Rasanya dah lama aku nak menulis tentang perkara ni tapi terbantut disebabkan kekangan masa..ramai yang bertanyakan aku macam mana caranya nak sambung belajar ke luar negara..insyaAllah aku akan cuba sebaiknya untuk bagi info yang berkaitan...nak tulis dalam satu bahagian je memang aku rasa panjang jadinya aku tulis bahagian yang pertama..aku rasa bahagian ni paling penting untuk mereka yang bercita-cita nak sambung belajar terutama bagi peringkat Master dan PHD..secepat yang mungkin cuba dapatkan surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) dari universiti yang dihajati.. hari tu pun aku rasa dah lewat nak mohon...awal bulan Mac baru aku mohon...sebaiknya dari hujung tahun lagi dah mohon...bagi yang berada di tahun akhir pun dah boleh mula memohon..banyak sebab antaranya memudahkan urusan untuk mencari penaja..kebanyakan penaja tak kira la JPA, MARA, BANK NEGARA atau KHAZANAH memang akan memberi keutamaan kalau kita dah dapat tawaran dari universiti terkemuka dunia..selain tu, tempoh bagi sesebuah universiti tu nak proses permohonan kita juga berbeza..ada yang ambil masa sampai 3 atau 4 bulan baru bagi jawapan dan ada juga yang 2-3 minggu dah bagi respon..macam aku, ada beberapa universiti yang aku mohon antaranya London School of Economic & Political Science (LSE), University of Edinburgh, King's College London, dan University of Sheffield.. bergantung kepada kursus yang kita minati..ada kalanya universiti yang kita nak tu tak tawarkan kursus yang kita minat..jadi memang masalah la kan.. aku memang tak gunakan sebarang agen untuk bantu aku dalam proses permohonan.. setengahnya memang lebih senang pergi MABECS, NAZZA EDUCATION, BRITISH COUNCIL, IDP MALAYSIA, GEN EDUCATION MALAYSIA dan banyak lagi lah.. ada bagusnya sebab dieorang akan bantu untuk tengok universiti mana yang sesuai untuk kita mengikut ranking dan juga subjek..aku memang tak ada pengalaman berurusan dengan mana-mana agen ni tapi aku ada minta bantuan dari NAZZA EDUCATION untuk bantu aku dalam beberapa proses selepas aku dapat tawaran..aku buat sendiri untuk semua proses..aku masuk ke laman web setiap universiti yang aku nak dan baca segala syarat dan dokumen yang diperlukan...sebelum tu, aku rujuk dulu senarai ranking universiti terbaik dunia yang dikeluarkan oleh www.timeshighereducation.co.uk, Academic Ranking of World Universities - www.arwu.org dan QS World University Ranking – www.topuniversities.com...macam aku memang dah tekad nak mintak tajaan MARA di bawah Program Pasca Siswazah Luar Negara.. jadi sebelum apa-apa, aku dah semak syarat-syarat minimum yang dah ditetapkan..antaranya adalah untuk bidang teknikal, minimum CGPA bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah 3.00 manakala yang bukan teknikal 3.50 (bagi yang tak memenuhi syarat ni akan dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun)..berkenaan ranking universiti, MARA letakkan syarat mesti dapat tawaran dari mana-mana 50 universiti terbaik dunia..nak lebih lanjut lagi boleh rujuk kat syarat Pasca Siswazah MARA...masa nak lengkapkan permohonan, kebiasaannya pihak universiti akan minta keputusan ujian IELTS atau lain-lain yang berkaitan.. ini memang penting..aku sarankan sesiapa yang nak sambung ke luar negara, ambillah IELTS..biasanya kalau hantar permohonan tanpa lampiran keputusan IELTS, pihak universiti tetap akan keluarkan surat tawaran tetapi bersyarat (Conditional Offer).. untuk dapatkan Unconditional Offer, mesti kena ambil IELTS..Biasanya universiti akan letakkan syarat minimum 6.5 untuk IELTS bergantung kepada fakulti.. macam aku, King's College London memang letak syarat 7.0 minimum untuk setiap bahagian..memang sakit jugak la sebenarnya nak dapat keputusan sebagus tu.. aku rasa cukup itu dulu bagi bahagian pertama ni..nanti aku akan bagitahu proses selanjutnya di bahagian dua termasuklah apa yang perlu dilakukan setelah mendapat surat tawaran, perkongsian tentang Ujian Psikometrik dan segala proses yang terlibat sebelum dapat terbang ke luar negara =)
p/s: aku syorkan mana-mana yang berminat untuk minta tajaan MARA join group ni..sangat banyak info yang berguna
salam abg rahman...
ReplyDeleteadik nak tanya..kalau result final degree adik 2.68, layak lagi x nak smnbg bljr dlm master? ke mcm mn? abg rahman ada suggestion x?
wa'alaikummussalam kak..yang tu saya x pasti..ikut syarat universiti dan department la..cuba cek uni web rasanya memang ada syarat kemasukan..sorry kak x dpt bantu banyak =)
Deleteas salam.. nak tya, apa tuu bidang teknikal?? saya apply dlm bidang science, biology.. so nak thu itu one of technical field??
ReplyDeleteyup..science biology is one of the technical field.. for further information u can go to this link http://www.scribd.com/doc/203060955/Syarat-Kelayakan-Program-Pascasiswazah-2014
ReplyDeletesalam,,sy nk tny.cmana nk further stdy untuk degree ke oversea.?
ReplyDeleteproses permohonan uni masih sama..boleh masuk ke laman web uni atau mohon melalui agent..kalau untuk degree peluangnya tak banyak seperti postgrad cuma yg saya tahu ada beberapa yang masih menaja students untuk ke oversea bg pringkt degree mcm felda, jpa,khazanah nasional, petronas dan lain2..
Deletesalam..nak tanya Business Analytics: Operational Research and Risk Analysis MSc is a technical or non-technical?confuse saya tak tahu nak bezakan..terima kasih
ReplyDeletetermasuk dalam non technical...
Deleteielts dengan muet sama ke encik?
ReplyDeleteIELTS dan MUET tak sama..
DeleteSalam, saya dah pernah buat IELTS tahun 2011, valid lagi ke kalau nak pakai utk application next year?
ReplyDeletewassalam..untuk makluman IELTS valid hanya untuk 2 tahun.
DeleteAssalamualaikum. Bagaimana nak semak kelayakan ke Universiti di Indonesia ya? And how to apply to their universities ? :)
ReplyDeletewaalaikummussalam..i'm very sorry. I'm not sure about Indonesia universities. Anyway, u can ask IDP, NAZZA Education or MABECS
DeleteAssalamualaikum...IELTS tu ujian tentang apa ya?apa yang perlu diulangkaji?
ReplyDeleteIELTS tu salah satu ujian menguji tahap penguasaan bahasa inggeris dari pelbagai aspek ex: comprehension, speaking, writing.. lebih kurang macam MUET dan kebiasaannya utk yg nak sambung belajar ke luar negara, IELTS wajib kena ambil
Deletesalam I nak tnye nie kalau lepas spm mcm mne nk mohon ?? dy bg borg kew or dy ade sediakan laman web kt intenet..sbb I nak sgt2 further study at England..that s my ambition since I was young. help me I really2 want to study at England..plizzz help me...btw I am 17 n this year I will sit 4 spm examination
ReplyDeletebiasanya lepas result spm dikeluarkan, banyak tawaran biasiswa yg disediakan utk lepasan SPM nak sambung oversea..boleh join group Biasiswa Dalam dan Luar Negara (Undergrad,Postgrad & PostDoc) dekat FB untuk tahu banyak maklumat terkini berkaitan biasiswa dan senarai kursus yang ditaja
Deletesalam, saya baru je nk apply uni uk u master...then sempt ke nk fly bln 9 n nk apply scholarship lg?
ReplyDeletewassalam..boleh je nak apply tapi mungkin dari segi nak cari scholarship tu yang susah sikit sebab kebiasaannya tawaran untuk scholarship keluar awal tahun..yang masih bukak saya rasa bawah JPA dan biasiswa Agong..apa pun tak salah mencuba..selamat berjaya!!
DeleteIdp Malaysia ambik charge x if kita guna khidmat mereka
ReplyDeleterasanya tak dikenakan apa-apa bayaran untuk gunakan khidmat IDP..sama macam NAZZA Education
DeleteOne more thing..nak tanya kos English tu technical or non-technical? Brapa cgpa kena score ye?BTW thanks tulis blog ni..betol2 membantu..
ReplyDeleteEnglish bawah non-technical..kalau untuk Program Pasca Siswazah MARA, CGPA 3.50 and above..
DeleteIf my degree from IPTS, boleh ke sambung master di luar negara? And how about loan studies? How about CGPA? Sorry for asking many question..tq.
ReplyDelete1) tak kisah ipta/ipts, selagi memenuhi syarat yang ditetapkan anda layak memohon
Delete2)loan studies-MARA antara yang tawarkan pinjaman pelajaran kepada postgrad students. Permohonan biasanya dibuka bulan feb/mac setiap tahun
3) cgpa bergantung kepada bidang yang dipohon.
hi, just want get info.. if master degree result 3.29 layak tak untuk apply MARA schoolership?
ReplyDeleteboleh saya tahu bidang apa tu ye? sebab kelayakan memohon berbeza mengikut bidang teknikal dan bukan teknikal.
DeleteSalam,sekarang nie saya amek diploma.Kalau nak sambung diploma dkat oversea pakaii result sem 3 boleh tak ?
ReplyDeletekalau nak ambil degree dekat luar negara, mesti sekurang-kurangnya berada di tahun akhir..guna result terkini untuk mohon..
Deletesalam..sy pelajar tahun akhir jurusan management n policy.. mcm pentadbiran awam...cgpa skrg 3.5 n tgl 1 sem lg nk hb blajar..sy bminat nk smbg master ke luar negara dalam bdg yg sama.. mcmne sy nk mohon? pastu sy xde IETLS tu? nk ambik IETLS tu kt mna ye? pastu patt ke x sy apply dr skrg? mntak maaf bnyk soalan encik.. :
ReplyDeletesalam..pertama, pergi ke laman web uni yg ingin dipohon, cek segala requirement yang diperlukan dan mohon online..boleh juga melalui idp, british council atau nazza education. Kedua, IELTS boleh daftar di IDP atau British Council..kena ]cepat sebab tempat terhad. Ketiga, ya boleh apply dari sekarang sebab nanti lagi banyak proses yg adek kena lalui.. apa2 pm saya dekat fb ye.. harap membantu..good luck =)
Deletesalam encik,sy nak tanya kalau graduan lepasan politeknik nak sambung degree kt oversea boleh ke tak eh ? sy nak sangat sambung degree kt oversea dlm bidang senibina.thanks
ReplyDeleteitu saya tak pasti..saya hanya boleh bantu kalau nak sambung postgraduate studies. Maaf ya..
DeleteSalam Encik, sy pelajar tahun akhir diploma in English dan berhasrat utk further degree di UK, tp yg jdi concern sy skrg ni ialah financial support. Nak apply MARA tp agak2 bile buka ye utk undergraduate studies ni?
ReplyDeleteWassalam..setahu saya, pihak MARA ada keluar kenyataan yang mereka akan memberi fokus untuk menghantar pelajar postgrad berbanding undergrad ke luar negara.jika ada sekalipun hanya untuk bidang yang dianggap kritikal sahaja..saya cadangkan habiskan degree di Malaysia dan mohon untuk Pasca Siswazah Luar Negara nanti untuk sambung peringkat Postgrad
DeleteAssalamualaikum.. nk tny mcm mne cara utk lepasan spm nk sambung bljr ke oversea ye ?
ReplyDeleteWassalam.. untuk lepasan SPM ada banyak tawaran biasiswa akan diiiklankan selepas result SPM keluar nanti..selamat berjaya!!
DeleteTerima kasih
Deleteassalamualaikum encik
ReplyDeletesaya mengambil bidang perakaunan . bolehkh saya sambung belajar ke luar negara.?
adakah ditawarkan ? bagi lepasan spm
Wa'alaikummussalam. Jawapannya boleh. Banyak tawaran biasiswa disediakan untuk bidang perakaunan sebagaai contoh Bank Negara dan Khazanah Nasional.
DeleteSalam nak tanya. Between IDP or Mabec which one is more preferable ya? tq
ReplyDeleteSalam. I think IDP is better. Good luck
Delete