My Readers

Sunday, April 8, 2012

review 7 petala cinta...



actually aku baru lepas tengok 7 petala cinta..sebuah filem berunsur cinta islamik yang mana digarap dengan penuh emosi..cewahhhh..haha...yup, secara keseluruhannya aku sukakan filem ni..rasanya filem cinta islamik kedua yang aku sangat suka selepas ayat-ayat cinta...juga yang pertama filem cintak berunsur islamik di  Malaysia yang aku boleh puji kerana penceritaannya yang sangat menarik..aku pun tak dapat nak duga sebenarnya apa yang terjadi di akhirnya...berlatarbelakangkan perkampungan yang sangat indah, bahasa yang sangat puitis, pelakon yang memainkan watak dengan cukup baik dan jalan ceritanya yang tidak meleret aku sarankan untuk korang tonton filem ni...apa yang aku boleh simpulkan jodoh adalah milik Allah...walau sedalam mana kita cintakan seseorang, jika dia bukan ditakdirkan untuk kita, mana mungkin kita akan memilikinya...semua yang berlaku adalah mainan takdir...kita adalah pelakonnya...layakkah kita untuk berasa lebih arif tentang cinta daripada Allah yang telah menitipkan cinta di antara dua insan...di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada tujuh petala cinta =)

memang suka dengan lakonan dia dalam filem ni...