Bila tengok post Abang Raja berkaitan susahnya anak-anak miskin nak masuk universiti, tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis, berkongsi penglaman aku dulu sewaktu nak mendaftar ke UiTM. Aku jugak sama seperti mereka. Anak peneroka Felda yang punya impian besar untuk sambung pengajian ke peringkat universiti, nak dapat kejayaan yang cemerlang dan kerja yang bagus-bagus. Aku nak balas jasa mak dan abah. Taknak lagi tengok dieorang susah. Masa dapat tawaran untuk Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Merbok, aku dah resah. Bukan kerana jauh di Kedah tempatnya tapi memikirkan macam mana nak bayar yuran pendaftaran. Tak silap aku masa tu (pengambilan Disember 2007) yuran dalam RM 500 dan ada tambahan RM 200 ++ untuk bayaran pelbagai. Apa aku buat? Pertama, aku dapat tawaran dalam bulan 9. Minimum aku ada 3 bulan untuk ikhtiar cari duit. Kebetulan masa tu aku kerja sebagai cashier di Restoran sepupu aku di Kuang, Sg Buloh. Gaji sekitar RM 800-RM 900 sebulan. Jadinya dapat la jugak aku menyimpan. Kedua, masa aku balik kampung, aku mintak tolong kakak aku untuk bawak surat tawaran ke pejabat Felda. Setahu aku bagi yang nak sambung Diploma, Felda ada bagi bantuan RM 500. Bagi yang Degree akan dapat RM 1000. Hanya sekali sahaja bantuan akan diberikan. Jika dah dapat untuk Diploma, maka tidak layak untuk mendapat bantuan bagi peringkat Degree. Ketiga, aku sendiri pergi ke Yayasan Pahang untuk dapatkan geran bantuan pelajar IPT. Yayasan Pahang bagi RM 1000 kalau tak silap. Ini memang khas untuk anak Pahang yang bakal sambung belajar ke IPTA dan IPTS terpilih. Memang pejabat Yayasan Pahang dah ada senarai nama. Tinggal pergi, sahkan dokumen dan terus dapat cek. Keempat, pihak PTPTN sendiri mengambil inisiatif memberi Wang Pendahuluan kepada bakal mahasiswa berjumlah RM 1500. Yang ni aku tak mohon pun, Tengok-tengok sampai cek dekat rumah. Jumlah ni dia akan tolak balik dari pinjaman bagi semester ketiga atau keempat. Untuk makluman, semua pelajar IPTA layak untuk memohon PTPTN. Tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman MARA atau lain-lain. Setiap semester aku akan dapat RM 2500. Tolak yuran tinggallah dalam RM 2000. Duit itulah yang perlu berjimat cermat untuk sepanjang semester. Kelima, aku ada mintak juga bantuan zakat dari universiti. Kebiasaannya memang akan dapat cuma jumlahnya berbeza mengikut bajet yang sedia-ada ketika itu. Boleh mohon sekali bagi setiap semester. Kalau anak Pahang, boleh jugak cuba bantuan Dermasiswa. Kena isi borang dan kepilkan keputusan semasa. Syaratnya perlu lulus semua subjek. Permohonan setahun sekali dan jumlah bantuan yang akan diberi adalah RM 1200. Keenam, semasa dalam tempoh pengajian Diploma, setiap cuti semester aku akan bekerja. Aku sangat berterima kasih buat kakak sepupu aku yang sangat membantu. Anytime aku nak datang dan perlukan kerja, tak pernah dia kata tidak. Kalau tak bekerja di restoran, aku akan bekerja di kedai daging kepunyaan syarikat mereka. Itu yang aku buat untuk survive. Aku takkan mintak duit dari abah. Kalau sesak dekat-dekat hujung semester, aku biasanya akan mintak tolong abang atau kakak. Dapatlah buat belanja sikit.
Aku bersyukur sebab dapat sambung di UiTM. Serba-serbi murah dengan fasiliti yang cukup lengkap. Lagi satu sebab aku dapat UiTM Merbok, nun jauh di Kedah yang kos sara hidupnya sangat murah. Itu sebab jugak aku kekal dekat sana sampai Degree. Alhamdulillah, aku selesai pengajian peringkat diploma dengan cemerlang. Then, aku sambung degree di tempat yang sama. Lega sikit sebab dah prepare awal. So aku tahu apa yang patut aku buat. Sementara nak dapat duit pinjaman PTPTN, aku memang agak sakit nak survive. Nasib baik ada En Koordinator yang banyak membantu. Dialah yang dahulukan duit makan untuk aku dan selalu ajak aku keluar makan sekali dengan dia. Kadang-kadang aku tolak sebab segan tapi dia tetap nak bantu. Pada masa yang sama aku ada ambil upah jadi Research Assistant dia. Tak ada perkara yang lebih baik untuk balas segala jasa mereka yang dah banyak membantu aku melainkan dengan mendapatkan keputusan yang terbaik. Aku cuba untuk seimbangkan antara belajar dan jugak aktiviti persatuan. Aku taknak jadikan sibuk dengan aktiviti bukan akademik sebagai alasan untuk aku ponteng kelas atau tidak fokus belajar. Keutamaan aku adalah belajar sebab tak ada siapa yang akan bantu aku kalau aku gagal. Apa yang aku nak dan apa yang dah aku capai hari ni adalah hasil usaha keras dan doa mereka yang sentiasa menyokong aku. Tak ada jalan singkat untuk berjaya dek. Dapat Anugerah Dekan setiap semester dan Anugerah Naib Chancelor beserta Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) Kelas Pertama semasa Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-78 adalah perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidup aku. Tapi sayangnya, mak tak sempat tengok aku bergraduasi hatta untuk peringkat Diploma sekalipun sebab mak telah pergi buat selama-lamanya masa aku di semester 3. Abah pulak pergi temui penciptaNya seminggu sebelum aku nak final exam semester 4 Degree. Sungguh, itulah kehilangan yang paling besar dalam hidup aku. Kalau kau rasa kau dah give up dengan belajar sebab susah, kenangkanlah wajah-wajah yang nak tengok kau berjaya. Kumpulkan balik semangat tu. Cari kekuatan untuk kau teruskan perjuangan. Jangan mudah putus asa dengan perkara yang remeh-temeh. Saat aku sedih nak jawab exam, aku ketepikan sekejap rasa tu sebab aku dah janji dengan abah yang aku nak buat dia bangga. Walaupun dia tak ada, aku teruskan perjuangan tu sampailah aku berjaya tamatkan pengajian master di King's College London dan sekarang aku dalam semester pertama bagi peringkat Ph.D di Universiti Sains Malaysia. Dalam hidup ni, seberat mana pun dugaan, yakinlah yang kau mampu untuk tanggung sebab Tuhan takkan duga di luar kemampuan diri kau. Tetapkan niat masuk universiti untuk menuntut ilmu kerana Allah. InsyaAllah, segala-galanya akan berjalan dengan baik.
Well done man. Keep on moving. Insya Allah
ReplyDeleteTerima kasih En Samsudeen. Banyak ilmu yang saya dapat masa belajar dulu. Kalau masih di USM, boleh kita jumpa sembang2.
Delete