Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Friday, December 31, 2010
cerita suka aku sepanjang 2010...
banyak sebenarnya yang buatkan aku bahagia sepanjang 2010 ni...pertamanya sudah semestinya apa yang aku target dalam hal akademik aku telah tercapai..tahun lepas aku dah berazam untuk pastikan keputusan peperiksaan aku akan lebih baik untuk tahun akhir diploma dan alhamdulillah perkara itu telah pun aku capai...bukan mudah sebenarnya dengan kesibukan belajar dan aktiviti persatuan..aku rasa kalau ada pelajar yang tidak mahu terlibat dengan aktiviti persatuan atau merebut jawatan dalam persatuan pelajar yang ada hanya disebabkan takut akan sibuk dan menjejaskan akademik, bagi aku ianya adalah salah...buktinya aku sendiri sangat sibuk dengan aktiviti dipac dan jawatan aku sebagai setiausaha agong dipac sepanjang semester 1 2010 tapi aku masih boleh imbangkan antara aktiviti persatuan dan belajar....yang penting kena profesional dalam bekerja sebagai satu team dan jugak sebagai pelajar..jangan jadikan alsan sibuk dengan aktiviti persatuan jika tak dapat skor dalam test mahu pun exam...kita sendiri yang mesti rancang masa dengan baik...mana yang patut didahulukan haruslah didahulukan...jangan sesekali tangguhkan kerja sebab akibatnya merana nak siapkan semua kerja di saat akhir...jangan cepat melatah jika ada ahli kumpulan yang tak buat kerja..tegur secara elok dan fahamkan dia apa yang patut dia lakukan...kita nak berjaya bukannya sorang-sorang...kongsilah ilmu sebab makin dikongsi akan makin bertambahlah ilmu kita...kalau boleh biarlah kita cemerlang di dalam dua-dua hal iaitu belajar dan juga persatuan...aku sentiasa diingatkan agar jangan sesekali abaikan peljaran walau sesibuk mana pun dengan hal yang lain...rasa dah tertinggal je cepat-cepat la cover balik...tak paham je terus bertanya sebab nanti mesti kita akan lupa...aku sangat puas hati dengan apa yang telah aku rancangkan menjadi kenyataan..program yang selama ini aku impi untuk dilaksanakan telah berjaya disempurnakan dengan jayanya walaupun pelbagai halangan yang timbul..."program khas kecemerlangan akademik" besama YM RAJA SHAMRI RAJA HUSIN amat memberi inspirasi buat aku..kejayaan beliau serta sokongan,dorongan yang diberikan kepada aku ternyata menyemarakkan lagi semangat aku untuk terus berjaya...buat pertama kalinya juga dalam beberapa tahun aku menyambut hari lahir pada tanggal 3 november yang lalu..aku rasa kali terakhir aku menyambutnya adalah pada 2006...terima kasih buat 'sahabat' yang sudi menyambutnya bersama aku...dalam tahun ni jugak hubungan pershabatan aku dengan kawan-kawan serumah makin erat...banyak aktiviti yang kami lakukan bersama..dimulakan dengan bercuti ke Pulau Langkawi pada awal Julai hari tu...seronok dapat lepak dengan kawan-kawan dan rasa amat selesa ngan dieorang semua...kat rumah plak dapat masak dan makan sama-sama..bulan puasa ternyata memberikan hikmah buat kami serumah berbuka puasa bersama...tapi kali ni kami memang jarang masak..maklumlah semester terakhir sibuk dengan pelbagai perkara...diakhiri dengan mandi manda di Bukit Merah Lake Town Resort..sangat best!!!pengalaman bersama kalian tidak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila..bad,edi,din,qudus,akim,noraizat,patrick dan azmir....rasanya kita semua sudah membawa haluan masing-masing...edi,din,patrick akan meneruskan pengajian di shah alam..nora dan qudus plak di melaka...bad,azmir dan akim di kedah..aku???erm..masih begini..begini yang bagaimana??biarlah ia menjadi rahsia aku dahulu..kalau ada rezeki,aku akan menuruti kalian bagi meneruskan pengajian di peringkat dgree..jika tidak,aku akan mula bekerja di sebuah syarikat swasta dalam masa terdekat...walau apa pun aku mendoakan agar kalian akan teruskan perjalanan dengan penuh semangat...ada jodoh,kita kan jumpa lagi..buku hidup bagi tahun 2010 akan berakhir beberapa jam sahaja lagi...lembaran untuk 2011 akan menjelma..moga kita akan memasang azam dan niat yang lebih baik untuk tahun baru ini..bairlah tahun hadapan akan lebih bermakna berbanding tahun ini...segala kenangan indah yang tercoret akan terus menjadi kenangan yang akan sentiasa dikenang sampai bila-bila..InsyaAllah...
selamat berjuang kawan-kawan...
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..kita sebagai hamba-Nya haruslah sentiasa sabar dan cekal mengharunginya,...ingin sekali aku mengikuti jejak langkah kawan-kawan yang sedang bergembira,mengemas barang,mengusung beg pakaian masing-masing untuk meneruskan pengajian api kaki aku masih tersekat... bagai dirantai dan aku sedang dan masih mencari kunci untuk meleraikannya...moga usaha aku akan berhasil... kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu berjalan seperti yang dirancang tetapi ternyata Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita...aku tahu dan sangat sedar tentang jalan yang aku lalui sekarang..tidak selalunya kita akan dapat jalan yang mudah untuk sampai ke destinasi yang dituju..kadang-kadang kita terpaksa lalui jalan yang penuh liku dan dihalang pula oleh duri-duri yang ternyata menyakitkan serta menyukarkan perjalanan kita..namun malanglah bagi mereka yang menghentikan perjalanan itu dek hanya kesusahan yang dihadapi untuk sampai ke hujungnya...biarlah pahitnya perjalanan yang terpaksa dilalui tapi akhirnya akan mendapat kemanisan yang membuatkan kita tersenyum sampai bila-bila...dalam satu keadaan pula kita dipaksa untuk memilih antara dua jalan..kedua dua jalan tersebut adalah amat berbeza tapi menuju satu matlamat yang sama...tatkala sukarnya memilih jalan mana yang terbaik untuk kita lalui,baiklah kiranya kita mengharapkan petunjuk,belas ihsan dan taufik dariNya agar sentiasa memandu kita ke arah jalan yang benar-benar sesuai buat kita...walaupun ada kalanya jalan yang kita pilih tu bukan jalan yang kita suka tapi tentunya akan memberikan manfaat yang baik buat kita..kalau bukan hari ini,mungkin esok dan kalau bukan esok mungkin juga beberapa tahun dari sekarang...masanya akan tiba..sekali keputusan telah dilakukan,jangan pernah untuk menyesali dengan jalan yang telah dipilih..lalauinya,hadapinya dan tempuhinya dengan penuh sabar..janganlah kiranya ia memadamkan impian yang telah kita bakar selama ni...moga ia terus membara agar kita akan mengecapi segalanya dan satu hari nanti mungkin kita akan genggam tangan dengan penuh senyuman dan berkata"yes,aku telah berjaya!!!"..selamat berjuang buat kawan-kawan dan buat diri aku juga!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)