My Readers

Friday, August 27, 2010

air mata aku jatuh lagi...

sepatutnya aku sangat epi sebab da abis test dan dapat balik raya dengan senang hati...tapi tenyata air mata aku jatuh lagi bila tengok vedeo seorang ibu yang dimaki hamun oleh anaknya sendiri hanya kerana ibunya berasa takut apabila kereta yang dinaiki perlu menyusuri bukit..hiba hati aku bila mereka memperlakukan ibu mereka seperti tu..wahai anak,sedarkah dengan siapa engkau becakap?dengan siapa engkau maki?dengan siapa engkau herdik mengalahkan orang asing???....Dia,wanita itu adalah ibu kau!!!ibu yang melahirkan,menyusukan dan membesarkan kau sehingga kau berjaya!!!yang dahulunya ketika kau kecil sanggup bersengkang mata semata mata nak halau nyamuk dari gigit kau!!!.yang ada ketikanya air matanya keluar menitis bila kau tak endahkan nasihatnya!!!yang sentiasa mendoakan kau menjadi seorang anak yang soleh dan taat kepadanya!!!.bodohnya kau wahai anak yang tak pernah menghargai segala kebaikan yang telah ibu kau lakukan!!!nescaya kau akan menyesal dengan apa yang telah kau lakukan!!!aku sebak sangat..air mata aku laju je keluar bila mengenangkan mak yang telah satu tahun satu bulan dan dua puluh tujuh hari meninggalkan aku...aku rindukan mak..aku dambakan kasih sayang dan pelukannya..aku perlukan ciuman kasihnya dipipiku..mak,man teramat rindukan mak..terlalu cepat mak pergi meninggalkan man,abah,dan adek bradek yang laen...man nak peluk mak..man nak cium pipi mak..man nak kucup dahi mak..man nak mak masakkan mee kuah untuk man..man nak mak jaga man masa man demam..man nak bawak mak naik pentas ngan man waktu man convo nanti...man nak bawak mak naik haji..man nak belikan mak rumah yang besar..man nak mak restukan hubungan man dan bakal isteri man nanti...mak...bila man dapat buat semua ni mak?man tak sanggup rasanya kehilangan mak...tapi man redha mak..Allah lebih sayangkan mak sebab mak hanya dipinjamkan sementara je untuk man..bila tiba saatnya,Allah kembali ambil mak dari man...man sedar yang Allah lagi sayangkan mak...man sangat letih mak..melalui hari hari yang penuh duka tanpa mak...camane man nak balik raya kat umah macam ni? tak ada lagi peneman setia abah ketika pagi raya tatkala kak ida, kak ayu, abang mie, kak ana,abang hadi, man dan adek cah mohon meminta ampun atas segala dosa yang kami lakukan....Allah..................air mata ni dah tak tertanggung lagi...aku cemburukan mereka yang masih punyai seorang mak...aku sangat marah bila ada orang buat tak endah kat mak dia sebab aku dah rasa bagaimana peritnya kehilangan seorang mak..bukan untuk sementara tapi buat selama lamanya..aku masih rasakan yang mak sentiasa ada..mak cuma pergi bercuti ke satu tempat yang jauh dan aku masih meunggunya pulang walaupun hakikatnya aku takkan punya kesempatan itu lagi..Ya Allah,Kau tempatkanlah ibuku di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..Kau berikanlah limpahan syurga al-jannahMu kepada arwah ibuku..moga dia sentiasa tenang dan damai di sana..al fatihah buat arwah mak FARIDAH BINTI YUSOP... amin....