My Readers

Saturday, June 1, 2013

PTD kali ni terus ke peringkat interview??


agak terkejut jugak la bila ada yang mengatakan untuk tahun ni, sesiapa yang lulus ujian PTD hari tu akan terus ke peringkat temuduga...biar betul?? untuk pengetahuan korang semua, kebiasaannya untuk dilantik menjadi pegawai kadet PTD, seseorang tu harus melepasi 3 peringkat...yang pertama ujian, yang kedua Assessment Centre (PAC) dan kalau lepas kedua-dua peringkat ni baru la akan dipanggil untuk ke peringkat yang terakhir iaitu temuduga..memang sangat susah nak dapat PTD ni sebenarnya.. untuk kepastian, aku pun bukak la laman web SPA.. yup, memang betol yang kali ni peringkat kedua dihapuskan...bermakna, sesiapa yang lulus atau dikecualikan dari ujian hari tu akan terus ke peringkat interview...memang kelebihan la untuk sapa-sapa yang lulus kali ni kan...jadinya sekarang tunggu untuk dipanggil temuduga terus... tolongla jangan lambat-lambat...nak juga merasa pengalaman temuduga PTD kan...

betul apa orang cakap kan???

1 comment:

  1. Ya, memang benar apa yang dikatakan.saya juga antara calon yang sedang menunggu penjadualan temuduga PTD. Bagi fasa 1, calon-calon PTD telah dan akan menduduki temuduga pada 19-28 Jun 2013. Doakan agar saya berjaya dalam temuduga ini.
    Jom Beli Kaspersky Antivirus Murah 2013!!

    ReplyDelete