My Readers

Wednesday, July 20, 2011

pengalaman membeli kain...


hahaha..macam lawak je bunyinya kan tapi hakikatnya memang ye..semalam aku pergi KAMDAR sebab nak beli kain untuk buat baju melayu..yela..raya kan dah dekat(padahal puasa pun belum lagi kan )..hehe..kakak aku suruh aku beli kain warna hijau sebab tahun ni katanya nak satu family baju raya warna hijau..aku pun follow jela..aku ni mana la reti nak membeli kain ni...sampai je kata KAMDAR Sungai Petani, aku pun dengan muka selambernye masuk la ke dalam kedai...dah la punya banyak jenis kain memang aku tak reti la kan...tiba-tiba ada sorang kakak ni datang kat aku...dengan senyuman yang manis, wajah yang ayu dan suara yang lemah lembut(cewwah) tanya aku nak beli kain apa?haha..aku dah tergaru-garu kepala kan...so aku cakap la nak beli kain untuk buat baju melayu warna hijau...dia pun tunjuk la satu persatu jenis kain yang ada..banyak wehhh..lagi la pening aku nak memilih yang mana satu kan...macam-macam jenis ada..warna hijau pun banyak jenis jugak...akhirnya aku berkenan kat satu jenis kain ni..aku rasa sesuai la kowt..lantak la..arap-arap kakak aku tak bising la nanti...dalam dia nak memotong kain tue, kami pun bersembang-sembang la merapatkan hubungan silaturrahim gitu..haha...yang paling best tue dia tanya aku ni orang mana..so aku jawab la aku orang pahang..pastu dia cakap "akak ingatkan adek orang sarawak..muka macam cina-cina sikit dengan mata sepet ni biasanya orang sarawak"...haha..aku senyum je kat akak tue dan aku jawab dengan selambernye 'bakal la kak'...hehehe..saje je nak gurau-gurau kan...tapi orang sarawak comel-cemel kan =)...jom pergi sarawak!!!

Permohonan Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2011

Para pelajar yang telah mendapat tawaran tempat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama secara sepenuh masa mulai sesi 2011/2012 di institusi pengajian tinggi awam yang baru diumumkan pada 15 Julai yang lalu dipelawa untuk memohon biasiswa khas tenaga akademik IPTA 2011. Terima kasih kepada saudara Anak Rantau kerana berkongsi maklumat ini.
Biasiswa Khas Tenaga AkademikProgram biasiswa ini adalah untuk menyediakan tenaga akademik kepada IPTA pada masa akan datang khususnya dalam bidang sains tulen dan kecemerlangan IPTA.
Penerima biasiswa ini berpeluang untuk mengikuti 1 tahun pengajian di luar negara jika berjaya mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik pada setiap semester dengan pindahan kredit (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara).
Di samping itu penerima biasiswa juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi jika sekiranya terpilih menjadi tenaga akademik IPTA.

Kursus Pengajian dan IPTA

  • Sarjana Muda Sains Kimia di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM dan UMT
  • Sarjana Muda Sains Fizik di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM
  • Sarjana Muda Sains Biologi di USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UMT
  • Sarjana Muda Sains Matematik di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UIAM
  • Sarjana Muda Senibina di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UIAM, UiTM

Syarat Umum

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 22 tahun semasa memohon;
  3. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama (semester 1) dalam kursus-kursus IPTA yang ditetapkan;
  4. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja, pemohon perlu menghentikan tajaan asal;
  5. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia khususnya IPTA tertakluk kepada kesesuaian dan berjaya dilantik selepas tamat pengajian.

Syarat Khas

  1. Pelajar baru di tahun pertama, semester satu;
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A+) di peringkat SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf;
  3. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.50 di peringkat asasi IPTA/ Matrikulasi/ STPM;
  4. Penerima biaya hendaklah memperolehi prestasi akademik sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester mulai semester pertama bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara);
  5. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua semester berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan;
  6. Tertakluk kepada perjanjian, jika sekiranya penerima biaya memperoleh PNGK/CGPA di bawah 2.75 pada dua semester berturut-turut atau melanggar syarat-syarat kontrak pembiayaan akan ditamatkan dan dituntut gantirugi.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan;
  2. Pelajar-pelajar lepasan Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi;
  3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Universiti / Foundation; dan
  4. Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.

Kadar Biasiswa

Maklumat berkenaan jumlah yuran dan elaun yang akan diterima boleh dilihat diKadar Yuran/ Elaun Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA.

Permohonan

  • Permohonan adalah secara online melalui portal Kementerian Pengajian Tinggi di Permohonan Biasiswa Khas Tenaga Akademik 2011.
  • Hanya mereka yang layak sahaja digalakkan memohon.
  • Borang yang telah dicetak hendaklah disahkan oleh pihak universiti (TNC Akademik/ Dekan/ Timbalan Dekan Fakulti) sebelum dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPT.
  • Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang "SIMPAN & CETAK" dan seterusnya mencetak 1 salinan borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

Tarikh Tutup

  • Permohonan online biasiswa khas tenaga akademik IPTA 2011 ini akan ditutup pada 22 Ogos 2011 pukul 12 tengahmalam.
  • Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan dan sampai ke Bahagian Biasiswa tidak lewat dari 13 September 2011.

Temuduga

  • Semakan panggilan temuduga akan dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Jangkaan tarikh semakan temuduga adalah mulai 19 September 2011 jam 2.00 petang.
  • Sesi temuduga dijangka pada 24 September 2011.

Keputusan

Semakan keputusan temuduga dijangka diumumkan pada 11 Oktober 2011 jam 12.00 tengah hari.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa khas tenaga akademik ini, sila hubungi:
  • Setiausaha Bahagian,
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pengajian Tinggi,
    Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 W.P. PUTRAJAYA.
    (u.p.: Unit IPTA)
    Tel. : 03-8870 6000
    Faks : 03-8870 6839
    E-mail : erzny@mohe.gov.my