My Readers

Monday, July 9, 2012

latihan praktikal...



alhamdulillah....khamis ni akan berakhir paper terakhir dan seterusnya minggu hadapan akan terus bermula praktikal..agak kelam kabut sebenarnya...kalau tengok semester sebelum ni dieorang ada masa seminggu sebelum bermula praktikal tapi kami memang tak ada gap...sebabnya??aku rasa mungkin jugak sebab nak habiskan sebelum raya...untuk makluman, praktikal bagi kursus aku ni hanya lima minggu.. tak macam kursus-kursus lain ada yang tiga bulan dan ada yang satu semester...bersyukur seadanya...tak kira la lama atau sekejap yang penting kena manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk timba ilmu di dunia sebenar kerjaya kita nanti kan...aku bakal menjalani praktikal dekat Penang Development Corporation (PDC)...kat area bayan baru,Penang...lecturer aku cakap bagus tempat ni...ada jugak mintak pendapat kawan-kawan dan abang raja..semuanya positif dan aku jugak harap semuanya akan baik jela nanti...berdebar la pulak..yela..sementara nak tahu apa task yang akan diberikan nanti...apakah cabarannya?mampukan aku laksanakan sebaiknya?adakah aku dapat capai tahap kualiti yang diharapkan?semuanya bermain dalam fikiran...nak kata dah prepare tak la sangat sebab tak ada masa kan...14 hari bulan ni baru aku dapat balik Penang...ada sehari je lagi sebelum melapor diri pada 16 julai ni...nak kena telaah la jugak selok belok PDC ni sebaiknya agar aku tahu apa sebenarnya kerja yang bakal aku lakukan...kalau boleh aku nak timba pengalaman sebaiknya dekat sana...tahap disiplin memang kena maksimum dan semestinya kena banyak besabar terutamanya aku bakal berpraktikal sepanjang bulan puasa kan...boleh la aku selalu balik jenguk mak angkat aku kan dekat bayan baru..mesti dia seronok..yup...aku nak buat dia bahagia dan gembira sebab dia dah banyak bagi dorongan dan semangat buat aku semenjak abah dan mak pergi...moga aku diberikan peluang untuk bahagiakan dia sebaiknya...amin...pape pun aku harapkan yang terbaik untuk praktikal...semangat!!!

debaran last paper...




ni la keadaanya meja aku bila musim final exam =)

assalamualaikum...kesian kat blog aku ni..dah lama tak diconteng...bukan ape aku sibuk sebenarnya dengan final exam..al maklumlah semester ni kan sangatlah mencabar dan kena la usaha dengan sangat kuat...setakat ni aku dah habiskan tiga paper final exam...semester ni aku ambik tujuh paper tapi hanya empat ada final exam...alhamdulillah...aku dapat jawab ketiga-tiga paper dengan berusaha yang terbaik walaupun aku agak risau dengan paper yang ketiga iaitu Urban Sociology...sangat mencabar dan mengajar aku untuk berfikir secara kritikal dan analitikal...kalau ikutkan hampir kesemua soalan  berbentuk KBKK...First time rasanya aku macam tak sempat nak habis jawab semua soalan...satu, memang soalan dia mencabar..kedua,  aku nak cari jawapannya pun memerlukan masa..bayangkan untuk draf jawapan saja aku dah hilang lebih dari 15 minit...banyak tu...sedangkan untuk satu solan aku hanya ada 18 minit untuk menjawab...tulisan jangan cakap la..memang dah herot perot semuanya...haha...tapi akhirnya sempat la habiskan semua jawapan...betulnya belum tentu dan aku serahkan kepada pensyarah untuk menanda dan menilai tahap pemahaman aku...juga dengan bantuan Allah agar dipermudahkan beliau untuk memahami apa yang cuba aku sampaikan dalam skrip jawapan...aku dah tak rasa kesal dan tentunya aku terima apa sahaja keputusannya nanti sebab aku dah berusaha kan...untuk last paper ni aku memang sangat berdebar..risau...runsing...semua ada...satu lagi subjek mencabar bagi aku iaitu Project Management...harap2 aku dapat berikan sekali lagi yang terbaik untuk paper ni...semangat ni untuk last paper...doakan aku ek =)