My Readers

Friday, March 29, 2013

jangan pernah mengalah!!!



ramai yang mesej meminta pendapat dan nasihat terutama dalam pelajaran..terutamanya sekarang musim pelajar-pelajar diploma mengahadapi peperiksaan akhir...apa yang aku boleh nasihatkan adalah jangan pernah mengalah...semua orang pernah gagal dalam hidup...kadang-kadang tak semua yang kita nak kita akan dapat..beruntunglah buat mereka yang punya segalanya dalam hidup..maksud aku ialah mereka telah disediakan segala yang terbaik...tempat tinggal yang selesa..ibu bapa mempunyai pekerjaan yang amat baik dan mampu untuk memenuhi apa sahaja permintaan...malahan tak perlu nak serabut untuk memikirkan pelbagai perkara...apa yang perlu dilakukan hanya belajar bersungguh-sungguh...tapi aku tahu ramai lagi di luar sana yang perlu berusaha segala yang terbaik untuk dapatkan apa yang diimpikan... aku sangat kagum dengan mereka yang tahu menghargai segala yang dikurniakan samada ianya perkara yang baik ataupun ujian yang amat berat untuk dihadapi...mereka ini punya kesedaran yang amat tinggi untuk mengubah nasib diri dan keluarga..mereka tahu tiada siapa yang akan bantu kalau mereka susah..mereka perlu buktikan yang mereka juga punya peluang untuk berjaya...gagal sekali tak bermakna mereka akan gagal selamanya...hari semalam tak menjanjikan yang hari ini juga akan kelam malah hari esok sentiasa menjanjikan sinar yang pasti akan membawa harapan yang baru untuk mereka...apa yang pasti mereka itu punya jiwa yang ampuh.. mereka itu tak pernah putus asa..mereka itu yakin bahawa kejayaan sentiasa menanti buat mereka yang tekun, sabar dan sentiasa bergantung harap kepadaNya..aku bersyukur kerana aku adalah salah seorang dari mereka itu..buat adik-adik, jangan risau...kita sendiri tahu sebanyak mana usaha yang telah kita lakukan...masuklah dewan peperiksaan dengan hati yang tenang...jawablah setiap soalan dengan teliti...ini saatnya untuk kita luahkan segala yang telah lama kita pendam..segala ilmu yang dah dipelajari..segala penat lelah menelaah bersengkang mata untuk pastikan segalanya dalam ingatan..biar segala jawapan yang diberi membalas segala kesusahan yang telah kita hadapi...akhirnya, keluarlah dari dewan peperiksaan dengan perasaan yang tenang juga...jangan difikirkan apa yang bakal terjadi kerana semua itu telah diserahkan untuk Dia..gantungkan setinggi-tinggi harapan hanya buat Dia..jangan malu untuk menadah tangan memohon agar segala usaha kita akan membuahkan hasil...hanya Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...jangan sesekali mudah mengalah!!!