My Readers

Saturday, June 23, 2012

Pengalaman menaiki Konsortium Bas Ekspres



hari ni aku happy sangat sebab semua kerja aku dah selesaikan...tentunya yang terakhir dan paling mencabar adalah research proposal...insyaAllah pagi esok akan dihantar..moga segala usaha akan membuahkan hasil yang juga berbaloi nanti...eh, dah lari dari tajuk ni..haha..btw, aku nak cerita pengalaman aku dengan bas konsortium...sape penah naik?? aku naik bas ni sejak aku tingkatan satu lagi...berulang alik dari Kuantan ke Penang...bagi aku dalam banyak-banyak perkhidmatan bas yang disediakan aku plaing selesa dengan bas konsortium..sebabnya???seat dia vvip..luas dan selesa.. al maklumlah diri ni pun besar kan...serius aku memang suka dengan servis yang dia bagi...kalau dulu setiap kali naik bas mesti dapat air botol mineral free..pemandu dia sangat ramah dan sentiasa senyum.. bas ni dilengkapi dengan sistem GPS dan kalau pemandu memandu melebihi had yang ditetapkan, mesti ada bunyi alarm... kalau naik bas ni aku suka dok depan skali..seronok tengok pemandangan sepanjang perjalanan...bersembang dengan driver bas..macam-macam isu la jugak kan..hehe...dan yang paling terbaru aku plaing suka dengan dengan bas konsortium ni adalah dengan adanya sistem belian tiket secara online...sangat memudahkan aku untuk beli tiket bas..aku ni kan sentiasa busy..tak da masa nak pergi terminal bas beli tiket (busy lahhhhhhhhh sangat kan..haha)...kebetulan hujung bulan ni aku nak balik pahang...ada kenduri arwah abah dan mak...so aku try la beli secara online..memang sangat mudah...siap ada diskaun lagi..hehe...boleh pilih seat mana yang kita nak..tetiba aku ada masalah sebab aku tersalah beli tiket untuk kakak aku...so aku hantar la email dekat customer service dia untuk tukar tiket dari 30 jun ke 1 julai...aku risau tak dapat tukar je...aku hantar email pun dalam pukul 6 petang tadi..dalam hati dok pikir mesti dia tak layan punya sebab selama ni aku dah banyak hantar email dekat syarikat bas lain tapi tak pernah balas...tapi yang buat aku lagi puas hati tak sampai sejam aku terima maklum balas dari pihak konsortium...dengan sukacitanya dia dah luluskan permintaan aku untuk tukarkan tiket tu...memang terbaikkkkkk...aku tak sangka servis yang dia bagi sebagus ni... memang salute la dekat konsortium bas ekspres...minggu depan nak balik just pergi kat kaunter 30 minit sebelum berlepas dan collect tiket..kan mudah macam tu..cuma tunjukkan boarding code pastu dapatla tiket... sekali lagi aku syorkan korang gunakan perkhidmatan konsortium bas ekspres...memang sangat memuaskan dan bas pun baru-baru belaka...hehe...pape pun terima kasih konsortium bas ekspres sebab dah mudahkan perjalanan aku pulang ke kampung =)



sangat selesa tau =)