My Readers

Thursday, November 17, 2011

atlit teraniaya: dapat emas tetapi tak dapat naik podium...

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) harus memberi penjelasan mengenai kontroversi kuartet 4x400 meter lelaki negara yang pulang hampa tanpa menghadiri majlis penyampaian hadiah di Palembang.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menghambur pujian ke atas empat jaguh negara pada ketika sama menafikan kejadian itu berpunca daripada kemelut dalaman KOM.

“Saya rasa ia disebabkan soal kelemahan pentadbiran atau terlepas pandang,” katanya di Putrajaya, semalam. 

“Tidak pasti sama ada kuartet berkenaan dianaktirikan atau pun berlaku terlepas pandang di sana. KOM harus memberi penjelasan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia tidak akan berlaku pada masa akan datang”. 

Kelmarin, kuartet 4x400m lelaki yang membuat kejutan meraih pingat emas Isnin lalu pulang tanpa menaiki podium untuk menerima pingat emas dimenangi. 

Sementara itu, Timbalan Presiden KOM, Karim Ibrahim berkata masalah menukar tiket penerbangan adalah punca kenapa S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh tidak dapat menerima pingat masing-masing. 
“Seharusnya tidak timbul isu layanan buruk terhadap mereka kerana persatuan melayan semua atlit sama rata...selalunya acara penyampaian hadiah diadakan sejurus acara berlangsung dan bukan pada hari yang lain.” 

Dia juga menambah isu tidak puas hati dilontarkan Noraseela Khalid, semalam terhadap layanan kelas ketiga KOM tidak berasas. 

Noraseela dan atlit lain dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak lain yang sengaja menjadikan mereka senjata dalam usaha menjayakan agenda mereka menjatuhkan KOM. 


sumber: berita harian