yup..hari ni membuat aku sangat sedar bahawa bukan mudah sebenarnya nak jadi ahli akademik...walaupun aku bukan pensyarah, tetapi sebagai mahasiswa, proses untuk menghasilkan bahan akademik bukannya mudah...masa diploma dulu aku masih tak terasa sangat susahnya tapi bila dah masuk tahap ijazah ni semuanya harus dititikberatkan...sebabnya??? kita harus fikirkan bagaimana prosesnya satu-satu bahan akademik itu dapat dihasilkan..memakan masa, tenaga dan kesabaran yang amat tinggi...maka sebagai mereka yang baru setahun jagung dalam menghasilkan bahan akademik ni haruslah menghormati setiap karya yang dihasilkan...teguran oleh seorang pensyarah aku hari ini membuat aku terus untuk menghargai setiap karya yang telah dihasilkan...aku juga membuat kesilapan dalam hal ini dan aku tekad untuk memperbaiki kesilapan tersebut...ikutkan hati dan rasa yang amat serabut ni mahu je aku biarkan ia kekal begitu tetapi apa yang aku dapat???biarlah silap sekarang kerana kesilapan itu adalah pengajaran yang terbaik...aku terima kesilapan itu sebagai satu hal yang dapat mengubah diri aku ke arah yang lebih baik..ya...aku masih belajar dan akan terus belajar untuk menjadi yang terbaik satu hari nanti...