My Readers

Wednesday, November 9, 2011

sesi dialog bersama Dato' VC UiTM...


yang ni pun cerita yang agak usang la sebab berlaku 2 November yang lepas...Rabu minggu lepas Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar singgah ke UiTM Kedah sempena kunjungan beliau kepada bakal Yang Di-Pertuan Agong yang baru bermula 21 November ni iaitu Sultan Kedah, Kami semua mahasiswa dikehendaki berkumpul di Dewan Perdana..ternyata Dato' VC merupakan seorang yang amat prihatin...sanggup turun sendiri bagi mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi oleh semua mahasiswa UiTM...aku secara peribadi sangat kagum dengan kejayaan beliau yang mana baru-baru ini mencipta sejarah sebagai orang asia dan juga rakayat Malaysia pertama yang menerima ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stuttgart, Jerman...semuanya hasil sumbangan beliau yang lebih 15 tahun menyumbang bakti kepada universiti terbabit. Lagi membuat aku bangga bila beliau sendiri menyatakan bahawa anugerah yang diterimanya itu tidak setanding jika ingin diukur dengan segulung ijazah yang beliau dapat dari ITM(sekarang UiTM)...Sesi dialog lebih 2 jam pada petang tu membuatkan aku lebih mengenali beliau secara lebih dekat...moga satu hari nanti aku juga dapat mencipta kejayaan seperti beliau...amin...UiTM SENTIASA DIHATIKU =)















bertanyakan soalan berkaitan biasiswa JPA kepada beliau








sempat berbual walaupun seketika bersama beliau =)

ditipu...



aku ditipu oleh penipu yang suka menipu membuatkan aku tertipu dan rasa nak bagi penyiku je kat mamat yang jual tiket tu...memang merosakkan mood aku nak balik kampung..huhu...dan ni merupakan aduan yang telah aku buat kepada pihak LPKP...harap ada respon positif dari mereka la...

Assalamualaikum dan selamat pagi...saya abdul rahman bin abdul latip ingin membuat aduan berkenaan penipuan yang dilakukan olah syarikat bus ekspress.. Pada 3 November lepas saya sepatutnya menaiki bus Swarna Bumi pada jam 10.45 malam dari hentian bus ekspress Sungai Petani untuk menuju ke Kuantan. Untuk pengetahuan, tiket tersebut saya telah beli seminggu sebelumnya di kaunter 7 terminal bus ekspress Sungai Petani yang merupakan agen kepada syarikat bus Swarna Bumi...Saya dijanjikan seat bernombor 24... Pada malam tersebut, saya dikehendaki menunggu di kaunter 5 untuk menaiki bus Swarna Bumi namun begitu sampai jam 12 tengah malam saya masih tidak dapat menaiki bus tersebut. Mengikut apa yang diberitahu oleh juru kaunter 5 tersebut, mereka sepatutnya tidak bertanggungjawab ke atas saya kerana saya tidak membeli tiket di kaunter 5.. beberapa minit kemudian, saya dikehendaki menaiki sebuah bus ekspress Persada yang mana dikatakan menuju ke Kuantan. Ketika berada di atas bas, tiket saya diambil dan tidak dipulangkan. Setelah itu, bus berjalan dan tepat jam 4.30 pagi hari berikutnya bas tiba di Hentian Pudu Central dan pemandu bas meminta semua penumpang turun. Saya bersama empat yang lain juga yang sepatutnya diturunkan di Kuantan juga dipaksa turun. Mengikut pemandu bus, bus tesebut hanya menuju ke Kuala Lumpur dan bukan Kuantan. Saya dan yang lain sangat terkejut dipaksa turun di Kuala Lumpur. Setelah itu, saya terpaksa menunggu sehingga jam 7 pagi sebelum mencari tiket yang baru untuk pulang ke Kuantan, Saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dan mengharapkan pihak Tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebarang persoalan saya sedia untuk membantu dan boleh menghubungi saya di talian 013455xxxx...terima kasih

Lawatan Akademik Ke Melaka...

ni cerita 2 minggu lepas..al maklumlah memang tak sempat nak update sebab terlalu bz dengan pelbgai kerja...ni pun nasib baik la balik awal ke kedah...so hari ni tak mau study atau wat kerja akademik..nak relax dulu dan layan blog yang dah usang ni...pada tanggal 27,28, dan 29 Oktober yang lalu, aku ada lawatan akademik ke Melaka..niat asalnya nak melawat Majlis Bandaraya Melaka dan Majiis Perbandaran Hang Tuah Jaya tapi di saat-saat akhir Majlis Bandaraya Melaka plak tolak permohonan kami...memang hangin jugak lah kan...dah berapa kali dia tolak...tapi tak ape..anggap je tak ada rezeki untuk ke sana...Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya jugak yang bagus kan...sedia menerima kunjungan kami walaupun pada hari tersebut, dieorang ada pogram bersama ketua menteri melaka..banyak la input yang kami dapat dan memenuhi objektif lawatan sendiri...antara yang aku boleh kongsikan adalah MPHTJ ni adalah Majlis Perbandaran terbaru yang ditubuhkan iaitu sekitar tahun lepas..sebelum ni ditadbir oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya dan bukannya sebahagian dari Majlis Bandaraya Melaka...kebanyakan pegawai-pegawai yang terdapat dalam MPHTJ ni adalah masih single dan berumur bawah 30 tahun..hehe..sebabnya???nak beri peluang kepada generasi muda untuk mengisi jawatan yang tinggi di samping mengurangkan kos..biasanya otak muda ni senang sikit nak bawak berbincang kan...lepak malam2 kat keai mamak sambil minum  teh masih boleh sembang pasal kerja...kalau dah kahwin bermasalah la jugak...hehe..habis je program kat sana, kami adakan lawatan di sekitar kawasan yang ditadbir oleh MPHTJ dan MBMB...ingat nak singgah di Taman Mini Asean tapi tutup la plak kan...pape pun lawatan kali ni sangat best dan pengalaman baru adalah naik Melaka River Cruise..RM 10 je...dibawa mengelilingi melaka selama 45 minit...puas hati beb..yang lain2 best jugak la dapat naik menara taming sari, jalan2 di jonker walk,dan lepak di dataran pahlawan...dalam perjalanan balik tu sempatla mereka drama untuk 'prank' classmate aku, zwany zaza salam yang sambut birthday dia hari tue..nak menangis jugak la kan sebelum dihiburkan dengan lagu selamat hari lahir dan kek secret recipi =)

 ni keadaannya ketika sesi taklimat bersama pegawai MPHTJ



 En Rozaidi yang merupakan pengarah bahagian perancangan memberikan taklimat


 ada gaya macam datuk bandar tak?hehe

bersama bulan,wani, juju n angah =)

 bergambar kenangan bersama Puan Sapiah Haron, Yang di-Pertua MPHTJ

 ape ke peliknya tukang kasut ni?at Alor Gajah Central...

 hari terakhir...sebelum nak check out

 ni masa sambut besday zwany zaza salam, one of my classmates

 twin yang tak berapa nak twin...kami kongsi tarikh birthday yang sama k =)