My Readers

Monday, December 6, 2010

citer best!!!!!!!

ni ade satu crite yang slalu aku dengar dan wat aku sedar siapa aku…aku nak share sama2 buat pengajaran kita semua sebagai hamba di atas dunia ni...


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar
di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia
terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi…. aauuummmmm!! !
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni.. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar,
kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham
dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah agar dia diselamatkan…. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!…
Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya.. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.. Dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah
tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang
ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.
Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir
lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus
dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar
satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, ‘Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.’ kerana setitik madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan
buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu …
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu…
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa
pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa
pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...moga kita sentiasa di bawah rahmat dan payungan hidayah Allah....amin...

berakhirnya 1431 hijrah...

berakhir sudah hari yang terakhir di bulan yang terkhir dalam kalendar islam..alhamdulillah bersyukur kepada Tuan Empunya alam ini kerana masih memberikan aku kesempatan untuk aku terus bernafas dan menghirup udara dia atas muka bumi ini...banyak perkara yang aku lalui sepanjang tahun ni...pelajar tahun akhir diploma  pentadbiran awam amat mencabar diri ini untuk terus memberikan yang terbaik demi menjamin hidup yang lebih cemerlang pada masa hadapan...sebagai seorang insan biasa dan hamba Allah yang mudah alpa dan lalai dengan keindahan,kenikmatan dunia yang dianggap segala galanya buat kita...kadang-kadang kesibukan dunia membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita bukan hanye sebagai pelajar dan anak malahan yang lebih penting sebagai hamba Allah yang hanya selayaknya mengabdikan diri kepada-Nya...aku akui kadang-kadang kesibukan aku dengan pelbagai perkara membuatkan aku lalai..bila hati resah,gelisah dan kosong barulah kita akan kembali ingat Tuhan...rasa berdosanya diri ini dengan Yang Maha Pencipta...sempena tahun baru dan di bulan yang baru ini jugak aku berazam untuk terus memperbaiki segala kelemahan diri..memang kita tak sempurna tapi seharusnya ada usaha untuk merubah diri kita kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya..aku tak mahu lagi ulangi kesilapan yang bodoh yang pernah aku lakukan..biarlah tahun yang akan aku hadapi ini menjadi sebuah tahun yang lebih bermakna dari sebelumnya terutamanya menjadi hamba yang lebih taat dan setia kepada Tuannya, insan yang lebih matang, pelajar yang sentiasa akan lebih berusaha untuk cemerlang dalam belajar, sahabat yang lebih dan sentiasa menghargai sahabatnya walaupun jarang dihargai, anak yang sentiasa memahami dan menyayangi abah dan keluarga walau apa pun terjadi dan mula melangkah menjadi seorang yang dewasa pemikirannya dan memperkukuhkan jati diri agar mampu menjadi seorang yang berguna kepada keluarga,bangsa,agama dan negara..InsyaAllah...

coretan sepanjang MAHA International 2010..

semalam dah berakhirnya MAHA International 2010...seminggu aku kat sana...sangatlah penatnya tapi enjoy...
bukan senang nak dapat peluang macam ni..walaupun sesetengah orang anggap tak ada apa yang patut dibanggakan tapi aku sangat bangga ngan diri aku sendiri...semakin banyak event yang aku sertai semakin banyak pengalaman yang aku dapat..pengalaman yang berbeza untuk setiap satunya memberikan pengajaran yang cukup berharga buat aku...sepanjang seminggu ni,banyak perkara yang aku belajar terutamanya mengawal emosi dan keadaan apabila sesuatu perkara yang tak dijangka berlaku...aku jugak dapat kenal dengan ramai kawan baru...kawan sekerja merangkap satu team dengan aku kat MAHA ni antaranya ayuob yang perangainya macam siot jew..hahaha...dia ni la yang selalu buat kite orang gelak...buat lawak bodoh tapi dia la yang banyak mengawal keadaan...din dan mamat plak memang sempoi..din ni jenis simple dan relaxx jew...otak pun boleh tahan gila-gilanya...banyak gak la cerita hidup yang aku share ngan dia...yang si mamat plak otak lagi la gila-gila...budak skola kan...daus n budi plak jenis yang cool jew..tak banyak cakap plak tapi kerja mesti jalan..tu yang bagosnya...aku bangga ngan sikap setiakawan yang ada pada din,ayoub dan daus..walaupun mereka mempunyai latar belakang dan kisah hidup yang berbeza tapi persahabatan mereka ni sangat mengangumkan aku...macam mane teroknya diri kita,tapi dengan usaha yang sedikit demi sedikit untuk berubah menjadi yang lebih baik adalah lagi bagus dari mereka yang tak pernah berfikir dan berusaha untuk berubah...erm...sepanjang kat MAHA ni,aku tak sempat pun nak pergi jalan-jalan...sibuk...ramai customer yang nak dilayan...ada la jumpa muaz...tak sempat nak sembang panjang ngan dia..faiz pun sama...dia sekarang pun dah mula berjaya dengan busness dia..aku harap aku pun dapat mengecapi kejayaan seperti dia...bukan mudah nak berjaya...aku berusaha untuk belajar bersungguh sungguh supaya aku tak akan duduk di tempat yang bawah..amatlah perit sebenarnya berada di bawah tapi pengalaman berada di bawah la yang akan menjadi inspirasi untuk kita supaya dapat berada di atas...bila dah ada di atas kita akan sentiasa ingat tentang bawah...tak akan pernah melupakan yang kita jugak pernah berada di bawah...sentiasa menghargai akan mereka yang berada dia bawah...insyaAllah,aku akan teroskan usaha untuk mencapai setiap impian dah harapan orang yang sayangkan aku...