My Readers

Monday, April 18, 2011

detiknya kian hampir...




assalamualaikum...aku baru je sampai dari Penang pukul 2 tadi..memang lah penat tapi sempat rehat jap keringkan peluh pastu mandi,solat dan terus aku gerak ke uitm...uruskan beberapa hal di HEP, HEA dan juga pejabat Bendahari... alhamdulillah..semuanya sudah selesai... sangat lega dan puas hati dengan diri sendiri..hehe..slip exam pun dah print dan cop...tinggal nak duduki exam jew...alahai, detiknya kian hampir..rasa takut, cuak, risau dan gleisah..semua ada..sebabnya??aku tak mula study lagi...semester ni ada 6 paper final exam yang aku kena amek..2 lagi tak ada final exam..so jumlahnya adalah 8 paper..gerun kan?huhu...suka atau tak, aku kena usaha dan buat yang terbaik...aku memang risau sebab banyak menda yang perlu aku usahakan..banyak bab yang aku kena fahamkan...test pun tak berapa nak perform..so sendiri mau ingat la kan..aku balik awal ni pun sebab pikirkan yang aku dah tak punya banyak masa untuk study..28 hari bulan ni adalah paper pertama...dalam seminggu ni aku nek kena study 6 subjek...ingat nak mula malam ni kalau mata tak layu la..kalau tak pun awal pagi esok aku akan,harus dan mesti kena mulakan...tak boleh mencari alasan lagi...semangat mesti mau kuat..dah hampir satu semester aku menjadi pelajar dgree..perubahan dari pelajar diploma ke pelajar dgree amat aku terasa...jadual semakin padat..assignment semakin bertimbun...rehat semakin kurang dan yang pastinya stress semakin bertambah...huhuhu..jangan mengeluh man walaupun kadang-kadang jiwa meronta dan menjadi semakin bosan dengan semuanya..
pernah tak  rasa macam ni???

inilah proses yang harus dilalui untuk berjaya..tak ada apa yang mudah dalam hidup ni...orang yang berjaya tidak akan pernah bersikap sambil lewa dengan amanah yang telah diberikan...ini amanah buatmu...laksanakanlah dengan sebaiknya...bahagiakanlah kedua ibu bapamu dengan sebuah kejayaan...hanya itu hadiah paling bermakna buat mereka...ingat man, jangan sia-siakan peluang yang telah diberi...biar apa pun orang buat..biar apa pun orang nak kata..biarkan..pedulikan...kerana kejayaan kau adalah terletak di tangan kau sendiri!!!

semua orang impikan nak result macam ni kan???


kepada semua kawan-kawan aku tak kira la di Kedah, Shah Alam, Melaka, Dungun, Sabah, Sarawak ataupun di Melbourne dan Sydney, yang sedang atau bakal menghadapi final exam, aku doakan moga kita semua akan dapat menjawab segala soalan dengan baik..kita usaha yang terbaik dan ketika menjawab juga kita beri yang terbaik..aku mohon moga Allah permudahkan kalian semua dan beri kejayaan buat kita semua...amin...



selamat berjaya kawan-kawan...mintak maaf segala salah silap k..