My Readers

Friday, January 7, 2011

bekerja di pejabat....

ramai orang cakap yang bekerja di pejabat di best..kononnya tak payah kena panas,boleh mengadap komputer je dan sudah semestinya dalam suasana 'aircond' kan...hakikatnya kini aku berada di dalam situasi tersebut...best ke?best tu memang la best tapi bosan jugak sebenarnya tau kalau asyik terperap dalam pejabat je...sebelum tu,lupa plak nak bagitau kat semua...aku sekarang adalah admin executive kat sebuah syarikat swasta iaitu HS Nada Sdn Bhd...aku mula kerja hari isnin yang lepas...aku punya tanggungjawab adalah sebagai Internal Staff Trainer dan juga Marketing Ambassador..aku akan jadi sebagai representative untuk company kalau ada event yang melibatkan company...terbaru ahad ni aku akan ditemuramah oleh Maria Tunku Sabri untuk satu rancangan...aku akan bercakap berkenaan produk-produk kami yang ada dijual di Pasar Tani Shah Alam setiap hari ahad...nak tau apa???hehehe...macam biasalah iaitu sup berasaskan daging dan jugak kambing golek istimewa HS Nada....sedap ke?kalau korang tanya aku memang jawapan aku adalah terbaik dan walahhhhhh!!!!hahaha....macam-macam sup kami ada jual...yang utamanya adalah sup daging,sup tulang dan sup gearbox...kalau kambing golek tu,yang istimewanya sebab sebelum kambing tu digolek,kami akan perap dengan beberapa rempah istimewa selama satu hari...lepas je digolek, kami akan hidangkan dengan coleslow,kentang putar dan sos lada hitam yang sangat menyelerakan...terliur tak??aku sendiri pun terliur..hahaha...kalau nak tau lebih banyak lagi produk HS nada, korang boleh type je HS NADA kat facebook tu...hehehe...berbalik kepada topik kita...dah lari dan jauh menyimpang ni..haha..aku sebenarnya suka keluar jumpa dengan customer dan jugak klien daripada dok terperap je dalam pejabat kan...harap-harap aku dapat lalui segalanya dengan baik...sokong aku ye kawan2...