Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Wednesday, September 15, 2010
rumahku syurgaku....
kata-kata ni memang sangat terkenal...rumahku syurgaku...bagi aku,ianya sangat tepat untuk menggambarkan betapa sayangnya aku dengan rumah...aku anak jati Felda Chini Timur 3..aku dilahirkan di rumah bernombor 50 Felda Chini Timur 3...arwah mak lahirkan aku di dalam bilik di rumah kami...bilik itu masih kekal dan manjadi bilik tempat aku tidur sekarang..sangat nostalgia...hujung tahun ni mungkin ianya akan menjadi kenangan yang cukup terindah buat aku bila ia akan dirobohkan...abah nak bina rumah batu kesemuanya menggantikan separuh rumah papan yang ada...aku pasti rindukannya..kawasan rumah aku sangat mendamaikan...masuk je ke kawasan rumah pasti akan disambut dengan dua batang pokok mempelam yang sangat rendang...usia pokok tu pun dah berbelas tahun...sekelilng rumah aku akan penuh dengan tanaman..abah ngan mak memang suka bertanam..pokok kelapa semuanya tinggi tinggi..ada jugak banyak pokok puding,pokok bunga raya,pokok bunga loceng..pokok bunga tahi ayam pun ada..nama je hodoh tapi bunganya sangat cantik...kuning keemasan...dekat belakang rumah plak ada pokok manggis,mempelam, dokong,rambai,pisang,jambu mawar, rambutan dan durian...kalau stakat nak guna untuk masakan, ada pokok daun kari, daun pandan,limau purut, limau kasturi,pokok kunyit,serai,cili api,lengkuas pun ada jugak..itulah syurga rumah aku..abah ngan mak sentiasa jaga pokok pokok dengan baik,dibaja dan disiram...abah selalu cakap 'tak rugi berbakti kepada tanah'..aku memang akuinya...walaupun rumah aku tak se 'gah' rumah orang lain yang lagi besar dan cantik, tapi aku bersyukur dengan apa yang ada..abah tak pernah ajar kami untuk menunjuk nunjuk atau bermegah dengan apa yang ada...cukuplah jika kami dapat hidup dengan selesa dan keluarga kami bahagia...aku sayang abah..aku sayangkan kaluarga aku..aku sayangkan rumah aku,tempat lahir aku,tempat bermain aku, tempat aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan yang paling penting tempat terciptanya sebuah keluarga yang bahagia buat selama lamanya..sesiapa pun yang akan menjadi suri hidup aku nanti harus menerima seadanya keluarga aku dan rumah aku.....
raya yang lebih ceria...
Alhamdulillah..aku baru je sampai merbok...lega rasanya...setelah hampir 2 minggu aku bercuti raya kini dah tiba masanya untuk aku kembali bekerja...kerja yang bertimbun untuk disiapkan...raya tahun kedua tanpa mak sememangnya sukar buat aku dan adik beradik yang lain namun kami berusaha sebaiknya untuk menyambutnya dengan keceriaan. Aku bersyukur punyai keluarga yang benar-benar bersatu hati, berkasih - sayang dan saling membahagiakan...kalau ikutkan dulu kami memang tak seerat ni...ada hikmah di sebalik segala yang berlaku... aku sampai kampung hari selasa pagi dan terus pergi ke semua bank yang ada kat kuantan untuk tukar duet raya tapi semuanya dah habis...sangat penat menunggu dan melihat gelagat pegawai bank yang amat tidak mesra pelanggan..layan je la...balik umah je aku seperti kebiasaannya setiap kali pulang ke kampung lepas bersalam ngan abah aku pergi ke kubur mak..aku rindukan dia...sejuk mata melihat bunga- bunga mekar berkembang di atas pusara mak...lepas berdoa untuk kesejahteraan mak,aku balik rumah dan bantu kak ayu buat apa yang patut..esok harinya baru la abang mie,abang adi dan adek cah balik...kak ida pun ada..cuma kak ana je yang masih di Pekan..aku macam biasa la sementara nak tunggu yang lain balik kena la kemas rumah yang mana patut kan...letih sangat..ngan cuaca yang panas kalau ikutkan nafsu nak je aku minum air tau tapi sabar je la...menda kecik je tu...hehehe(terlentang jugak la tido petang tu)..sehari sebelum raya bersamaan hari khamis memang hari yang amat amat meletihkan aku...pagi tu pegi pekan sehari beli barang-barang,lepas tu gerak ke chini beli cat.. balik je dah kena mula mengecat...aku ngan adi je yang buat..memang sakit la..abg mie bleh dok tido je..huhu..sabar jela...pastu dekcah ngan abg ipar aku tolong..lega la sikit kan...pastu cabut semua bunga-bunga nak basuh..sarung kusyen pun sama..petang tu kak ana balik..lengkaplah semua adek bradik aku..buat pertama kalinya setelah beberapa bulan kami semua adik beradik buka puasa sama sama..saat saat yang paling aku tunggu..sambil makan sambil bersembang kenangan lama..sangat seronok...bergelak ketawa,usik mengusik dan yang paling tak tahan sasaran utama mesti aku...sedih betol..huhu..malam raya macam biasa la kan...betulkan pelita,bubuh minyak dan gantung pelita...ada 12 kesemuanya..terang halaman rumah aku dengan cahaya pelita...anak anak sedara aku main bunga api..aku pun join la..jadi budak kecik sekejap..hehehe..tapi seronok sebenarnya sebab dapat sama sama menyanyi lagu raya dan pusing halaman rumah..dah lama tak rasa macam ni..kami semua berkumpul di halaman rumah...kak ana dengan ceritanya..abg adi dengan kisahnya..kak ayu plak dengan hidupnya..masing2 punya kisah yang berlainan..beginilah kami..jarang bertemu tapi tetap bersama sama...pagi syawal yang indah keesokannya tiba lagi..hati terasa sangat sayu tanpa kelibat mak...awal awal pagi lagi kak ida dah bertempik suruh kami bangun..abah plak memang pukul 5 pagi dah bukak lampu bilik aku..saja nak suruh aku bangun awal..hehehe..pagi tu semua memakai pakain baru..abah dengan baju melayu berwarna ungu yang kami beli, abang mie dengan sepasang baju melayu berwarna hijau dan aku plak warna kuning tahun ni...siap bersamping hitam benang keemasan lagi..hehehe..kami bergerak ke surau untuk sembahyang raya.. ramai yang terkejut tengok aku..macam nak pergi menikah je..hehehe..kat surau dapat la jumpa kawan kawan aku yang dah lama tak jumpa...habis je khutbah, kami terus berkumpul kat rumah...masing masing dah bersiap untuk ke kubur..walaupun cuaca yang mendung dan hujan renyai renyai namun kami tetap jugak nak pergi kubur...buat tahlil untuk arwah mak...masuk je kawasan tanah perkuburan, penuh kereta di sepanjang jalan..semua sanak saudara datang mengunjungi ahli keluarga yang telah pergi terlebih dahulu... kami pun sama...habis je tahlil dan berdoa, kami semua siram pusara mak..dalam pada tu aku berdoa moga mak diberi kesejahteraan dia dalam sana, dipermudahkan menjawab soalan munkar dan nakir, diberi limpahan cahaya syurga, digolongkan di kalangan merekan yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh serta mengharapkan aku tidak akan lupa untuk sentiasa membuat amal yang baik, berdoa dan menjadi seorang anak yang berguna..amin...sampai je di rumah,kami meneruskan amalan bermaaf maafan.air mata abah tak henti henti mengalir..aku sedar betapa peritnya buat abah untuk menerima segalanya..habis je, kami semua menikmati hidangan yang ada..mee kuah, ketupat,lemang,rendang,kuih muih yang dah disediakan.. bagi aku,walau apa pun hidup perlu diteruskan...aidilfitri harus disambut dengan ceria walaupun dalam berduka.. aku bersyukur ya Allah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bersatu hati dan bahagia....
Subscribe to:
Posts (Atom)