My Readers

Sunday, January 1, 2012

penghibur tika sedih...

beberapa hari ni memang emosi aku tak berapa nak stabil...so video ni lah penghibur aku..nak maklumkan budak dalam video tu adalah aku..hehe...tak percaya??terok betol la korang kan...huhu..sebenarnya tu anak sedara aku..nama dia anas haikal...sangatlah comel..suka bila dia panggil cikman..hehe..umur dia setahun enam bulan...dia tak berapa nak suka bila aku nak dukung dia sebab aku suka 'gomoi' dia..tau tak gomoi tu ape? gomoi tu macam suka cium-cium pipi dia..mana taknya..tengok lah memang sangat comel dah macam anak korea dah..hehe..


berdoalah...

Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba, Allah mendengar doa seorang ibu, Allah mendengar doa seorang anak, Allah mendengar doa seorang suami., Allah mendengar doa seorang isteri, mala Allah mendengar doa segala setiap mahkluk yang melata di bumi Allah.. Allah maha Adil.!! Bayangkan, bagaimana Allah mampu melayan pelbagai doa daripada berbillon billion manusia, daripada doa seorang pengemis yang merayu untuk mendapakan sesuap nasi, sehinggalah kepadad doa seorang Soleh yang memohon dipermudahkan urusan Pengabdian kepadaNYA, namun Allah tetap sudi mendengar, Oleh kerana itu Allah bukanlah sahaja mendengar tetapi Dia Maha Mendengar!
Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia, sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah, termasuk dalam soal mendengar ini. Iya, jika orang yang bercakap-cakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku mendengar..tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, mungkin yang mendengar sambil cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapannya. Kalau si kaya bercakap, semua pihak menelinga dan tunduk akur. Tetapi apabila si miskin yang mengadu, ramai yang pura-pura tidak mendengar. Mengapa begitu sikap kita? Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mana mendengar? Mengapa kita berbangga dengan apa yang kita miliki? Bukan kah itu semua milik Allah?
mala lebih malang lagi, kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepadaNYA. Mengapa? Adakah kita merasa Allah tidak mendengar, ataupun kita malas hendak berdoa?

petikan seorang rakan facebook,Jehanz Azizan