My Readers

Monday, January 3, 2011

saya dah angau...hahaha

ye...saya dah angau...................................................

dengan lagu neyh :)...





Penyanyi: Didi Cazli
Tajuk Lirik Lagu: Dambaan Cinta
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

hari pertama bekerja...

alhamdulillah...semuanya baik-baik saja..meja pun dah ada..so aku berjanji untuk laksanakan segala tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya...aku takkan sia-siakan peluang yang telah diberikan...bukannya mudah untuk mendapat kepercayaan orang terhadap diri kita...aku harap aku dapat berbakti dan menyumbang sesuatu untuk HS NADA SDN BHD sebagai Admin Executive...task pertama yang diberikan juga telah mula aku lakukan..biarlah task yang pertama ini dapat aku jayakan sebaiknya...biar apa pun perkara yang sedang kita lakukan,mesti buat dengan bersungguh hati,jujur dan ikhlas....aku harap semua kawan-kawan dapat support setiap apa yang aku lakukan...sesungguhnya aku perlukan kalian dalam meneruskan hari-hari yang mendatang..biarlah seberat apa pun dugaan yang datang,hadirnya kalian di sisi sentiasa menjadi semangat buat aku...

belajar vs kerja...

tahniah aku ucapkan kepada kawan-kawan aku yang begitu seronok mendaftar sebagai pelajar dgree semalam...aku harapkan kalian akan terus bersemangat mengejar cita-cita...aku sempat berada di uitm shah alam semalam...memang sesak..aku ambik bas U80 dari kl sentral untuk ke uitm shah alam..penuh dengan students uitm shah alam...ceria je aku tengok muka mereka semua..terima kaseh buat fuad yang dah membantu aku...nak belanja da makan pun dah tak sempat smalam...so aku postpone lain masa la nak belanja dia sebagai tanda terima kasih...pagi ni aku jugak sempat ucapkan selamat memulakan kelas pertama kepada beberapa orang sahabat...aku???aku ada kat KL ni...hari ni merupakan hari pertama aku bekerja...japgi pukul10.30 baru aku naik office...ada lah masa nak onlne kejap kan..hehehe...aku rasa bukan aku sahaja yang memilih untuk bekerja tapi ramai lagi kawan-kawan yang dah mula bekerja..kepada semua kawan-kawan tak kiralah yang memulakan pembelajaran atau bekerjapada hari ini. aku nak ucapkan selamat menjalankan tanggungjawab anda...moga apa sahaja yang kita lakukan akan mendapat berkat dari Allah..amin...