hepi je walaupun tengah bawak cadar yang berat tue..hehe
Pagi tue sepatutnya pukul 7 dah gerak ke Kompleks Seri Perdana tapi akhirnya pukul 8 pagi baru gerak..sebabnya?ayam tak berkokok..so terlajak la tido.hahaha...kami sampai dekat sana dekat-dekat 10.30 pagi..lambat giler..disebabkan abang driver salah faham..kami dah terangkan yang kami akan ke Seri Perdana di Putrajaya tapi dia ingat kami nak ke Galeri Seri Perdana..so terpaksa la berpatah balik dari tengah-tengah bandar KL tue ke Putrajaya...sampai-sampai je pihak Seri Perdan dah sedia menunggu..kami diberi sedikit taklimat sebelum masuk oleh encik Safwan...Seri Perdana ni memang dikawal ketat oleh petugas keselamatan..yela..kediaman rasmi Perdana Menteri kan..nak cari nahas kalau tak kawal rapi?hehe...kami tak dibenarkan mengambil sebarang gambar masa dalam tue..Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ni mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.(fakta ni tau..hehe)..jom kita ushar apa gambar yang dapat..hehe
Kompleks Seri Perdana yang tersergam indah...
bilik tetamu utama
bilik tetamu khas
dewan banquet
galeri pameran
bergambar kenangan di Kompleks Seri Perdana
Kompleks Seri Perdana,Putrajaya
ada gaya tak nak jadi bakal Perdana Menteri seterusnya?hehe
sempat jugak bergambar dengan En.Mujibu (pegawai pengiring a.k.a pensyarah kami)
Habis je lawatan di Seri Perdana, kami bergegas plak ke Parlimen Malaysia..masa tue jam dah pukul 12 tengahari..kami kena sampai sana sebelum 2.30 petang..kalau lambat alamatnya duduk di luar jela kan..hehe..ada cerita menarik sebelum kami sampai di Parlimen..nanti aku update dalam Siri 2 k..yang bestnya sidang parlimen pada petang tue, kami bertembung sekali dengan students UiTM Kampus Bandaraya Melaka..memang syok la sebab dapat jumpa kawan baik aku noraizat dan qudus..tapi hampeh je..bukan dapat sembang pown..dieorang plak gerak balik awal berbanding kiteorang...huhu...isu yang dibahaskan pada petang tak la berapa menarik...cuma bila ada perbalahan antara sesama mereka tue la yang baru rasa menarik nak tengok...dalam pukul 5. petang kami keluar..hajatnya nak jalan-jalan di sekitar Parlimen dan bergambar bersama menteri-menteri..haha..nasib baikla ada encik Rashid yang cukup sporting nak bawak kami jumpa dengan ramai menteri..terima kaseh banyak-banyak encik Rashid..jom tengok apa gambar yang aku dapat masa dalam parlimen...
parlimen Malaysia..
ada gaya tak macam ahli parlimen?hehe
bersama Tok Pa..
bersama Datuk Seri Shafie Apdal yang kemudiannya blanja kami makan..hehe
bersama ahli parlimen Silam..
bersama Datuk Mukhriz Mahathir..
ni yang paling puas hati..hehe
Dah penat bergambar dengan menteri, kami pun gerak balik...aku ingatkan singgah makan di Seksyen 7 rupa-rupanya di Puncak Perdana..mintak maaf sangat buat sahabat aku, Fuad dan jugak Kayla sebab tak dapat nak jumpa kowang..huhu...pagi esoknya..kami gerak ke Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Hussein Onn..ingat nak ke Memorial Tun Abdul Razak tapi disebabkan masa sangat cemburukan kami,so tak dapatlah pergi kan...jom tengok sedikit gambar sewaktu di Memorials ni..
give me 5 Tunku..hehe
ada gaya tak?hehe
sama tak?hehe
di Memorial Tun Hussein Onn
bersama kawan2..
hahaha..tengah lapar + sedap...
semua nampak happening giler bila habis lawatan..lepas tue ada satu pengumuman dibuat yang membuatkan semua terdiam..haha..encik Mujibu cakap dia nak buat kuiz berkenaan lawatn kami dan semua terlopong...aku dah menggaru kepala..hakikatnya, memang semua dah macam blur je nak jawab 13 soalan tentang Parlimen,Seri Perdana dan juga Memorials...hahaha..so petang tue sebelum gerak balik ke Merbourke terchenta, kami pun singgah la sekejap di Mid Valley(sekejap je k....hehe)...sempat la tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa dan main bowling..aku kalah satu mata je ngan akim..cissss!!!hehe..dalam pukul 7 malam kami gerak balik..singgah sekejap di Tapah untuk makan dan solat..pukul 2 pagi sampai..leteyh beb tapi enjoyyyy!!!
bergambar di Kolej Rafflesia sebelum bergerak pagi tue...
hahaha..disebabkan happy sangat tidor pun boley senyum2 lagi..=)
p/s: tunggu siri ke 2..aku akan cerita pengalaman di sana bersama sama kawan baik aku =)