My Readers

Saturday, January 7, 2012

Ya Allah, aku rindukan abah...

tak tertanggung rasanya derita ini...Ya Allah, aku rindukan abah...aku nak sangat bercakap dengan dia...nak bagitau dia yang aku sedang ambil final exam...setiap final exam, aku akan telefon abah..."abah, buat ape?dah makan ubat?hari ni makan lauk ape?abah, minggu depan man nak final exam dah..man harap abah dapat doakan man berjaya ye..man mohon restu abah.." dan biasanya abah akan jawab "man, abah sentiasa doakan yang terbaik buat anak abah..berusahalah bersunguh-sunguh..kita bukan orang senang man..abah cuma harap man dapat capai segala impian man..jangan risaukan abah..abah sihat ja"..bila abah cakap macam ni, aku terus semangat untuk buat yang terbaik demi membahagiakan abah...sebab cuma abah yang aku ada..masa mak pergi dulu, aku berjanji dengan diri aku sendiri untuk pastikan yang aku takkan mengecewakan abah..aku nak dapatkan kejayaan dan buat abah bahagia...ye, aku masih pegang menda tu sampai sekarang...aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya abah dapat datang masa aku konvo diploma dulu...masa tu ada satu video tentang pengorbanan mak ayah..dalam dewan tu, aku menangis..aku teringat mak...aku fikirkan alangkah indahnya kalau mak ada sekali masa aku konvo tapi aku redha..adik mesej bagitau abah menangis tengok video tu...menangis yang sesungguhnya...aku tau yang abah sangat rindukan mak...mana mungkin 32 tahun mereka hidup bersama...saat tu lah aku tekad untuk tak nak buat abah menangis lagi..cukuplah penderitaan yang dia alami..yang aku tahu, aku nak belajar sungguh-sungguh demi abah..demi mak yang telah pergi dahulu...kini sekali lagi aku diuji..abah pergi menuruti mak...man tahu abah teramat rindukan mak kan...sekali lagi Ya Allah, belum aku sempat untuk menjadikan dia ayah paling bahagia di dunia, Kau telah ambil kembali apa yang telah Kau pinjamkan selama ini...aku redha Ya Allah...aku redha...cuma Ya Allah..hambaMu ini teramat rindukan dia yang telah pergi...Kau berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan segala yang menjadi harapan dia buat aku...aku insan yang lemah lagi hina Ya Allah...bantulah aku Ya Allah untuk khabarkan kepada mak abah yang aku sangat rindukan mereka...moga mereka sentiasa sejahtera di sana...

 raya tahun lepas dengan abah...raya terakhir...raya yang akan menjadi kenangan buat aku...

 tak ada lagi ucapan selamat berjaya dari abah buat aku setiap kali tibanya final exam...

 kami 4 beranak...anak-anak teruna abah...

rindu untuk genggam tangan abah..




Baucer buku 1 Malaysia mula diedar..


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.      PENUTUP
a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.
sumber: www.mohe.gov.my