takkan april je kowt??bukan tiap-tiap bulan dan tiap-tiap hari ko sibuk ke man???hahaha...tu lah kawan-kawan aku akan balas bila aku bagitau yang bulan ni aku sangat sibuk...teruk betul la korang kan..ish..bulan april datang lagi...banyak kenangan sebenarnya aku dengan bulan april ni..1 april lepas genap abah 100 hari dan mak 2 tahun 10 bukan pergi..rasa sekejap sangat masa berlalu..masih terbayang segala kenangan bersana abah ngan mak..alhamdulillah, niat aku nak buat bacaan yassin dan tahlil untuk arwah abah ngan mak tercapai jugak...hampir 30 orang surau datang ke rumah...kawan-kawan pun ramai yang datang...syukur sangat-sangat punyai kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku...bulan april ni jugak aku banyak travel...minggu depan nak pergi Putrajaya..ada program bersama Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara... seminggu selepas tu sepatutnya aku dah mula bercuti seminggu untuk mid term break..tapi.......... aku tak dapat bercuti macam orang lain yang seronok nak pulang ke kampung jumpa keluarga kan...aku ada Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 4 yang akan berlangsung di UiTM Samarahan, Sarawak...hampir 5 hari jugak la aku kat sana...slide show dan report untuk sidang pleno pun tak siapkan lagi...jugak kena prepare untuk bentangkan perkembangan resolusi yang telah dipersetujui di persidangans sebelum ni..selain tu aku juga tengah siapkan kertas kerja untuk lawatan akademik ke Kuala Sipitang Mangrove Park...harap-harap lepas la...kertas kerja untuk Kolokium Sosial Sains yang buat pertama kali diadakan pada bulan depan dah pun dihantar...sebagai pengarah projek,memang aku risau..macam-macam perkara yang perlu dipersiapkan sebaiknya kan...yang penting kualiti harus dijaga bila melibatkan penulisan kajian berbentuk akademik...tugas kat semua exco dah pun aku bagi..harap segalanya berjalan lancar..hasrat aku nak bawa abang Raja Shamri untuk bagi talk sempena Program Khas Kecemerlangan Akademik pada bulan Jun nanti pun harapnya tercapai la..harap-harap rektor dapat luluskan kertas kerja aku tu...doakan tau...rangka modul untuk program team building yang akan dibuat bulan depan pun masih dalam proses...yela, sebagai timbalan ketua projek, kena lah bantu mana yang patut...apa yang penting aku mahu semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang...hari ni jugak tengah bergelut nak siapakan chapter 1 research sebab esok nak kena hantar..assignment urban sociology pun baru sikit siap...yeah, skali lagi, april yang super duper sibuk bagi aku..apa lagi, bantulah aku!!hehe..
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Saturday, April 7, 2012
bukan senang nak jadi pemimpin...
yup...aku akui memang bukan mudah nak jadi pemimpin tambah-tambah lagi kita dipilih dan bukan dilantik.. atas dasar demokrasi di mana rakyat berhak untuk memilih siapa sahaja yang mereka percaya untuk diletakkan kepercayaan sebagai pemimpin, lagi lah terasa berat amanah yang dipikul kerana setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak...jujur aku takut dengan keadaan ini..aku takut kalau-kalau aku tidak mampu untuk melaksanakan amanah yang diberi sebaiknya...aku takut jika aku terlalai dalam memastikan hak mereka ditunaikan...aku tak pasti samada betulkah aku sudah bersedia untuk menghadapi semuanya,...tetapi, samada aku bersedia atau tidak, suka atau tidak, gembira atau tidak, aku tetap perlu laksanakan tanggungjawab yang telah ditinggalkan kepada aku dengan sebaiknya...pedulikan apa pun kata mereka kerana aku yang akan menghadapinya...buat semua, aku janji aku akan cuba menjadi pemimpin yang baik...cuma satu yang aku harapkan tolong teguh bersama-sama dengan aku...berjalan seiring dengan aku...memapah aku jika aku terjatuh..menarik aku jika aku hanyut,,,agar kita dapat bersama-sama gembira, sedih, kecewa, sehingga ke akhirnya...janji???
Subscribe to:
Posts (Atom)