My Readers

Monday, January 31, 2011

lesen....

sepanjang minggu ni aktiviti aku adalah aku nak amek lesen....so minggu depan dah boleh p klas naik motor ;)

mulakan dengan L la dulu kan...

Wednesday, January 26, 2011

kau ilhamku...

"KAU ILHAMKU" merupakan salah sebuah lagu yang amat sentimental bagi aku....tak pernah jemu mendengar dan terus mengimbas kenangan silam...lagu yang cukup mendamaikan...korang pun mesti sukakan lagu ni kan?? mood skarang agak jiwang..hehehe..dah la..malas nak pikir tentang beberapa perkara yang menyerabutkan otak aku..ingatkan dapat selesaikan malam ni rupanya tidak jugak..biarlah dulu...


hehehehe...comeyl sangat!!!

jom kita layan lagu kau ilhamku neyh!!!


Monday, January 24, 2011

tido awal....


rasa leteyh sangat tau seminggu neyh..huhuhu

sekarang ni aku kerap sangat tido awal..kalau sebelum ni paling awal pun pukul 10 lebih aku tido tapi sejak masuk digree ni kadang-kadang pukul 9 lebih aku dah tido...penat sangat...siang seharian aku akan ada di kampus..malam baru balik..bermacam-macam hal la yang nak dibuat kan...tapi aku usaha untuk ganti balik waktu yang patut aku gunakan untuk siapkan assignment..aku akan bangun awal dalam pukul 3 lebih...sebenarnya hidup aku taklah semudah yang disangka walaupun di kedah..macam seorang 'sahabat' nasihatkan aku tadi..dia kata 'raman,ko kena usaha untuk jadikan diri ko tak bergantung pada orang lain' yup..memang aku sedang usaha untuk itu..terima kasih sebab tolong aku kawan...aku akan cuba yang terbaik untuk kebaikan diri aku sendiri jugak di masa hadapan nanti...ermmmm...mata dah start ngantok....jom tido!!!!


selamat malam...zzzzzzzzz!!!!!!!

Saturday, January 22, 2011

ceriakan bilik sebelum study =)

fakta menyatakan yang keadaan sekeliling akan mempengaruhi emosi seseorang...aku pun keluarlah pegi kedai untk beli barang-barang sikit untuk hiaskan bilik..bukannya apa..nak bagi bilik ceria sikit supaya senang aku nak study...temanya adalah biru dan kuning...cadar aku dah beli warna biru dan kuning..kerusi belajar warna kuning..so aku beli la kertas warna yang warna biru...biar ceria bilik...dah tampal jadual klas..kalendar akademik pun jugak dah tampal..so baru la semangat nak study kan..hehehe..makan tengahari pun dah...hari ni cuaca panas la pulak..so nak p mandi dulu..biar badan segar otak pun turut akn segar...rasa tercabar bila rommate aku, akim dok sibuk siapkan kerja akaun padahal aku masih dok relax...so mood pun dah datang..hati pun dah senang..apa lagi jom kita mula study!!!


ni la bilik aku..percaya x??hahaha...
kalaulah dapat bilik macam ni kan best..
simple tapi cukup untuk memberi inspirasi sebelum blajar..

Friday, January 21, 2011

merindunya...

bila keadaan diri ni tak berapa  nak sihat, maka mood pun turut akan sedeh...layan pun mestilah lagu sedih...
serius aku rindukan dia.....jom sama-sama layan lagu ni...

Lirik Lagu Pinkan Mambo- Merindunya

katakan kepadaku
haruskah jalan ini kulalui
tak bisakah waktu ku putar kembali
saat kita masih bersama


 jelaskan kepadaku
mengapa takdir ini yang terjadi
saat ku mengerti artinya mencinta
secepat surga menginginkannya

tuhan kembalikan dia padaku
karna ku tak sanggup
berada jauh darinya

kirimkan malaikat cinta untuknya
sampaikan pesan dariku
yang slalu merindunya



tingtong!!!!

hahaha..aku memang tingtong sepanjang minggu ni..maklumlah masuk belajar lewat dari orang lain kan...nak melalui perubahan dari fasa diploma ke digree kan..masih dalam proses nak membiasakan diri dengan sistem OBE..minda pun kenalah bersedia untuk berfikir sebagai seorang pelajar dgree kan...bak kata en,samsudin kan,,,aku harap aku dapat lalui segalanya dengan baik...terima kaseh buat pensyarah dan juga kawan-kawan yang sentiasa bantu aku...cabaran pertama yang aku terima adalah soalan case study...sangat memerlukan critical thinking..3 jam aku cuba memikirkan penyelesaiannya...fuhhhh...memang kritikal..sebab case study tu jugak la aku menjadi sangt tingtong dan secara tidak sengajanya menubuhkan kelab tingtong...jemputla join kelab ni kat facebook..hehehe..
ni la rupanya bila dah tingtong kan...huhuhu


serius,bila dah sambung blajar ni aku rindukan kerja aku...rindu nak bagi talk dalam training kan...memang kena kuatkan semangat...cuti raya cina ni pun aku kena masuk ofis sebab ada beberapa kerja yang aku kena siapkan..

ni salah satu gambar semasa internal staff training...

insyaAllah balik raya cina ni ada beberapa siri training lagi yang akan dilakukan...walau ape pun aku kena balik kampung jumpa abah..sangat rindukan dia..berseorangan di rumah membuatkan aku risau dengan dia... dia ada semput..ada je cuti aku memang akan tros balik kampung jenguk dia...arap-arap jugak minggu depan dapat jumpa sara...nanti tak tau bila nak dapat jumpa dia lagi...ok..dah pukul 11 pagi...dah janji dengan diri sendiri nak study akaun..tapi kepla ni tengah pening lagi..tak larat nak jalan...cuba la study ek..tak dapat banyak, sikit pun jadi la kan...tingtong....hehe

Monday, January 17, 2011

hari pertama sebagai pelajar dgree...

kalau minggu lepas aku post tentang hari pertama aku bekerja tapi situasinya sudah berubah sekarang kerana aku telah kembali menjadi pelajar..hehehe...alhamdulillah segalanya baik buat aku walaupun terpaksa menerima hakikat yang aku harus berdiri di atas kaki sendiri sekarang..ramai yang memberi saranan supaya aku teruskan dengan kerja tetapi aku tetap memilih untuk sambung belajar..peluang bukannya selalu datang kan..hargailah selagi ia masih terbuka untuk kita..aku pun rasa sangatlah dahagakan ilmu...apa yang aku dapat ketika diploma masih tak mencukupi buat aku...aku yakin inilah yang terbaik buat aku...sekejap je 2 tahun kan..tak lama..yang penting azam aku untuk tahun baru ni dan juga memasuki dgree iaitu satu level yang lebih tinggi buat aku,aku harap aku dapat buat yang lebih terbaik dan dapatkan keputusan yang cemerlang...seteruk mana pun kesusahan yang aku akan alami untuk dapatkan kejayaan itu, aku pasti dengan usaha yang tak pernah padam dan semangat yang sentiasa membara,segalanya mungkin buat kita...aku mintak maaf bagi untuk bebrapa hati sahabat yang telah aku lukakan ketika aku  masih kecewa dan putus asa...aku mohon agar doa kalian sentiasa mengiringi hari-hari aku...hari pertama aku sebagai pelajar dgree baik-baik je...bermula dengan kelas ACC 216 bersama Mr Ad, seorang pensyarah akaun yang pernah mengajar aku semasa diploma dahulu...masih seperti dahulu dan aku harap aku dapat fokus sepenuhnya untuk kelas dia...Kelas bersama Pengarah pulak batal hari ni...petang tadi diakhiri dengan kelas bersama Puan Junaida..seorang pensyarah yang berpengalaman dan sangat bertuah dapat belajar dengan dia..aku harap aku dapat timba ilmu sebanyak mungkin dengan beliau...dapat jugak kenal ramai kawan baru antaranya marzuki,khairul,mawi dan saiful..yang lain-lain masih dalam proses..hehe...niatnya nak study Costing malam ni tapi balik umah pun dah pukul 10.40 memang tak study la jawabnya..harap-harap esok dapat bangun awal pagi untuk study...boleh ye rahman??mesti bolehhhh!!!hehehe...ok..mata dah mula layu...selamat malam sayang =)

Saturday, January 15, 2011

jadilah ayah yang baik =)

ibu dan bapa adalah insan yang paling mulia atas muka bumi i..maka hargailah mereka yang sentiasa menyayangi kita dan menjaga kita tanpa mengira penat dan  lelah...al kisahnya tadi aku tengah tunggu rapid penang nak balik umah kak aku..bus stop yang aku tunggu tu betul-betul depan skolah...ramai la ibu bapa yang sabar menunggu anak-anak mereka keluar kan...tu perkara biasa la tapi yang jarang aku dapat tengok adalah bapa-bapa yang berpakaian lengkap uniform askar datang ambik anak-anak dieorang dengan trak askar...gempak kan??? bagi aku gempak la sebab aku kagum dengan mereka ni..walaupun sibuk dengan tugas tapi masih mampu mengukir senyuman ketika sabar menanti anak-naak mereka keluar...memang bapak yang baik lah mereka ni..ehehe..aku tengok ada abang ni nampak muda lagi tapi  mungkin dah bekeluarga..sangat sabar melayan kerenah anak dia..tak ada pulak nak marah-marah atau tengking anak dia bila anak dia merengek...yang bestnya ada sorang budak lelaki ni menangis sebab ayanh dia tak datang lagi ambik dia kat skolah..so abang askarni tadi dengan baik hatinya memujuk budak tu supaya jangan nangis..sangat bagus kan???ish la..bila agaknya aku akan jadi ayah atau papa atau baba atau daddy atau abah atau bapak..hehehe..suatu hari nanti insyaAllah..mungkin hujjung tahun la tapi tahun berapa tu tak tau lagi..hehe..walau apa pun jadilh ayah yang baik ok =)

Thursday, January 13, 2011

apa lagi mau???

dah dapat aoa yang kita idamkan..apa lagi mau???benar,seglanya berlaku seperti yang aku mahukan sekarang...tapi kenapa hati ni masih rasa sayu?tak seronok..tak bersemangat..aduhh..orang cakap mungkin ini hanya mainan perasaan sebab bila kita dah mula selesa dengan sesuatu keadaan, nak bertukar ke keadaan yang lain memang agak susah...aku harap aku dapat hilangkan segala perasaan yang tak best ni secepatnya..takut ia akan mengganggu fokus aku nanti...btw, aku kembali menjadi seorang PELAJAR!!!

Friday, January 7, 2011

bekerja di pejabat....

ramai orang cakap yang bekerja di pejabat di best..kononnya tak payah kena panas,boleh mengadap komputer je dan sudah semestinya dalam suasana 'aircond' kan...hakikatnya kini aku berada di dalam situasi tersebut...best ke?best tu memang la best tapi bosan jugak sebenarnya tau kalau asyik terperap dalam pejabat je...sebelum tu,lupa plak nak bagitau kat semua...aku sekarang adalah admin executive kat sebuah syarikat swasta iaitu HS Nada Sdn Bhd...aku mula kerja hari isnin yang lepas...aku punya tanggungjawab adalah sebagai Internal Staff Trainer dan juga Marketing Ambassador..aku akan jadi sebagai representative untuk company kalau ada event yang melibatkan company...terbaru ahad ni aku akan ditemuramah oleh Maria Tunku Sabri untuk satu rancangan...aku akan bercakap berkenaan produk-produk kami yang ada dijual di Pasar Tani Shah Alam setiap hari ahad...nak tau apa???hehehe...macam biasalah iaitu sup berasaskan daging dan jugak kambing golek istimewa HS Nada....sedap ke?kalau korang tanya aku memang jawapan aku adalah terbaik dan walahhhhhh!!!!hahaha....macam-macam sup kami ada jual...yang utamanya adalah sup daging,sup tulang dan sup gearbox...kalau kambing golek tu,yang istimewanya sebab sebelum kambing tu digolek,kami akan perap dengan beberapa rempah istimewa selama satu hari...lepas je digolek, kami akan hidangkan dengan coleslow,kentang putar dan sos lada hitam yang sangat menyelerakan...terliur tak??aku sendiri pun terliur..hahaha...kalau nak tau lebih banyak lagi produk HS nada, korang boleh type je HS NADA kat facebook tu...hehehe...berbalik kepada topik kita...dah lari dan jauh menyimpang ni..haha..aku sebenarnya suka keluar jumpa dengan customer dan jugak klien daripada dok terperap je dalam pejabat kan...harap-harap aku dapat lalui segalanya dengan baik...sokong aku ye kawan2...

Wednesday, January 5, 2011

himpunan kata hikmah...

ni antara beberapa kata himah yang aku suka :)

"Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi."

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapatmenyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.


Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya."

"Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat."

"Each moment with you is just like a dream to me, that somehow come true and I know tomorrow will still be the same because we've got a life of love that won't ever change."

Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafus manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....

Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itu pula.

 Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum - jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Monday, January 3, 2011

saya dah angau...hahaha

ye...saya dah angau...................................................

dengan lagu neyh :)...





Penyanyi: Didi Cazli
Tajuk Lirik Lagu: Dambaan Cinta
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

hari pertama bekerja...

alhamdulillah...semuanya baik-baik saja..meja pun dah ada..so aku berjanji untuk laksanakan segala tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya...aku takkan sia-siakan peluang yang telah diberikan...bukannya mudah untuk mendapat kepercayaan orang terhadap diri kita...aku harap aku dapat berbakti dan menyumbang sesuatu untuk HS NADA SDN BHD sebagai Admin Executive...task pertama yang diberikan juga telah mula aku lakukan..biarlah task yang pertama ini dapat aku jayakan sebaiknya...biar apa pun perkara yang sedang kita lakukan,mesti buat dengan bersungguh hati,jujur dan ikhlas....aku harap semua kawan-kawan dapat support setiap apa yang aku lakukan...sesungguhnya aku perlukan kalian dalam meneruskan hari-hari yang mendatang..biarlah seberat apa pun dugaan yang datang,hadirnya kalian di sisi sentiasa menjadi semangat buat aku...

belajar vs kerja...

tahniah aku ucapkan kepada kawan-kawan aku yang begitu seronok mendaftar sebagai pelajar dgree semalam...aku harapkan kalian akan terus bersemangat mengejar cita-cita...aku sempat berada di uitm shah alam semalam...memang sesak..aku ambik bas U80 dari kl sentral untuk ke uitm shah alam..penuh dengan students uitm shah alam...ceria je aku tengok muka mereka semua..terima kaseh buat fuad yang dah membantu aku...nak belanja da makan pun dah tak sempat smalam...so aku postpone lain masa la nak belanja dia sebagai tanda terima kasih...pagi ni aku jugak sempat ucapkan selamat memulakan kelas pertama kepada beberapa orang sahabat...aku???aku ada kat KL ni...hari ni merupakan hari pertama aku bekerja...japgi pukul10.30 baru aku naik office...ada lah masa nak onlne kejap kan..hehehe...aku rasa bukan aku sahaja yang memilih untuk bekerja tapi ramai lagi kawan-kawan yang dah mula bekerja..kepada semua kawan-kawan tak kiralah yang memulakan pembelajaran atau bekerjapada hari ini. aku nak ucapkan selamat menjalankan tanggungjawab anda...moga apa sahaja yang kita lakukan akan mendapat berkat dari Allah..amin...