My Readers

Monday, March 18, 2013

tarikh penting untuk mereka yang akan berkonvo Mei ini!!

tak sabar rasanya nak berkonvo atau lebih tepat lagi menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen  UiTM Ke 78 Mei 2013...apa la agaknya khabar kawan-kawan seperjuangan aku kan...aku dengar ada daripada mereka yang dah bekerja...ada jugak yang bertani..dieorang cakap nak tanam anggur banyak-banyak..haha...aku??aku masih belum kerja pun...tanam anggur pun belum lagi... ada beberapa perkara penting yang perlu aku uruskan dalam dua bulan ni...aku harap semuanya akan berjalan lancar la...dah betul-betul selesai nanti aku harapkan semuanya akan baik-baik sahaja.. tersangatlah menunggu berita baik itu jika diizinkan olehNya...aku memang nantikan saat konvokesyen...bukan je nak terima skrol tanda lengkapnya pengajian peringkat ijazah sarjana muda aku tapi yang paling penting aku dapat jumpa balik kawan-kawan aku...sudah semestinya aku mengharapkan konvokesyen kali ni akan berlangsung dekat shah alam walaupun ada ura-ura mengatakan konvokesyen akan berlangsung dekat kedah...jadinya tunggu dan lihat saja la..kalaulah dekat kedah, memang tak ada harapan la nak jumpa kawan-kawan yang sambung belajar dekat Melaka dan Shah Alam...kali ni nak jumpa kawan-kawan dan bergambar dulu siap-siap.. tak mau jadi macam konvokesyen diploma dulu...kelam kabut sangat-sangat...tak sempat nak lepak lama dengan kawan-kawan sebab istiadat berlangsung petang dan dekat Dewan Agung Tuanku Cancelor masa tu punyala ramai orang...sesak giler...dengan kejar masa lagi nak kena pulangkan jubah konvo, memang terkejar-kejar la...untuk semua kawan-kawan aku, jangan lupa tarikh penting kat bawah ni ok...kalau tak pun selalu la melawat laman web http://konvokesyen.uitm.edu.my/ untuk perkembangan terkini istiadat konvokesyen kita semua nanti...aku pun dah berkali-kali cuba nak hubungi pihak pengurusan konvokesyen tapi susah bebenor nak dapat tembus taliannya...yela, abang aku dah bising nak tahu tarikh konvo sebab nak kena tempat tiket flight awal-awal..mana nak mohon cuti lagi kan...tengok la macam mana nanti..aku harap sangat semua adik beradik aku dapat berkumpul nanti...