Dah lama aku nak update pasal ni tapi tak berkesempatan..alhamdulillah, sekarang aku baru je tamatkan pengajian peringkat Ijazah..aku memang menyanjung tinggi UiTM..Abang aku merupakan bekas pelajar UiTM..bila aku dengan abah pergi hantar abang dekat UiTM Melaka dulu, aku sangat bangga sebab dapat jugak masuk ke universiti..ya, walaupun hanya hantar abang je masa tu aku tetap bangga dan aku juga berjanji akan mengikut jejak abang untuk masuk universiti...aku sebenarnya minat undang-undang...dulu, aku langsung tak didedahkan tentang peri-pentingnya aliran yang kita ambil masa naik ke tingkatan 4..aku ambil sains tulen...selepas aku pindah ke sekolah teknik, aku ambil kejuruteraan awam...memang jauh bezanya dengan minat aku..itu sebabnya masa SPM, aku tambah dua subjek iaitu kesusateraan melayu dan pengajian syariah islamiah dengan harapan aku dapat sambung jurusan undang-undang dekat UIAM..
Ternyata Allah dah tetapkan rezeki aku tak ada untuk sambung belajar dekat sana..dalam keadaan yang hampir putus asa, aku tekad untuk tak nak sambung belajar...masa tu aku dah mula kerja dekat restoran milik sepupu aku...satu hari abang mintak aku isi permohonan kemasukan ke UiTM bagi second intake..aku dah rasa macam tak ada harapan je tapi abang nak jugak aku isi..abang kata, ambil dulu diploma pentadbiran awam..nanti masa degree aku boleh jugak sambung ambil undang-undang...alhamdulillah...aku berjaya diterima masuk ke UiTM Kedah..aku memang tak sabar dah nak sambung belajar balik...aku nak buktikan yang satu hari nanti aku jugak akan berjaya seperti mereka yang lain..aku terkejut sebab UiTM tak macam universiti lain yang yuran kemasukan je dah seribu lebih...seingat aku yuran masa tu dalam lima ratus lebih je...esoknya kakak telefon cakap ada cek sampai dekat rumah..wang pendahuluan dari PTPTN untuk persediaan masuk ke universiti...sekali lagi aku bersyukur...aku bukan dari keluarga yang senang... arwah abah adalah seorang peneroka felda...mata abah rabun teruk..cermin mata abah tebal sangat...aku adalah satu satunya anak abah yang ikut jejak langkah abah..aku pun rabun teruk.. dulu memang aku rajin membaca..kalau abah belikan buku yang tebal-tebal, satu hari je aku boleh habiskan..abah tak pernah larang aku buat apa yang aku nak..abah pernah cakap, kalau aku tak nak belajar, kerja la...kalau aku nak sambung lagi, belajar sungguh-sungguh sebab kita bukan orang senang...dengan duit pendahuluan PTPTN tu la aku guna untuk beli barang keperluan sebelum mendaftar...abah dengan mak tak dapat hantar aku pergi mendaftar...jauh sangat kalau nak pergi Kedah dari Pahang...keluarga kami tak ada kereta...lagipun tentu nak kena belanja banyak kalau nak hantar aku...aku ta pernah merungut sebab aku faham situasi keluarga kami macam mana..nasib baik ada kakak aku yang tinggal dekat Penang...dia la yang mintak tolong kawan dia untuk hantar aku mendaftar..masa aku salam tangan mak abah sebelum nak naik bas ke Penang, aku berjanji dengan diri sendiri yang satu hari nanti aku nak buat mak abah bahagia..aku nak belajar rajin-rajin dan dapatkan keputusan yang cemerlang...
Aku bangga menjadi sebahagian dari warga UiTM..Aku suka sangat dengan lagu wawasan setia pelajar UiTM (sekarang dah bertukar menjadi wawasan setia warga UiTM)..Aku tahu bukan senang nak berjaya...aku yakin aku mampu berjaya di UiTM...semasa semester pertama diploma, aku terkejut sebab medium pembelajaran dalam kelas adalah bahasa inggeris...mula-mula agak kekok jugak bila pensyarah semuanya mengajar dalam bahasa inggeris, buku teks dan nota pun dalam bahasa inggeris malah tugasan dan pembentangan hasil tugasan pun semuanya dalam bahasa inggeris...yang paling mencabar, kuiz, test dan peperiksaan akhir pun dalam bahasa inggeris... dua bulan pertama tu aku agak risau jugak.. yela, nak kena biasakan diri menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris kan...lama kelamaan, alah bisa tegal biasa..aku dah mampu biasakan diri dengan suasana pembelajaran UiTM...yang menariknya, kelas semuanya sangat selesa lengkap dengan komputer dan penghawa dingin...kerusi dan meja semua masih baru..kolej penginapan memang sangatlah selesa...aku rasa tak ada alasan untuk mahasiswa malas untuk belajar..semuanya dah disediakan dengan cukup lengkap..apa lagi yang nak kan...masuk kelas dan belajar sungguh-sungguh...
Sepanjang di UiTM aku memang sepenuhnya bergantung kepada duit PTPTN...serius, kalau tak ada PTPTN aku rasa aku takkan mampu untuk habiskan belajar sampai peringkat ijazah.. Jadi pandai-pandai la nak uruskan perbelanjaan supaya cukup sampai ke akhir semester...untuk tiga tahun diploma, keputusan aku jatuh teruk masa semester dua..kecewa tu memangla tapi aku tak patah semangat...bagi aku, itu merupakan pengajaran untuk aku terus bangkit...masa diploma jugak, mak telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya...satu lagi tamparan hebat buat aku bila orang yang aku sayang telah pergi...tak sempat rasanya untuk aku hadiahkan kejayaan buat mak...abang ingatkan aku yang aku masih punya abah...ya, aku syukur sebab masih ada abah untuk aku menangis bila setiap kali ingatkan mak...habis je diploma, aku sempat kerja sebulan je sebelum aku sambung ambil ijazah...aku tak jadi sambung dalam jurusan undang-undang sebab aku dah memang minat sangat bidang pentadbiran..aku impikan satu hari nanti aku akan menjadi seorang pentadbir yang baik...sekali lagi aku risau nak sambung ke tak sebab sapa nak tanggung perbelanjaan aku...yuran, buku, rumah sewa, makan, dan lain-lain...sekali lagi aku berterima kasih untuk kerajaan dan PTPTN sebab membantu dalam pembelajaran aku selama 5 tahun dekat UiTM..Ijazah aku cuma 2 tahun je...kali ni aku tekad nak dapatkan anugerah dekan untuk setiap semester dan hadiahkan abah dengan anugerah naib chancelor masa konvokesyen nanti...tiada apa yang mustahil untuk kita capai kalau kita usaha sungguh-sungguh.. aku berpegang pada prinsip "Man Jadda Wajada".. aku yakin kalau kita usaha yang terbaik mesti hasilnya juga akan terbaik..jika tak pun, anggaplah tak ada rezeki kita untuk waktu tu..Allah boleh bagi bila masa yang Dia mahu..kalau tak hari ni mungkin besok kan...
Aku pilih untuk sambung dekat UiTM jugak sebab aku tahu tak ada kurangnya UiTM berbanding universiti lain...fasiliti yang lengkap, pensyarah yang kompeten dan suasana yang sangat kondusif...tak ada apa lagi yang perlu aku risaukan..semuanya dah tersedia depan mata.. alhamdulillah, aku gunakan segala apa yang ada dengan sebaiknya..pengalaman waktu diploma sedikit sebanyak mengajar aku untuk usaha lebih lagi bagi peringkat ijazah ni...bila dah naik tahap pengajian, maka memang adatlah pembelajaran akan jadi lagi susah..yela, nak berjaya bukannya mudah kan...sekali lagi aku diuji bila Allah ternyata lebih sayangkan abah...seminggu sebelum aku nak hadapi peperiksaan akhir semester 4, aku kena terima hakikat yang abah telah pergi mengikut jejak mak..macam mana aku nak ambil peperiksaan akhir dalam keadaan macam ni??hanya Allah yang tahu betapa sukarnya masa tu buat aku.. Ya Allah, peritnya dugaan yang diberi sebelum aku boleh mengecap kejayaan..akhirnya aku berjaya tamatkan Ijazah Saejana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)..anugerah dekan setiap semester dan insyaAllah akan dianugerahkan Anugerah Naib Chancelor dan semestinya Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada istiadat kovokesyen UiTM pada bulan Mei nanti...Hadiah untuk arwah mak abah yang selama ini sentiasa doakan kejayaan aku walaupun aku sedar yang dieorang dah tak ada atas dunia ni...selain dari semua yang sentiasa menyokong kejayaan aku ni, aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga buat UiTM dan PTPTN sebab aku takkan mampu sambung belajar tanpa adanya bantuan pinjaman dari PTPTN dan semestinya UiTM yang memberi tempat buat aku untuk belajar...apa pun yang orang cakap tentang UiTM, aku tetap sayangkan UiTM kerana telah memberi ruang buat anak Melayu untuk belajar di menara gading dan sentiasa memberi motivasi buat anak Melayu macam aku untuk mencipta kejayaan..
InsyaAllah, akan aku gunakan sebaiknya ilmu yang diajar untuk menyumbang sesuatu untuk bangsa dan negara...aku takkan lupa untuk membayar balik pinjaman PTPTN sebab aku sedar ramai lagi yang perlukan bantuan ni untuk sambung belajar...terima kasih sekali lagi UiTM dan PTPTN!!!