My Readers

Monday, June 23, 2014

Ahlan wa sahlan ya ramadhan...



Macam biasalah..bila je nak mula proses menulis dissertation, aku pasti nak kena menulis yang ni dulu..ambil mood orang kata..hehe..Beberapa hari je lagi semua umat islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah, bulan yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang semestinya menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda, tentunya bulan ramadhan al-mubarak..Allahu, cepat sangat masa berlalu..masih tekenangkan 2 minggu kepulangan aku ke tanah air tercinta beberapa minggu lepas..bahagianya dapat luangkan masa dengan orang-orang yang kita sayang...rasa terubat sikit lelah ni..apa pun tahun ni semuanya berbeza buat aku..nak tan nak, suka atau tidak aku tetap kena tempuh.. pengalaman yang tak pernah aku bayangkan sepanjang hidup aku iaitu berpuasa dan beraya di negara orang..bukan setakat tu je, pengalaman kali ni amatlah berbeza bila kami yang di London ni akan melalui puasa yang amat panjang iaitu hampir 19 jam...kalau ikut London Central Mosque & Islamic Culture Centre, kami yang berada di sekitar United Kingdom akan mula berpuasa sehari awal berbanding Malaysia.. 1 Ramadhan jatuh pada 28 Jun (Sabtu)..Subuh pada hari tersebut adalah 2.48 pagi..yang lagi best, kami akan berbuka puasa pada 9.25 malam..isyak pula pukul 11.03 malam..maka, solat terawikh jugak pukul 11 lebih dan paling awal pun habis 12 tengah malam..selesai je witir semua, ada 2 jam je waktu sahur sebelum ready untuk solat fardhu subuh...walawehhh...memang kami yang disini amat mujahadah untuk melalui 30 hari puasa..satu hal lagi, sekarang musim panas..average suhu sekitar 20-25 degrees..mudah-mudahan kami yang disini dapat melalui ramadhan al-mubarak dengan penuh sabar..doa aku moga sama-sama kita ambil fadhilat bulan ramadhan ni untuk gandakan amalan dan memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik InsyaAllah...Selamat Berpuasa semua dan selamat menunaikan ibadah puasa =)



Wednesday, June 18, 2014

bernafas kembali...

Alhamdulillah..syukur hanya pada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang dikurniakan samada berbentuk suka atau duka..dah beberapa bulan tak update blog ni..banyak sangat cerita yang nak dikongsi..mana nak mula dulu ek? sebenarnya aku baru je habis final exam.. dah jawab pun kesemua 4 paper yang super duper mencabar.sekarang hanya berserah memohon rahmat Allah moga-moga keputusannya baik..habis je final exam, aku berkesempatan pergi ke Edinburgh, Scotland..satu tempat yang super duper cantik menarik tertawan memang tak mampu nak digambarkan keindahannya..nanti aku share gambar-gambar aku dekat sana..sebelum terlupa, tengah bulan April lepas aku sempat melawat negara-negara Baltic..apa tu??haha.aku tau semua mesti tak tau kan negara apa yang aku maksudkan tu..4 negara yang boleh aku simpulkan sebagai negara yang punya banyak bangunan tinggalan sejarah..struktur binaan yang superb dan masih dijaga baik sampai ke hari ni..nanti aku cerita lagi pasal trip ke Finland, Estonia, Latvia dan Luthania ni..sebenarnya kan, aku masih jetlag lagi ni..al maklumlah baru balik dari Malaysia terchinta..yela, aku balik kahwin kejap..ehh, silap-silap..aku balik hadiri kenduri kahwin..hehe..tak lama pun..2 minggu je..Alhamdulillah, walaupun 2 minggu je tapi tempoh tu amat bermakna buat aku.. dapat jumpa keluarga, sahabat handai dan bekas pensyarah yang sentiasa menjadi kekuatan buat aku untuk terus berjuang dekat sini...buat masa ni, aku hanya ada kurang dari 3 bulan untuk siapkan dissertation dan tamatkan riwayat sebagai pelajar Master..perjuangan yang aku rasa amat mencabar mental dan fizikal.. perjuangan yang menuntut aku untuk terus cekal menjadi seorang fighter yang tak mudah putus asa.. apa pun ini jalannya yang aku dah pilih dan aku perlu sudahkan sebaiknya..mohon doa kalian moga Allah berikan aku kekuatan untuk aku tempuh segala ujianNya sebab aku yakin inilah proses yang aku perlu lalui untuk menjadi seorang yang hebat satu hari nanti insyaAllah..