Dah lama aku nak update pasal ni tapi tak berkesempatan..alhamdulillah, sekarang aku baru je tamatkan pengajian peringkat Ijazah..aku memang menyanjung tinggi UiTM..Abang aku merupakan bekas pelajar UiTM..bila aku dengan abah pergi hantar abang dekat UiTM Melaka dulu, aku sangat bangga sebab dapat jugak masuk ke universiti..ya, walaupun hanya hantar abang je masa tu aku tetap bangga dan aku juga berjanji akan mengikut jejak abang untuk masuk universiti...aku sebenarnya minat undang-undang...dulu, aku langsung tak didedahkan tentang peri-pentingnya aliran yang kita ambil masa naik ke tingkatan 4..aku ambil sains tulen...selepas aku pindah ke sekolah teknik, aku ambil kejuruteraan awam...memang jauh bezanya dengan minat aku..itu sebabnya masa SPM, aku tambah dua subjek iaitu kesusateraan melayu dan pengajian syariah islamiah dengan harapan aku dapat sambung jurusan undang-undang dekat UIAM..
Ternyata Allah dah tetapkan rezeki aku tak ada untuk sambung belajar dekat sana..dalam keadaan yang hampir putus asa, aku tekad untuk tak nak sambung belajar...masa tu aku dah mula kerja dekat restoran milik sepupu aku...satu hari abang mintak aku isi permohonan kemasukan ke UiTM bagi second intake..aku dah rasa macam tak ada harapan je tapi abang nak jugak aku isi..abang kata, ambil dulu diploma pentadbiran awam..nanti masa degree aku boleh jugak sambung ambil undang-undang...alhamdulillah...aku berjaya diterima masuk ke UiTM Kedah..aku memang tak sabar dah nak sambung belajar balik...aku nak buktikan yang satu hari nanti aku jugak akan berjaya seperti mereka yang lain..aku terkejut sebab UiTM tak macam universiti lain yang yuran kemasukan je dah seribu lebih...seingat aku yuran masa tu dalam lima ratus lebih je...esoknya kakak telefon cakap ada cek sampai dekat rumah..wang pendahuluan dari PTPTN untuk persediaan masuk ke universiti...sekali lagi aku bersyukur...aku bukan dari keluarga yang senang... arwah abah adalah seorang peneroka felda...mata abah rabun teruk..cermin mata abah tebal sangat...aku adalah satu satunya anak abah yang ikut jejak langkah abah..aku pun rabun teruk.. dulu memang aku rajin membaca..kalau abah belikan buku yang tebal-tebal, satu hari je aku boleh habiskan..abah tak pernah larang aku buat apa yang aku nak..abah pernah cakap, kalau aku tak nak belajar, kerja la...kalau aku nak sambung lagi, belajar sungguh-sungguh sebab kita bukan orang senang...dengan duit pendahuluan PTPTN tu la aku guna untuk beli barang keperluan sebelum mendaftar...abah dengan mak tak dapat hantar aku pergi mendaftar...jauh sangat kalau nak pergi Kedah dari Pahang...keluarga kami tak ada kereta...lagipun tentu nak kena belanja banyak kalau nak hantar aku...aku ta pernah merungut sebab aku faham situasi keluarga kami macam mana..nasib baik ada kakak aku yang tinggal dekat Penang...dia la yang mintak tolong kawan dia untuk hantar aku mendaftar..masa aku salam tangan mak abah sebelum nak naik bas ke Penang, aku berjanji dengan diri sendiri yang satu hari nanti aku nak buat mak abah bahagia..aku nak belajar rajin-rajin dan dapatkan keputusan yang cemerlang...
Aku bangga menjadi sebahagian dari warga UiTM..Aku suka sangat dengan lagu wawasan setia pelajar UiTM (sekarang dah bertukar menjadi wawasan setia warga UiTM)..Aku tahu bukan senang nak berjaya...aku yakin aku mampu berjaya di UiTM...semasa semester pertama diploma, aku terkejut sebab medium pembelajaran dalam kelas adalah bahasa inggeris...mula-mula agak kekok jugak bila pensyarah semuanya mengajar dalam bahasa inggeris, buku teks dan nota pun dalam bahasa inggeris malah tugasan dan pembentangan hasil tugasan pun semuanya dalam bahasa inggeris...yang paling mencabar, kuiz, test dan peperiksaan akhir pun dalam bahasa inggeris... dua bulan pertama tu aku agak risau jugak.. yela, nak kena biasakan diri menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris kan...lama kelamaan, alah bisa tegal biasa..aku dah mampu biasakan diri dengan suasana pembelajaran UiTM...yang menariknya, kelas semuanya sangat selesa lengkap dengan komputer dan penghawa dingin...kerusi dan meja semua masih baru..kolej penginapan memang sangatlah selesa...aku rasa tak ada alasan untuk mahasiswa malas untuk belajar..semuanya dah disediakan dengan cukup lengkap..apa lagi yang nak kan...masuk kelas dan belajar sungguh-sungguh...
Sepanjang di UiTM aku memang sepenuhnya bergantung kepada duit PTPTN...serius, kalau tak ada PTPTN aku rasa aku takkan mampu untuk habiskan belajar sampai peringkat ijazah.. Jadi pandai-pandai la nak uruskan perbelanjaan supaya cukup sampai ke akhir semester...untuk tiga tahun diploma, keputusan aku jatuh teruk masa semester dua..kecewa tu memangla tapi aku tak patah semangat...bagi aku, itu merupakan pengajaran untuk aku terus bangkit...masa diploma jugak, mak telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya...satu lagi tamparan hebat buat aku bila orang yang aku sayang telah pergi...tak sempat rasanya untuk aku hadiahkan kejayaan buat mak...abang ingatkan aku yang aku masih punya abah...ya, aku syukur sebab masih ada abah untuk aku menangis bila setiap kali ingatkan mak...habis je diploma, aku sempat kerja sebulan je sebelum aku sambung ambil ijazah...aku tak jadi sambung dalam jurusan undang-undang sebab aku dah memang minat sangat bidang pentadbiran..aku impikan satu hari nanti aku akan menjadi seorang pentadbir yang baik...sekali lagi aku risau nak sambung ke tak sebab sapa nak tanggung perbelanjaan aku...yuran, buku, rumah sewa, makan, dan lain-lain...sekali lagi aku berterima kasih untuk kerajaan dan PTPTN sebab membantu dalam pembelajaran aku selama 5 tahun dekat UiTM..Ijazah aku cuma 2 tahun je...kali ni aku tekad nak dapatkan anugerah dekan untuk setiap semester dan hadiahkan abah dengan anugerah naib chancelor masa konvokesyen nanti...tiada apa yang mustahil untuk kita capai kalau kita usaha sungguh-sungguh.. aku berpegang pada prinsip "Man Jadda Wajada".. aku yakin kalau kita usaha yang terbaik mesti hasilnya juga akan terbaik..jika tak pun, anggaplah tak ada rezeki kita untuk waktu tu..Allah boleh bagi bila masa yang Dia mahu..kalau tak hari ni mungkin besok kan...
Aku pilih untuk sambung dekat UiTM jugak sebab aku tahu tak ada kurangnya UiTM berbanding universiti lain...fasiliti yang lengkap, pensyarah yang kompeten dan suasana yang sangat kondusif...tak ada apa lagi yang perlu aku risaukan..semuanya dah tersedia depan mata.. alhamdulillah, aku gunakan segala apa yang ada dengan sebaiknya..pengalaman waktu diploma sedikit sebanyak mengajar aku untuk usaha lebih lagi bagi peringkat ijazah ni...bila dah naik tahap pengajian, maka memang adatlah pembelajaran akan jadi lagi susah..yela, nak berjaya bukannya mudah kan...sekali lagi aku diuji bila Allah ternyata lebih sayangkan abah...seminggu sebelum aku nak hadapi peperiksaan akhir semester 4, aku kena terima hakikat yang abah telah pergi mengikut jejak mak..macam mana aku nak ambil peperiksaan akhir dalam keadaan macam ni??hanya Allah yang tahu betapa sukarnya masa tu buat aku.. Ya Allah, peritnya dugaan yang diberi sebelum aku boleh mengecap kejayaan..akhirnya aku berjaya tamatkan Ijazah Saejana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)..anugerah dekan setiap semester dan insyaAllah akan dianugerahkan Anugerah Naib Chancelor dan semestinya Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada istiadat kovokesyen UiTM pada bulan Mei nanti...Hadiah untuk arwah mak abah yang selama ini sentiasa doakan kejayaan aku walaupun aku sedar yang dieorang dah tak ada atas dunia ni...selain dari semua yang sentiasa menyokong kejayaan aku ni, aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga buat UiTM dan PTPTN sebab aku takkan mampu sambung belajar tanpa adanya bantuan pinjaman dari PTPTN dan semestinya UiTM yang memberi tempat buat aku untuk belajar...apa pun yang orang cakap tentang UiTM, aku tetap sayangkan UiTM kerana telah memberi ruang buat anak Melayu untuk belajar di menara gading dan sentiasa memberi motivasi buat anak Melayu macam aku untuk mencipta kejayaan..
InsyaAllah, akan aku gunakan sebaiknya ilmu yang diajar untuk menyumbang sesuatu untuk bangsa dan negara...aku takkan lupa untuk membayar balik pinjaman PTPTN sebab aku sedar ramai lagi yang perlukan bantuan ni untuk sambung belajar...terima kasih sekali lagi UiTM dan PTPTN!!!
salam..second intake uitm tu bleh ke apply tuk lepasan matrik..camni..sye dah dpt tawaran upu tuk lepasan matrik..dan sye klo bleh x pegi sbb kos tu sye x minat..lpas tu sye ade dgr citer psal second intake uitm..bleh ke sye apply tuk rayuan second intake uitm ni ??sye mngharap sgt uitm bleh trime sye..huhuhu
ReplyDelete@nurul husna : insyaAllah boleh...just mohon untuk second intake nanti =)
ReplyDeletesalam...entri saudara sememangnya memberi sedikit sebanyak motivasi. syukur di atas perkongsian. saya juga berhajat nak sambung law lepas spm tp jodoh pada DPA. doakan kejayaan saya dan saya juga mendoakan kejayaan saudara, moga berjaya dalam kehidupan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...moga anda juga berjaya satu hari nanti..yakin dengan segala ketentuan Allah..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan,,,
Deletewah! this entry sgt2 inspiring! :')))) doakan saya pun dpt msuk DPA nnti! heheheeh. nerve-wrecking sgt tunggu keputusan UPU. :3
ReplyDeleteInsyaAllah..moga berjaya ieka abd gani!!
DeleteSusah tak DPA ni ? takut takleh bawak je :(
ReplyDeletetak ada yang senang dek kalau nak berjaya,.insyaAllah usaha keras pasti berjaya
DeleteSalam, nak tanya. kan abg dapat anugerah dekan. ptptn tu x ubah jadi biasiswa ke? mohon jwpn..
ReplyDeletewassalam..yup, alhamdulillah dah convert pinjaman ptptn jadi biasiswa
Deletediploma sekali or degree ja yang convert jadi biasiswa?
Deletedegree sahaja. Pinjaman PTPTN untuk diploma masih perlu bayar
DeleteWahhh this is best articles so inspiring and absolutely amazing !! ahah and congrazt dpt msuk kings college wow!!! :D
ReplyDeletethank you @mizwar mukhlis..everybody can achieve it if they really wanted it.
DeleteReally motivate me!!!just nak tye,,ptptn tu kita leh apply mase 2x time diploma n degree la ea??
ReplyDeleteyup...boleh apply 2 kali..macam saya sekali untuk 3 tahun diploma dan sekali untuk 2 tahun ijazah..good luck @fauzia zaini =)
DeleteTahniah sebub sentiasa bermotivasi ..sy nak sgt dapat dekan sgt jelez dengan rakan2 yang dapat dekan ..sekarang berada di tahun 2 ..semasa di tahun 1 saya tak dapat sgt kecewa mgkin bukan rezeki lagi ..bagaimana encik mghadapi semua cabaran di u termasuk cabaran dlm menyelesaikan masalah assignment yg berkaitan dengan group
ReplyDeleteterima kasih. asasnya adalah usaha yang terbaik, Kalau masih tak dapat apa yang kita nak, anggap tu bukan rezeki kita lagi..insyaAllah kejayaan akan datang juga satu hari nanti..jangan sesekali putus asa..bab assignment, kena hati-hati pilih ahli kumpulan..cari yang betul-betul nak belajar dan buat kerja..ada masalah, jangan malu jumpa pensyarah.. kita buat kita yang dapat =)
Deletesalam,nk tumpang tnya. duit pendahuluan ptptn tu tak sama dgn yg kluar stiap sem tu ke? mcm mna mrk bagi duit pendahuluan tu? adakah dmasukan ke dalam akaun?
ReplyDeleteduit pendahuluan tak sama macam yang diberikan setiap sem..jumlah wang pendahuluan adalah RM1500. Cek akan dihantar ke rumah berdasarkan alamat tetap anda.
Deletesalam saudara senior DPA & BASc.. sy jg pnuntut thn akhir bg ijazah srjna muda pntdbiran dr sabah yg mna jg mgmbil aliran DPA sblm ini. entry saudara sgt memotivasikan.trma kasih.. wlpun nsib sy xsbaik saudara yg mndpt kptsn ckup cmrlang tp sy sdr itu dr slp sy y tdk mggunakan wktu dan upaya dgn sbaik mgkin. moga sj sy masih blm terlambat utk tempah kjyaan sma spt saudara. doakan. :') slmt maju jaya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedikit sebanyak dapat memberi semangat buat anda untuk terus berikan yang terbaik..Allah Maha Mengatahui setiap apa yang berlaku..teruskan usaha insyaAllah kejayaan milik anda =)
DeleteSalam , saya nak tanya sikit , jika saya dapat diploma pentadbiran awam , boleh ke saya mohon umtuk buat degree dlm undang undang , saya minat nak buat undang undang dari sekolah lagi , tapi rezeki tak menyebelahi saya dlm keputusan spm , saya target 5A , tapi cuma dapat 3A+ dlm bm , bi dan sejarah , manakala 2B+ dalam pendidikan islam dan it . Math saya pula cuma c , kebetulan saya dapat tawaran foundation in law MMU , tapi yurannya terlalu mahal dan saya sebolehnya tidak mahu membebankan keluarga sebab saya ada 6 adik di bawah . Rasanya untuk asasi undang undang uitm saya tak layak . Mohon pencerahan . Untuk maklumat tuan , saya sekarang pelajar sem 3 , dlm course engineering computer di unikl , alhamdulilah pada sem 1 saya berjaya dapat dekan , manakala pada sem 2 dan 3 result saya makin teruk sebab saya terlalu lemah math . Saya cuba usaha dan struggle dan cuba untuk minat math dan course ini selama 3 semester , ibubapa saya sudah beri kelongaran untuk pindah dari situ dgn syarat apply upu tahun ini , untuk maklumat tuan umur saya sekarang 20 tahun , mohon pencerahan ea . Terima kasih .
ReplyDeletewassalam..ya, jika saudari mengambil Diploma Pentadbiran Awam, saudari boleh memohon untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang jika melepasi syarat-syrat yang ditetapkan terutama MUET..ada beberapa kawan saya yang bertukar ke jurusan undang-undang untuk pengajian peringkat degree..nasihat saya, buat apa yang kita minat..jangan salah memilih jurusan..insyaAllah saya doakan moga saudari berjaya capai apa yang diimpikan...best of luck!!
DeleteVery inspiring, its good to know the truth based on someone else experince.
ReplyDeleteActually,saya sedang membuat research dlm Diploma Pentadbiran Awam dan sememangnya artikel ini sangat membantu saya untuk meneruskan diploma dlm bidang tersebut. Sekarang hanya menunggu masa untuk menerima keputusan dlm SPM Insyaallah. terima kasih "Harap saya diterima dalam keluarga UITM kelak"
amin...mudah-mudahan Allah makbulkan..dah dapat peluang nanti belajar sungguh-sungguh ya..selamat berjaya!!
Deletediploma sekali ijazah 5 tahun ke?
ReplyDeleteyup..diploma 3 tahun dan degree 2 tahun
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAmat menginspirasi kan.Alhamdulillah mak n abah abang masih ade waktu abang smbg belajar.ayah saya baru saja pergi sebelum sy smpat smbg bljr lg..sy nk tya sikit...btul ke uitm ade fast track.kalau kita succeed first semester dia bagi smbg degree trus??
ReplyDeleteAlhamdulillah..cumanya tak dapat nak raikan konvokesyen dengan mereka.Yup, sebelum ni memang ada fast tract tapi dengarnya program tu dah dihentikan..jadinya kena habiskan diploma then baru ambil degree
Deleteassalamualaikum.. sy nak pencerahan.. kalau untuk konvo diploma, dan ingin dapatkan dekan atau ANC.. adakah perlu setiap semester kena dekan ? kalau ada satu semester tak dekan tetapi cgpa 3.5 dan keatas.. adakah saya layak dapat dekan atau ANC semasa konvo ? terimakasih
ReplyDeleteWa'alaikummussalam. Untuk pengajian peringkat diploma, anugerah ANC di UiTM hanya diberikan kepada mereka yang mendapat Dean List bagi setiap semester.
Deletesalam, saya student diploma analisis pelaburan uitm segamat, saya nk tanya ape kepentingnnya dpt dekan setiap sem waktu diploma ni, sbb setahu saya ptptn cuma akan convert jd biasiswa untuk student degree je, saya amik ptptn time diploma ni dan dekan every sem, memg susah nk jaga pointer tp kadg2 rasa letih ntuk tetap konsisten dan rasa hampir putus asa ntuk terus dptkan dekan setiap sem hingga degree,, ada ape2 nasihat x?
ReplyDeleteSallam..memang benar, untuk peringkat diploma tiada pengecualian bagi bayaran ptptn.. jika dapat Anugerah Dekan setiap semeter, ia akan melayakkan anda tersenarai sebagai calon pelajar terbaik bagi fakulti anda seluruh Malaysia dan of course akan dapat Anugerah Naib Chancelor..bagi saya, bila kita dapat lakukan yang terbaik setiap semester, ia merupakan satu kepuasan.. dapat AD adalah satu bonus.. yang penting, betulkan niat..belajar kerana Allah bukan semata-mata nak dapat result yang bagus..belajar dengan niat supaya satu hari nanti dapat buat mak ayah gembira.. itu salah satu cara terbaik nak balas segala jasa dan pengorbanan mereka..m Selamat Berjaya!!
Delete1 lagi saya nk tanya, saya sgt berharap dpt melanjutkan pelajaran ke luar negara, lepas diploma bole terus sambung degree ke luar negara ke? bole transfer kredit hour x? macamna ye caranya ntuk mendapatkn biasiswa dan melajutkan pelajaran ke luar negara?
ReplyDeleteye, anda memang boleh untuk lanjutkan degree di luar negara.. transfer kredit tu ada tapi agak susah la..bergantung kepada negara dan universiti..apa yang paling utama, kena adfa biasiswa.. kalau sebleum ni yang saya tahu MARA ada hantar tapi very limited..Dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, saya cadangkan anda sambung sahaja degree di malaysia..aim untuk peringkat postgrad di luar negara
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam. Jangan risau, jika rayuan adik diluluskan, adik masih boleh catch up silibus yang tertinggal. Saya ketika degree juga masuk lewat 2 minggu tetapi masih boleh catch up. Kebiasaannya, 2 minggu yang pertama lebih kepada pengenalan dan bab-bab awal.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam. LI semasa cuti semester kan? dalam kes saya, LI sewaktu cuti semester jadi tak dapat ptptn
DeleteMemang semua org dpt ke? Ke yg apply ptptn je? Kena ada akaun sspn ke?
ReplyDeleteNak dapat PTPTN kena apply dulu cik. dah isi borang dan agreement lulus baru duit akan masuk
Deletemekanikal engineering kat uitm 5 taun gak ka klau ijazah..... adakah peluang pekerjaan cerah saya masih ragu2..maklumlah say ni still freshie... xtau apa2
ReplyDeleteSalam. Kalau Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal akan ambil masa 4 tahun. Bidang ini memang menjadi keperluan dan ramai kawan-kawan saya yang dah berjaya menjadi jurutera dan pekerjaan yang berkaitan dengannya.
DeleteKalau pointer 1.9 something semasa sem 1,ptptn akan dapat tak ketika sem 2 ?
DeleteKebiasaannya PTPTN akan hold pemberian elaun untuk semester berikutnya
DeleteSalam. Berapa jumlah pinjaman PTPTN untuk student degree ye? utk yg dua tahun..
ReplyDeleteWassalam. Satu semester akan dapat dalam 2600 lepas tolak yuran. Yuran UiTM sangat murah
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum....saya ingin bertanya...saya quit dari sebuah ipt......dan turus masuk ke tingkatan 6 jurusan kemanusiaan walaupun spm saya dari aliran sains.....saya ingin tahu adakah saya akan diterima jika saya memohon untuk kemasukan 2nd ke uitm pada tahun ini
ReplyDeletetidak ada masalah. Jika layak, rasanya tak ada masalah untuk dapat tawaran
DeleteSalam...
ReplyDeleteSaya nak tanya,
1.boleh x lepasan diploma perakaunan nak mohon degree undang2 uitm
2.boleh x transfer credit waktu habis sem 3 untuk terus masuk degree undang2
Wa'alaikummussalam
Delete1) Lepasan Diploma Perakaunan memang jauh lari bidangnya dengan Undang2. Lainlah kalau Diploma Pentadbiran Awam. Memang selari untuk ke degree undang2. Juga kena penuhi syarat sekurang-kurang Band 4 bagi MUET
2) Tak boleh. Melainkan ambil asasi Undang2.
Salam,bilakah second intake uitm 2016?Adakah perlu membeli no.pin utk permohonan?
ReplyDeleteWassalam. Jika lepasan SPM atau setara dengannya, permohonan mula dibuka dalam awal Julai.Rajin-rajinlah cek laman web UiTM untuk maklumat terkini
DeleteSalam,bilakah second intake uitm 2016?Adakah perlu membeli no.pin utk permohonan?
ReplyDeleteYa, perlu membeli no pin untuk memohon
DeleteAssalamualaikum.....second intake ini untuk mengisi kekosongan ke atau dia macam first intake teteapi terlewat 1 semester?
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Pada saya, Second Intake ni memberi peluang kedua kepada mereka yang layak untuk mendapat tempat setelah keciciran pada first intake.
DeleteAdakah bilangan pelajar untuk kemasukan kedua ini yang diterima ke uitm sama ramai macam kemasukan akademik yang pertama?
ReplyDeleteBergantung kepada kuota yang telah ditetapkan oleh UiTM tersebut. Biasanya tak seramai first intake
Deletesalam. ade peluang yang cerah tak untuk saya dapat sambung degree di UiTM dengan pngk 3.57 jurusan pentadbiran perniagaan? saya lepasan matrikulasi dan result upu akan keluar minggu depan. saya sangat risau.
ReplyDeleteWassalam. InsyaAllah rasanya tak ada masalah untuk dapat course yang adek mintak dengan result sebegitu. Yang penting pilihan pertama mestilah UiTM. Nanti dah dapat tahu maklumkan ye. Best of luck!
DeleteAlhamdulillah. Saya dapat masuk UiTM kampus Segamat jurusan Pengurusan Perniagaan.
DeleteAlhamdulillah..Tahniah adik! Moga dipeprmudahkan urusan untuk mendaftar ye.. belajar sungguh-sungguh. Abang santiasa doakan moga adik berjaya dalam bidang yang adik pilih =)
DeleteTerima kasih kerana mendoakan saya. Saya akan belajar sungguh-sungguh. InshaaAllah, ameen... :)
Deletelagi satu, yuran pengajian memang murah tapi ade juga yang mengatakan yuran pengajian dan yuran kolej adalah berbeza. boleh terangkan sikit tak apa perbezaan dan jumlahnya?
ReplyDeleteKedua-duanya sangat murah berbanding Universiti lain. Yuran pengajian dalam 500++ sahaja dan yuran kolej masa zaman saya dalam 200++ sahaja per semester. Jauh lebih rendah berbanding universiti lain.
DeleteOhh. Yuran pengajian kali ni RM700++. Yuran kolej saya belum tahu lagi jumlahnya. Tapi boleh atau tidak kalau saya bayar yuran pengajian tersebut agak lambat seperti 4 hari sebelum waktu pendaftaran? Di laman web ada menyatakan yuran hendaklah dibayar sebelum pendaftaran.
DeleteMasih lagi murah berbanding Uni lain. Rasanya tak ada masalah untuk bayar yuran 4 hari sebelum hari pendaftaran. Yang penting masa mendaftar dah ada slip bayaran
DeleteTerima kasih atas maklumat yang diberi. Sangat bermanfaat. Semoga semua urusan dipermudahkan. Ameen..
DeleteAssalamualaikum, saya sy nak tanya sy dpt penerapan uitm dan sy telah click terima tawaran tersebut tetapi sy tidak pergi belajar atas sebab tertentu. adakah nama sy akan di senarai hitamkan jika memohon untuk second intake?
ReplyDeleteBerkemungkinan besar, ya. Adik dah lepaskan peluang yang sepatutnya orang lain boleh dapat bila adik terima tawaran tetapi tidak hadir lapor diri. Apa pun jika bernasib baik, adik mungkin akan diterima untuk permohonan second intake. Kena ingat, UiTM merupakan pilihan pertama kebanyakan pelajar sekarang. Jadi, hargailah peluang yang diberi.Selamat berjaya
DeleteNak tanya kalau saya dr University yg lain nak daftar degree account kat uitm boleh ke?berapa tahun dan berapa total kos?Berapa bayaran bulanan? Program acca kat uitm shah alam masih ade ke?
ReplyDeleteAssalam. Ya, tak ada masalah selagi anda melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Minimum 3 tahun bergantung kepada jumlah kredit yang boleh transfer. Yuran dibayar ikut semester (dalam 700 sekarang). ACCA Certificate masih lagi dijalankan oleh UiTM.
DeleteAssalam, nak tnya. Saya dari diploma uitm nak masuk degree uitm melalui penerapan, transfer kredit. Jdi Jadi degree nanti saya tak start dari sem 1 lah kan? So boleh dapat ANC lagi ke walaupun tak start dari sem satu?
ReplyDeleteWassalam. Ye, adek akan dapat pengecualian kredit. Macam kes abang, terus masuk semester 3. Tak ada masalah. Yang penting setiap semester mesti skor Dean List.
DeleteAssalamualaikum..saya student degree sem 1 ums ..saya nk tukar u.. boleh ke saya apply degree second intake uitm? Adakah ia ditolak?
ReplyDeleteWassalam. Boleh, tak ada masalah. Second intake tak link dengan IPTA-IPTA lain di Malaysia. Hanya sistem UiTM
DeleteAssalammualaikum, saya nak tanya kalau masa degree dpt first class and layak untuk mohon pengecualian pembayaran balik ptptn.. jumlah pengecualian tu termasuk diploma punya pinjaman sekali ke?
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Pengecualian bayaran balik PTPTN hanya untuk pengajian peringkat Ijazah. Untuk Diploma, masih perlu bayar sepenuhnya.
DeleteAssalamualaikum,nk tanya pengecualian bayaran balik ptptn akan dpat bila kita terima anugerah naib chancelor je ke??misalnya,kalau xleh dekan untuk 1 sem,jadi xda hrpan lah nk bleh biasiswa tu??
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Pengecualian bayaran balik PTPTN diberikan kepada mereka yang tamat pengajian dengan Kelas Pertama. Tidak tertakluk kepada penerima Anugerah Naib Cancelor sahaja
Deleteassalamualaikum. maaf nak tanya..kalau dah lama habiskan zaman diploma uitm tapi masih blum convo..
ReplyDelete1) macam mana nak apply utk degree di uitm ? nak access kat uitm.edu jugak kah? sbb tekan2 kat laman utama tu xtahu mana nak cari.. :(
2) kalau beli pin macam mana ? beli yg penerapan or upu ?
Waalaikummussalam.Ya, akses dekat laman web UiTM. uNTUK NO.PIN, sila beli di bawah program penerapan diploma ke ijzah kalau sambung di bawah bidang dan fakulti yang sama. Jika tidak, perlu apply bawah upu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya nak tanya dekat uitm Sabah ada kos sains sukan dan rekreasi tak..
ReplyDeleteItu saya tak pasti tapi yang saya sedia maklum, UiTM Shah Alam ada menawarkan course ini.
DeleteAssalamualaikum. Sy nak tanya, mmg semua kos, pensyarah akan mengajar dlm bahasa inggeris ke? sy tgh tunggu keputusan upu. Kalau diterima masuk ke uitm, sy risau pulak sbb english sy kurang sikit :( spm english dpt c je hmm risau juga tak boleh masuk sbb dpt c
ReplyDeleteWaaalaikummussalam. Ya, semua subjek akan diajar di dalam Bahasa Inggeris kecuali subjek CTU (Keagamaan). Jangan risau, awalnya memang susah sedikit tapi lama-lama akan terbiasa dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa inggeris.
DeleteHi . salam . maaf bertanya . sy diploma office dari ipts berniat nak sambung degree dekat uitm. setahu saya degree 4 tahun . tapi kenapa awak 2 tahun . boleh terangkan ?
ReplyDeleteAssalam. Untuk makluman, Degree di dalam bidang Sains Sosial di UiTM biasanya 3 tahun. Saya cuma ambil 2 tahun kerana telah mengambil Diploma di dalam bidang yang selari dengan Degree. Jadi, banyak subjek yang boleh 'transfer kredit'. Harap membantu ya.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Peluang mungkin ada bergantung kepada kelayakan yang memohon untuk second intake. Berdasarkan pengalaman saya, second intake lebih mudah sedikit untuk diterima. Cumanya, jangan kecewa jika tiada rezeki untuk sambung asasi undang-undang. Fokus untuk tignkatan 6 dan terus sambung ke Ijazah Sarjana Muda di uiversiti-universiti awam yang bagus untuk bidang ni seperti UM, UiTM dan UIAM
Deleteaslm, tentang yuran pengajian & kolej, adakah sama di semua cawangan uitm? jika tak sama berapa anggaran perbezaan?
ReplyDelete2. selain yuran pengajian & kolej, ada apa2 lagi bayaran yg dikenakan?
terima kasih.
Wassalam. Setahu saya, ia sama di seluruh cawangan UiTM. Yang berbeza adalah yuran mengikut kursus yang diambil. Selain yuran pengajian dan kolej, mungkin akan ada yuran untuk kelab dan baju fakulti (berdasarkan pengalaman saya).
DeleteAssalamualaikum, sy telah diterima masuk ke UITM dlm pra diploma sains. Sebelum ni sy penah smbg bljar dan mengambil pinjaman PTPTN dan belum bayar 1 sen pun lg. Sy nak tny, seandainya nnt sy ada rezeki untk diserpkn ke program diploma, bagaimana cara sy nak byr yuran pengajian sy? Sebab setahu sy, sy tak boleh mohon PTPTN lg dalm peringkt yg sama melainkan sy smbg dlm peringkt yg berbeza. Kalau nk byr sendiri xbrp mampu, ayh sy seorg persara kerajaan. Harap boleh bantu. Terima kasih.
ReplyDeleteWassalam. hal berkaiatan PTPTN, adek boleh terus berurusan dengan pegawai dia. Saya nak bagi nasihat takut ada info terbaru dari pihak PTPTN. Kalau nak no. pegawai yang selalu saya berurusan, boleh email ke rahmanlatip89@yahoo.com .Nanti saya bagi. InsyaAllah, yuran di UiTM tak semahal berbanding universiti/ kolej lain di Malaysia
Deletenak tnya klau mohon ptptn time sem 2 boley x??
DeleteSyarat untuk memohon pembiayaan PTPTN adalah baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
DeleteSalam. Saya student uitm course pengajian perniagaan. Lepas sem 3 diploma dan dapat result ok boleh apply tak untuk fast track ke degree accounting?
ReplyDeleteKalau boleh, berapa tahun kena belajar utk degree ye? 4 tahun?
Saya tak pasti masih ada lagi atau tidak program fast track ini. Kalau course saya memang sudah tidak ditawarkan lagi. Cumanya kalau ambil fast track, tempoh pengajian degree akan kurang satu atau dua bergantung kepada keperluan syarat graduat
DeleteSalam... Intake tuk uitm bila ???
ReplyDeleteWassalam. Untuk diploma atau degree ya?
DeleteAssalammualaikum,maaf nak tanya
ReplyDelete1.adakah pinjaman ptptn akan diberikan kepada pelajar utk setiap sem
2.berapakah pinjaman ptptn yang akan diterima oleh pelajar diploma
3.adakah pelajar perlu membayar dahulu pinjaman ptptn sebelum menyambung pengajian ke peringkat degree
4.adakah course pengajian perniagaan mempunyai peluang yang cerah utk bekerja
Waalaikummussalam
Delete1) Pinjaman PTPTN akan ditawarkan kepada pelajar universiti berstatus aktif yang mana baki pengajian terkini mestilah tidak kurang satu tahun.
2) Untuk diploma pinjaman diberikan adalah sekitar 2000++ bagi satu semester
3)Pelajar perlu memohon penangguhan bayaran bagi peringkat diploma jika ingin melanjutkaan pengajian peringkat degree. Terkini, akaun pinjaman bagi diploma akan digabungkan dengan degree.
4)Jika tanya saya, ya, jurusan pengajian perniagaan memang mempunyai peluang yang cerah di alam pekerjaan.
Assalamualaikum, nak tanya. If sem 1 saya tak dapat dean list but for the next sem sampai grad pointer saya 3.5 keatas (uitm), saya memang takde peluang nak dapat ANC kan but saya ada peluang tak untuk grad 1st class?
ReplyDelete^ diploma
DeleteWaalaikummussalam. Untuk Diploma, tiada pengkelasan seperti Ijazah Sarjana Muda. Yang ada hanyalah Anugerah Naib Cancelor. Maka, jika ada membuat pinjaman PTPTN untuk Diploma, tiada keistimewaan untuk pengecualian bayaran balik pinjaman. Harap penjelasan ini membantu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, memandangkan upu tutup esok 8 April saya nak tnya kawan abg yang dri DPA ke degree law tu belajar degree brapa sems? saya lepasan spm 2017 .....lps result igt nak apply asasi law uitm tpi tak layak sbb english saya B je ..syarat yg lain semua dah lengkap
ReplyDeleteSalam. tak silap saya dalam 3 tahun lebih jugak sebab ada beberapa kredit yang boleh transfer.
Deletenak tanya, kalau tolak tawaran intake 1, ade kemungkinan tak nak dapat masuk intake ke 2?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kalau ta dapat tawaran pengambilan pertama, saudari masih berpeluang untuk mendapat tawaran pengambilan kedua. Kena apply semula macam biasa.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTak menjawap soalan
ReplyDeleteSoalan apa yang ditanya?
DeleteInspiring stories, everyone deserve what they want , thanks
ReplyDeleteyes. nobody can stops you from achieving your dreams
DeleteSaya Lepasan diploma politeknik dengan result 2.37. ada Peluang ke untuk sambung belajar degree di uitm?
ReplyDeleteSyarat Kemasukan ke UiTM yang tertera di laman web UiTM
DeleteProgram Diploma - Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit bagi Bahasa Melayu, Matematik dan tiga (3) subjek lain. Calon mestilah sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.
Program Ijazah Sarjana Muda - Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 subjek atau mempunyai Diploma dalam bidang berkaitan dengan mendapat HPNG 2.0 atau lulus matrikulasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan & kemasukan ke UiTM, sila hubungi:
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Pusat Antarabangsa UiTM (UIC)
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Telefon: 03-55443164/65/66/74/75
Faks: 03-55443170
Laman web rasmi: http://pengambilan.uitm.edu.my/
Sumber: https://www.uitm.edu.my/index.php/ms/37-kemasukan/691-diploma-sarjana-muda
Boleh tanya..klu uitm d sabah diiktiraf oleh MQA kaa utk layak mohon ptptn?
ReplyDeleteThen..klu tekan "tidak" utk pinjaman ptptn msa permohonan online..msih boleh mohon kaa tu ptptn?
Salam. UiTM Sabah dan seluruh Malaysia mendapat pengiktirafan MQA untuk kursus yang ditawarkan. Kalau memilih tidak, adik masih boleh memohon pinjaman PTPTN ketika semester 1 nanti.
DeletePastu.klu kita mohon ptptn..trus tetiba dpt biasiswa..biasiswa tu ditarik balik dan ptptn diterusskan atau ptptn tu diberhentikan?
ReplyDeleteSalam. Biasiswa tersebut tidak ditarik sebaliknya anda diberi pilihan untuk menerima biasiswa atau teruskan dengan pinjaman PTPTN. Kalau terima biasiswa, semua pinjaman PTPTN yang sudah diterima perlu dibayar semula.
DeleteAssalam..encik sye nak tanya..diploma pentadbiran awam akan diajar dlm fully english??..sbb English sye hnye dapat C dlm SPM....dan susah atau senang untuk dpt pointer 2.5 keatas?....
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Ya, UiTM menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Awal-awalnya memang agak sukar nak adapt tapi dah lama-lama nanti pasti okay. Pensyarah akan membantu kalau ada yang tak faham. Susah atau senang tu, bergantung kepada usaha kita. Kalau rasa subjek tu susah, kena lebihkan tumpuan. InsyaAllah, pasti boleh score
DeleteAssalam...nk tnya..sya mendapat tawaran DPA uitm di kampus KK..
ReplyDelete1. Jika sya menolak tawaran tersebut (faktor jauh..sya dri JB)adakah sya layak membuat rayuan..atau sya perlu memohon upu untuk second intake..
2. Jika sya lapor diri di KK bolehkah sya buat rayuan untuk kampus yg berdekatan.
Terima kasih
Waalaikummussalam. Saya cadangkan agar saudara/saudari membuat rayuan terus kepada pihak UiTM berkaitan perkara ini. Sediakan surat rasmi dan terus berjumpa/email kepada Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM.
DeleteAssalamualaikum encik , saya nak tanya ada apa-apa tips tak untuk cepat adapt Bahasa inggeris ? Saya dpt diploma akaun Uitm tapi takut tak boleh bawak sebab Bahasa inggeris.
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kerana berjaya mendapat tawaran ke UiTM. Nerkenaan penguasaan Bahasa Inggeris, jangan risau kerana pensyarah di UiTM menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah difahami di dalam kelas. Melalui tugasan, ujian dan peperiksaan akhir yang dilakukan di dalam Bahasa Onggeris, saya percaya saudara/saudari lama kelamaan akan mahir di dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris, Sedikit tips, aktifkan diri di dalam kelas dan persatuan. Soft skill akan membantu anda untuk lebih yakin bertutur Bahasa Inggeris. Jangan malu mencuba ya. Selamat berjaya!
DeleteAssalamualaikum tuan,saya nak tanya...saya dpt tawaran uitm utk sesi kemasukan julai ni tapi saya x minat kos tu...saya nak sgt mohon second intake tapi risiko nya kalau saya x dpt second intake tu saya dah x bolej sambung belajar..mcm mana ya?
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Course yang dapat tu jauh beza tak dengan course yang adik minat tu?
DeleteMacam mana kalau pelajar rayuan yg masuk lambat ke dalam dip pentadbiran awam?? Masih bleh catch up ka
ReplyDeleteBoleh, tak ada masalah. Nanti pensyarah akan bantu juga
DeleteTuan saya nak tanyalah, cgpa kita semester 1: 1.9 then dapat notice ptptn disekat tetapi still dibayar untuk sem 2 . Then sem 2 tu cgpa saya: 2.0 above dan adakah sem 3 saya turut dibayar atau digantung?
ReplyDeletesila update secepatnya keputusan semester 2 ke pihak ptptn. Seeloknya sebelum semester baru bermula. Kalau ikut budi bicara ptptn, insyaAllah tak akan disekat
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. saya lepasan diploma in Islamic finance dan memperolehi cgpa 3.18 dri ipts. Bru2 ni saya ada apply uitm degree 2nd intake, tetapi spm saya tidak ckup 5 kredit. Jdi ada kemungkinan ke saya tidak ada peluang utk terima surat tawaran? Saya sgt sedih 😔
ReplyDeleteSalam. Keputusan Diploma anda akan diambilkira untuk permohonan peringkat ijazah sarjana muda. Kalau ada rezeki insyaAllah boleh dapat tawaran.
DeleteSalam. Saya nak tanya. Spm saya english and math dapat c. Tapi masih boleh layak ke kalau nak ambil DPA? Subjek yang lain saya masih okay.
ReplyDeleteSalam. Anda masih layak untuk memohon.
DeleteSalam sy dpt tawaran diuitm jurusan pentadbiran perniagaan kewangan..maslah nya sy apply jurusan accaaunt boleh ke tukar masa nak daftar nti
ReplyDeleteSalam. Daftar dulu. Nanti baru tanya pegawai UiTM prosedur nak tukar course
Deleteassalamualaikum . saya terima tawaran uitm tapi tak jadi daftar sebab saya ubah fikiran . adakah nama saya akan diblacklist ?
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Sila tolak tawaran yang diberikan supaya tempat anda dapat ditawarkan kepada orang lain yang berminat dan layak tetapi tidak ditawarkan kursus berkenaan
DeleteSalam tuan, mengapa degree tuan cuma 2 tahun shj? Bukan 4 tahun ye? Mohon pencerahan...Arif pelajar t4 aliran Perniagaan smk Bukit tinggi klang
ReplyDeleteSalam. Saya ambil Diploma dahulu sebelumnya. Kebiasaannya, kalau kita Degree dalam jurusan yang sealiran, kita boleh dapat pengecualian kredit untuk beberapa subjek. Itu sebabnya Degree saya cuma 2 tahun.
Deleteassalamualaikum, boleh ke mohon diploma dan juga degree sekali masa seconds intake ??.. saya lepasan stpm
ReplyDeleteDiploma hanya untuk lepasan SPM sahaja. Untuk lepasan STPM, boleh mohon untuk Degree
DeleteAssalammualaikum, maaf nak bertanya. Encik ada info tentang penerapan UiTM tak? Sekarang saya di tahun akhir diploma UiTM. Niatnya hendak ambil penerapan degree. Tapi, selepas mohon memang terus masuk di semester berikutnya ke? Boleh tangguhkan semester tak?
ReplyDeleteMelalui pembacaan saya dari entri bloggers yang lain, mereka memohon penerapan di semester terakhir diploma (contoh waktu ini di sesi mac-julai) dan di sesi september-januari terus masuk degree sekiranya berjaya. Jadi bagi saya ianya terlalu cepat. Ada cara untuk ambil penerapan tapi tak terus masuk ke encik?
DeleteSalam, saya nak tanya. Pembayaran PTPTN akan diberikan setiap sem selama 3 tahun untuk ijazah. Tapi, student penerapan ada pengecualian kredit dan selalunya start sem 3. Jadi, pembayaran PTPTN yang selebihnya akan diberikan pada akhir tahun ijazah atau bagaimana?
ReplyDeletesalam dri bdk promax,boleh tahu tajuk2 matematik yg ada dlm course ni?
ReplyDelete