My Readers

Sunday, August 5, 2012

selamat hari lahir kakak kembarku...


pertamanya nak cakap aku tak de kembar..hehe...yang kembar adalah kedua kakak sulung aku...dan aku harap nanti aku jugak boleh dapat anak kembar...haha..ngarut je kan... hari ni hari lahir dieorang...kakak aku bernama ruhayu dan ruhida...kedua-duanya sangat comel...pertamanya aku nak ucap selamat hari lahir buat mereka berdua...terima kasih kerana sentiasa ada menyokong di sisi cek sampai hari ni..kalau nak ikutkan dah terlalu banyak pengorbanan yang kak telah lakukan untuk kami semua...untuk kak ida, man takkan pernah lupa pengorbanan kak..bagaimana kak telah korbankan zaman remaja yang sepatutnya kak gunakan untuk belajar seperti remaja-remaja lain untuk bekerja demi membantu keluarga...man ingat lagi setiap kali kak balik kampung, mesti kak belikan hadiah untuk man.man tau yang kak memang bijak...tapi peluang tu kak bagi untuk kami adik-adik agar dapat teruskan belajar sampai ke hari ni...itu merupakan satu semagat buat man untuk terus berjaya...untuk kak ayu, memang dari kecik kita dah terpisah...kak dibesarkan oleh tok di Penang sementara kami semua kat Pahang...sangat jarang kita dapat berjumpa...takdir Allah rapatkan balik hubungan kita bila cek dapat sambung belajaq kat utara...dah hampir 5 tahun dekat sini...tak pernah kak abaikan cek... banyak cerita man kongsi dengan kak...ingat lagi masa semester satu man balik umah kak dengan pakaian penuh satu bagasi..man menangis depan kak dan habaq dekat kak yang man tak mau sambung belajaq lagi...dengan tenang kak pujuk dan beri semangat untuk cek sambung belajaq...dan sampai sekarang kak terus tiupkan semangat supaya cek kejaq segala cita-cita cek dan dapatkan yang terbaik untuk diri cek...setiap kali cek dapat keputusan yang baik mesti kak akan bagi hadiah..paling kurang pun sebijik kek yang kak buat sendiri...terima kasih sebab sentiasa hargai dan faham cek...kawan baik cek dan merangkap penyimpan sebahagian besar rahsia cek...terima kasih untuk kedua-dua kakak kembarku atas kasih dan sayangmu untuk kami adik-adik selama ni...pape pun duit raya lebih sikit ek tahun ni...hehe...

persediaan raya

lebih kurang macam ni la warna baju melayu aku..

mesti korang semua dah sibuk prepare untuk raya kan?al maklumlah semuanya mesti nak yang terbaik kan...untuk aku tahun ni biasa-biasa je...rasa macam tak nak buat baju melayu tapi kakak aku suruh buat jugak so aku buat la...rasa macam kosong sangat tahun ni sebab kali pertama beraya tanpa abah...juga aidilfitri keempat tanpa mak...cepat sanat rasa masa berlalu...masih dahagakan kasih dan sayang mereka...walau apa pun aku tau mak abah sentiasa sayangkan aku dan mahukan aku teruskan hidup dengan gembira walau apa pun terjadi..kakak aku cakap kami adik beradik tetap kena sambut hari raya dengan gembira walaupun tanpa mak abah supaya mak abah jugak gembira tengok anak-anak dia...kalau kita bersedih mak abah lagi la sedih dekat sana...atas sebab tu lah aku buat jugak baju raya...malam ni kakak aku dah mula buat beberapa jenis kuih raya...buat sikit-sikit je.. kuih yang adik beradik kami suka makan...antaranya mazola...aku minat sangat dengan kuih samperit...selalu suruh mak buatkan bila aku balik kampung...satu lagi biskut belang...mesti ramai yang tak tahu kuih ni kan,,,jiran depan rumah aku sangat pandai buat biskut ni..rupanya separuh kuning separuh coklat...memang sedap sangat..tapi tahun lepas aku pergi beraya umah jiran aku tu tak dapat merasa sebab dia dah tak buat...huhu...pape pun sambutlah hari raya yang bakal menjelang dengan seadanya... sesedih mana pun hati kita, kena jugak meraikan dengan senyuman...ziarah jiran tetangga dan sanak saudara...tak nak cakap banyak banyak sebab ada 15 hari lagi puasa kan...selamat berpuasa semua =)


macam ni la rupa biskut mazola...cari gambar biskut belang tak ada la pulak..huhu