ye..dalam dilema...aku sebenarnya dah isi borang pencalonan pilihanraya MT Exco BASIC tapi tak hantar lagi walaupun dah siap isi..yang menariknya tarikh akhir hantar borang adalah hari ni tetapi aku masih lagi berfikir dan terus berfikir..fikir apa sangat ni bro???walaupun bagi sesetengah orang anggap pencalonan untuk BASIC je pown tapi ia amat berharga bagi aku...sebab ia melibatkan komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walaupun pemimpin dalam sebuah persatuan dalaman UiTM...tak kira la nanti jawatan aku sebagai apa pun tetapi tanggungjawab itu mesti digalas dengan sebaiknya sebab aku dipilih oleh pelajar untuk mewakili mereka merencanakan program-program yang dapat memberi manfaat untuk mereka dan membawa nama BASIC UiTM Kedah untuk terus cemerlang...aku pernah simpan tekad semasa aku masih dalam pengajian Diploma dahulu...aku merupakan Setiausaha Agong dan aku berikan yang terbaik dengan DiPAC ketika itu...aku memang nak berbakti buat pelajar, DiPAC dan semestinya FSPPP dengan sehabisnya dan aku berjaya lakukannya sampailah aku pernah cakap dengan diri aku sendiri..'masa Diploma aku nak buat kerja, bagi komitmen yang sehabisnya sebab masa aku ambil Ijazah nanti aku nak berehat dan jadi seperti pelajar biasa yang lain'..maka, haruskah aku hantar borang ni??patutkah aku aktif kembali berpersatuan?benarkah aku mampu untuk menggalas tanggungjawab itu dengan sebaiknya nanti?dapatkah aku bahagikan masa sebaiknya agar aku tidak menghancurkan impian aku untuk mendapat keputusan yang cemerlang?..tolong aku untuk menjawab segala persoalan ni...seorang 'kawan' berpesan "rahman, ijazah tak sama macam diploma dulu dan 'mampukah' kau nak buat sebagaimana yang kau buat ketika Diploma dulu?" hmmmmm..bukan mengeluh tetapi hanya menarik nafas dalam-dalam agar ditunjukkan keputusan yang terbaik buat aku.....