ni yang paling aku suka dalam sassy girl...
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Monday, November 8, 2010
drama korea....
hahaha..aku nak merapu kejap..nak study tak ada mood untuk malam ni so baik aku menconteng...hehehe... aku suka drama korea...ala,sememangnya budak-budak perempuan gilakan..satu batch ngan aku pun ramai..adek aku pun sama..al maklumlah ramai jejaka idaman mereka di sana...aku suka drama korea terutamanya my girl... walaupun cerita tu dah lama tapi tak bosan..yang terbaru aku tegok adalah sassy girl...mesti ramai yang cakap'alah,tu citer lama...baru skarang nak tengok??'...yes sebab dulu aku tak bepeluang nak tengok drama-drama kat tv..ayah aku tak suka sangat anak-anak dia leka dengan tv..blajar lagi baik kan...bila dah masuk universiti ni baru rasa nak tengok balik cerita-cerita yang aku tak dapat tengok dulu...aku teringin nak tengok cerita All About Eve(sape tau???)...mesti ramai yang tak tau kan..kalaulah boleh di beri ranking untuk drama korea sudah mestinya MY GIRL menjadi pilihan..lepas tu baru la SASSY GIRL..lepas tu baru la BOYS OVER FLOWER...citer lain yang best gak full house,coffee prince, oh my lady ,you are beautiful, dan personal taste... teruk giler aku ni kan??asyik buang masa je..dapat tau kat abang n ayah aku mesti dia mengamuk..bukan apa takut study lingkup kan tapi InsyaAllah aku takkan biarkan study aku lingkup k...meh la kongsi lagi drama korea apa lagi yang best..hehehe..ada masa terluang aku tengok la...bagi aku kebanyakan drama koea mempunyai plot yang hampir sama...berkenalan,bercinta, lepas tu hadirnya orang ketiga yang mengganggu..salah seorang berkorban..lari dan jumpa balik dalam beberapa tahun...pastu ok semual..cuma yang bestnya pelakon korea ni sangat pandai bawak watak masing-masing..kalaulah drama Malaysia sebegitu kan best!!ada jugak drama melayu yang aku suka..Nur Kasih dan Adamaya... yang lain ada jugak yang best tapi belum sempat nak tengok kot..hahaha..merapu je aku ni kan..maaflah sebab aku tak berapa nak betul malam ni....huhuhu...
konsep pencarian ilmu....
sesapa yang membaca post ni boleh komen k...sebelum tu nan cerita sikit tentang aktiviti aku hari ni...ap lagi pukul 8.30 aku ada perjumpaan dengan encik Koordinator...pukul 10 pagi aku akan start bertapa di library sebab aku dah janji nak tolong adek-adek part 1 untuk paper PAD 120 dieorang besok...aku sangat suka belajar dan berkongsi ilmu(tak boleh sebut mengajar sebab aku bukan pensyarah atau guru k..)abang raja pernah pesan dekat aku dulu yang kita nak berjaya buukan sorang-sorang tapi kalau boleh kita nak sama-sama berjaya...bagi aku ada betolnya apa yang dia cakap...tapi proses untuk mendapatkan ilmu bukannya mudah..kita kena berusaha keras untuk pastikan yang kita mendapat segala ilmu tu...kita kena bersusah payah, tebalkan muka bertanya walaupun orang anggap soalan tu remeh dan yang paling penting kita kena berdamping dengan mereka yang berilmu supaya kita jugak dapat ilmu tu sebagaimana dia dapat...aku sangat kagum dan tabik dengan mereka yang belajar ketika zaman dahulu..kemudahan asas yang tidak cukup,terpaksa bergelap sebab elektrik tak ada,mandi pakai air telaga,pergi sekolah berjalan kaki dan yang sangat bagus kesungguhan mereka untuk mendapatkan ilmu..walaupun tanpa kemudahan asas yang lengkap, mereka tetap bersabar dan sentiasa dahagakan untuk mendapat ilmu..abang aku pernah cerita kat aku yang dia dulu pergi sekolah untuk kelas tambahan pada waktu malam naik basikal...lampu tak ada..so, dia ambik tin milo dan tebuk beberapa lubang di bahagian bawah tin..lepas tu dia letak lilin kat dalam tin tu...betapa sungguhnya dia untuk dapatkan ilmu dan ternyata memang dia berjaya...kita pada zaman sekarang sangat berbeza,,semua kemudahan dah disediakan..bagi pelajar baru,kolej disediakan dengan blik yang besar,almari sorang satu,katil dan juga meja belajar...pergi kuliah je, bilik kuliah semuanya berhawa dingin..tak ada dah kipas macam kat sekolah dulu...amat bertuahnya kita kerana disediakan segalanya tanpa perlu bersusah payah...belajar???bagi mereka yang menghargai segala kelengkapan dan peluang belajar yang diberikan,aku pasti mereka juga sedang meniti kejayaan tapi alangkah sedihnya bagi mereka yang masih tidak sedar akan betapa berharganya untuk mereka belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang...ibu dan bapa sentiasa berharap agar anak-anak mereka dapat pulang dengan kejayaan..ibu dan bapa jugalah yang sentiasa bertanyakan kepada anak-anak mereka bagaimana tentang belajar,duit cukup atau tak dan sentiasa berpesan agar belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya...punyalah sayang dan bangga mereka dengan anak-anak sampaikan sanggup sesetengahnya sanggup mengikat perut untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa...berbalik kepada konsep pencarian ilmu tadi,adakah ilmu itu datang dengan sendirinya??? hello kawan, kalau nak berjaya,kena la ada lagak seperti orang nak berjaya...jangan hanya nak berpeluk tubuh dan mengharapkan korang akan berjaya dalam exam..selalu la dekat dengan mereka yang berilmu,korek ilmu tu dan pastikan korang pun pandai macam dia...kalau ada yang tak faham, ringankanlah kaki untuk pergi jumpa pensyarah..dia amat suka kalau kita datang jumpa dia,tanyakan beribu soalan yang kita tak tahu dan pastikan yang kita keluar dari bilik dia dengan kepuasan sebab segala persoalan telah terjawab...kena la bersusah payah sikit kan...lagi satu,jangan sesekali tinggalkan solat dan kalau boleh solatlah di awal waktu sebab kita bukan nak berjaya atas dunia je tapi kita jugak nak berjaya di akhirat...Allah adalah tempat kita bergantung harap..kejayaan kita juga datangnya dari keizinan-Nya tapi selepas kita berusaha yang terbaik!!aku harap kita sama-sama dapat menjadi di antara mereka yang BERJAYA..SUCCESS!!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)