengan kak siti sangatlah baik..dieorang layan aku macam ahli keluarga sendiri walhal kami baru je kenal..sungguh aku takkan lupa segala budi baik dieorang...nak dapat rumah sewa area sini pun bukan mudah.. kalau area Gong Badak kalau tak RM 800 ke atas memang tak usah la nak duduk area situ..aku prefer jauh sikit dari UMT asalkan dapat rumah sewa yang murah sikit..kebetulan pulak kawan abang hassan bagitau dekat rumah mertua dia ada satu rumah kosong..berdekatan dengan MRSM Kuala Terengganu..bila aku pergi view, mula-mula risau jugak sebab nak pergi rumah tu kena masuk kawasan kampung..yela, mana la tahu kalau-kalau rumah tu betul-betul rumah kampung kan..masak jugak aku tapi bila sampai rumah tu, memang puas hati..masuk je rumah tu aku dah memang suka..warna dalam rumah tu memang warna kesukaan aku..fully furnished dan ada 4 buah bilik beserta 3 bilik air..mahu aku tak puas hati lagi..rumah memang complete!! harga yang aku dapat pun memang sangat berbaloi..asalnya bila dah sewa rumah tu aku nak duduk sorang je tapi bosan la plak rasa rumah besar macam ni duduk sorang..jadinya aku iklankan 2 bilik kosong.. satu lagi bilik kosong yang ada aku tak nak sewakan..boleh jadi bilik tetamu kan kalau- kalau ada kengkawan atau family aku yang nak datang stay sementara dekat sini..syukur lagi dan lagi sebab Allah mudahkan urusan cari housemates.. dua-dua orang yang sewa bilik dekat rumah aku memang sangat okay..tak merokok, pembersih dan jaga solat..sorang celcom officer dan sorang lagi doktor jabatan kecemasan..cumanya yang tak seronok sikit sebab hujung minggu mesti aku akan tinggal sesorang.. dua-dua akan balik ke kampung memasing untuk jenguk isteri dan anak-anak..aku? macam biasa la..nasibla orang bujang kan..

Basically aku dekat UMT ni masih berstatus sementara sebab aku di bawah jawatan Skim Latihan Akademik Muda (SLAM), Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, UMT.. Aku wajib untuk sambung Ph.D dalam masa 6 bulan selepas aku lapor diri..habis je belajar, aku akan masuk semula berkhidmat sebagai pensyarah untuk tempoh 6 tahun..jadinya buat masa sekarang aku dipanggil fellow akademik la.. aku tak diwajibkan untuk mengajar sebenarnya sebab pihak jabatan nak aku fokus untuk selesaikan hal-hal Ph.D yang memang buat dada aku sesak sekejap.. buat masa sekarang aku cuma gantikan kelas untuk lecturer yang off campus..minggu lepas aku berpeluang masuk ke kelas pelajar tahun dua bagi subjek Social Change and Development.. serius memang aku cuak sebab ini pertama kali aku berada di depan 135 orang mahasiswa..bukan hanya melayu, pelajar berbangsa cina dan india pun ada.. terus teringat segala kenangan masa dekat UiTM Merbok dulu, pensyarah-pensyarah yang sangat banyak membantu aku, bentuk aku menjadi aku yang sekarang,.aku sangat berterima kasih dekat dieorang semua..moga aku boleh jadi lebih baik dan bagus macam dieorang jugak sebab aku sedar tanggungjawab tu bukannya mudah..berat amanah yang dipikul..nanti aku ceritakan macam mana cara aku handle kelas tu ek..haha..dah lewat ni esok awal pagi nak masuk office..kita jumpa lagi nanti..Assalamu'alaikum...