My Readers

Sunday, September 30, 2012

aku kena berubah...


rasanya dah lama aku tak ambil tahu atau buat tak endah atau dalam kata lain aku tak pernah serius memikirkan tentang satu hal ni...bagi aku belum masanya lagi untuk aku berubah...entah kenapa aku lebih selesa jalani kehidupan yang aku ada sekarang...memang betul aku bersyukur dengan setiap apa yang telah dikurniakan olehNya...tapi kadang-kadang aku risau sampai bila aku harus jadi macam ni...aku tak sepatutnya biarkan hal ni macam tu je...aku kena lakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri pada masa depan...sedih rasanya kalau aku tak lakukan perubahan ni...aku tahu tak ada siapa pun yang akan boleh ubah diri aku kecuali aku sendiri...cukuplah aku bersabar dengan semuanya selama ni...mungkin ini menjadi titik permulaan yang baik buat aku untuk terus kekal positif..hiraukan setiap apa yang orang lain akan katakan kerana siapa dieorang untuk menghakimi hidup aku, apa yang aku lakukan malahan dieorang langsung tak ada kena mengena dengan diri aku...jadinya aku harus tekad dan sedar bahawa aku tak perlukan kata-kata dieorang untuk menentukan siapa aku nanti...jadi diri sendiri adalah yang terbaik..puaskan hati sendiri lagi bagus dari sentiasa cuba nak jaga hati orang lain sedangkan aku sendiri tak pernah fikirkan pasal diri sendiri...InsyaAllah aku yakin yang aku boleh lakukan!!!

mimpi berada di zaman jepun...

kelmarin aku dapat satu mimpi..memang agak pelik mimpi ni sebab aku tak pernah dapat mimpi macam tu sebelum ni...aku mimpi kampung aku dilanda banjir besar...masa tu aku dengan mak memang berpegang tangan...kami selamat dan bila banjir tu surut je kami tengok semua tempat dah jadi huru hara...askar jepun di merata tempat..ramai yang lari menyorok sebab takut ditembak... memang sangat menakutkan bila kebanyakan yang dijumpai oleh askar jepun akan ditembak mati...aku rasa aku menyorok dalam longkang..ramai jugak buat menda yang sama...akhirnya memang askar jepun jumpa kami semua...kami diangkut masuk dalam trak dan dibawak ke kubu dieorang...memang sedih la..nak makan pun susah...nak buang air lagi la...kami tak dibenarkan pergi mana-mana sebab memang senapang kat tepi kepala...sedih wooo...ramai yang menangis dan trauma...kami cuba nak mintak bantuan tapi tak ada siapa yang berani ingkar arahan askar jepun... lepas tu aku tersu tersedar...sedikit sebanyak mimpi ni memberi gambaran buat aku betapa peritnya pejuang-pejuang kita dulu nak lepas dari jajahan luar...berapa ramai yang dah terkorban...semuanya demi nak mendapatkan kkemerdekaan...Ya, aku bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki hari ni..terima kasih Ya Allah..terima kasih Malaysia...