My Readers

Saturday, April 20, 2013

jom kita mengundi!!!


Jom balik mengundi!!!

Memang tak sabar nak balik mengundi sebab ini kali pertama pengalaman aku untuk mengundi...harap semuanya berjalan lancar...apa sekalipun mengundilah dengan bijak =)




PENCALONAN/NOMINATION - PAHANG

P085: PEKAN: PAHANG: 80,260

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)


2. Fariz Musa (PKR)

(2008: DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK: BN: Maj: 26,464)




DUN N23 - CHINI

1.Datuk Abu Bakar Harun (BN)

2.Siti Khairunisah Abdul Kadir (PKR)

(2008: DATUK ABU BAKAR HARUN: BN: Maj: 4,005)

ingat tujuan asal kita,,,,

morning guys...apa khabar pagi ni??hehe...aku cuti hari ni...sekarang ni aku dah kerja tapi tak tetap lagi la sebab takut ada komitmen lain kan...tujuan aku nak kerja pun untuk penuhkan masa yang lapang sikit-sikit ni sebelum kembali sibuk kan...hmm...semua orang ada pengalaman hidup yang berbeza tapi matlamatnya adalah sama iaitu untuk mengajar kita sesuatu...biasanya kalau kita diuji dengan kesusahan, banyak yang kita dapat belajar dan akan mematangkan fikiran kita...tapi bahagialah orang yang sentiasa hidup dalam senang tapi dia tak pernah leka dengan kesenangan yang dia miliki...aku cuma nak ingatkan kepada adik-adik yang masih muda...mungkin sedang belajar di peringkat sekolah mahupun universiti...ingat tujuan asal kita...apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup..sedangkan dalam Islam sendiri jelas mengingatkan kita yang tujuan kita hidup di dunia ni adalah untuk beribadat kepadaNya...tolong la jangan jadi bodoh walau hakikatnya kamu seorang yang bijak...apa pun keadaannya jangan sesekali terjerumus ke dalam kancah zina dan dosa yang lain...kita orang islam...kita ada agama...kita ada pegangan yang sangat jelas dapat membawa kita ke jalan yang diredhaiNya...adik-adik, bayangkan wajah ibu dan ayah..kenangkan mereka setiap kali adik-asik nak lakukan sesuatu perkara buruk...sampai hati ke nak biarkan ayah dan ibu kecewa dengan adik-adik? umur masih muda..penuhkanlah ilmu di dada tu terlebih dahulu sebelum nak fikir tentang perkara yang lebih besar..belajar sungguh-sungguh...buktikan dulu dekat ibu dan ayah yang adik boleh berjaya...buat mereka bangga dan tersenyum dengan kejayaan adik...serius, adik-adik sangat beruntung masih punya ibu dan ayah... kalau rasa hati adik nak kasih sayang, bercintalah dengan ibu dan ayah puas-puas...hubungi mereka...balik rumah jenguk mereka...jangan sesekali buat mereka menangis...jadilah seorang anak yang taat..jangan diikutkan sangat hawa nafsu...gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya sebelum ibu dan ayah yang dipinjamkan untuk kita diambil semula oleh Dia...perjalanan hidup masih panjang...insyaAllah satu hari nanti pasti ada jodoh yang terbaik buat adik datang tanpa adik sedar...buat masa sekarang, perbaiki diri adik sebaiknya...belajar sungguh-sungguh dan capai cita-cita adik dulu...jangan menyesal di kemudian hari...moga adik-adik terus diberikan kemudahan untuk menuntut ilmu...jangan sesekali putus asa..rasa sunyi, keseorangan,risau, bimbang atau tak tentu arah, ambillah wuduk dan sujudlah kepadaNya...luahkan segalanya kepada Dia kerana Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...InsyaAllah segalanya pasti akan baik-baik sahaja =)



*rindunya dekat arwah mak dan abah...Allah pinjamkan Mak untuk aku 20 tahun je dan Dia bagi peluang aku bersama dengan abah 22 tahun je...tetap bersyukur..al fatihah untuk arwah mak dan abah....