My Readers

Sunday, September 6, 2015

Summer Graduation Ceremony: King's College London




Terima kasih Allah.. itu yang pertama sekali aku ucapkan masa tengah beratur untuk naik ke atas pentas.. tanpa izin dariNya, tak mungkin aku mampu untuk sampai ke bumi England ni sekali lagi.. kalau ikutkan, dah lama pun aku terima Sijil dan Transkrip pengajian tapi aku tetap jugak nak hadiri Majlis Konvokesyen Master ni..awalnya risau jugak kalau-kalau tak ada peluang nak pergi sana, tapi Allah mudahkan semuanya.. apa yang buat aku beriya sangat nak hadir sebab ini adalah bukti kepayahan, penat lelah yang aku dah tempuh sepanjang nak habiskan pengajian dekat sana.. serius aku cakap, ianya satu perjuangan yang amat bermakna buat aku.. perjuangan yang menuntut aku belajar dan berkorban banyak benda.. perasaan yang sama sewaktu konvokesyen degree 2 tahun lepas timbul masa aku tengah duduk menunggu untuk acara bermula..aku terbayang wajah mak dan abah.. segala yang aku lakukan selama ini hanya untuk melihat mereka tersenyum bangga..hadiah yang tak dapat aku sampaikan secara nyata buat mereka.. aku cuba untuk tahan air mata ni dari keluar.. aku pandang kiri, cuba untuk bersembang dengan classmate aku dari China..macam-macam jugak la yang kami sembangkan..kalau ikutkan kami berdua je yang hadir untuk sesi kali ni..classmates yang lain ramai hadir untuk winter session..aku percaya bukan kami je malah semua yang ada di dalam hall tu sangat bangga untuk meraikan hari bahagia ni dengan yang tersayang..kalau 2 tahun lepas, adik-beradik aku semuanya berkumpul tapi kali ni dieorang semua tak dapat join.. apa pun aku tetap bersyukur sebab kawan-kawan rapat yang masih belajar dekat sana sama-sama datang meraikan aku.. turun je dari terima skrol, memang aku dah tak dapat tahan air mata..betapa aku rindukan pelukan mak abah.. bila mana aku rasa nak putus asa, merekalah kekuatan aku.. aku cakap dengan diri, demi mak abah aku kena teruskan..walau macam mana berat sekalipun masalah yang datang, aku tetap kena habiskan.. 



terima kasih mak abah untuk segala kasih sayang yang dah kalian curahkan.. untuk segala memori dan kenangan yang telah kita cipta selama Allah pinjamkan kalian..  sungguh aku merasa cukup dengan semua kesempatan yang ada.. terima kasih Allah.. terima kasih untuk kakak-kakak, abang-abang dan adik aku yang tak henti-henti menyokong aku..terima kasih buat mak angkat yang tak putus-putus doakan agar segalanya dipermudahkan buat aku.. terima kasih untuk kawan-kawan yang pernah dan sentiasa membantu aku saat aku tengah down..malu betul rasa bila terpaksa share dengan korang masalah aku.. terima kasih jugak semua yang sama-sama hadir..  terima kasih untuk hadiah dan bunga..terima kasih buatkan kuih semperit..jugak untuk kad dan ucapan.. sungguh terasa macam satu keluarga..tambah-tambah lagi bila kawan aku bawak sekali emak dia yang kebetulannya tengah bercuti dan beraya dekat London..rasa macam mak dekat sangat.. satu lagi dah selesai.. tinggal satu lagi yang aku masih usahakan.. moga Allah berikan aku kekuatan untuk terus kekal berusaha, bertahan demi cita-cita aku yang satu ni..sungguh aku sedar perjuangan ini bukan mudah tapi aku takkan mengalah..moga Allah redha insyaAllah!

Now, I am officially an alumni of King's College London, graduate with MSc Public Services Policy & Management


with the only classmate that attending this summer graduation ceremony, Sun Wei

 thank you kakak-kakak sekalian untuk bunga dan kad =)

 thank you zam for everything!!

bergambar kenangan dengan bekas pensyarah semasa di UiTM Merbok dulu.. Thank you so much sebab datang!


thank you guys for coming to my graduation ceremony..

6 comments:

  1. Congrats Prof!!!! (^,^). Aku plak yang bangga gila tengok konvo hang..hehe. Felo UMT sihat? Hehe. Dah decide nak sambung luar or dalam ka for phd? Bahagia tengok hang lani, cam tak caya sat ja masa sejak kat Merbok. Dah la team lecturer geng hang ada.. Again, good luck in everything you do. Allah saja test kadang2 tengok hang kuat ka tak. Apa pun, yang worth fighting, insya Allah ada jalan. Tu yang bezakan hang ngan orang lain. Ameeen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. juz haira? sapa ni? sapa?hahaha.. haih..hang letak la profile name hang apa pun aku tetap cam sebab hang ja yang panggil aku lagu tu..aku sihat ja weh..makin stress..serabut sana sini dok tanya soalan yang sama..cepat kan masa berlalu? bila la nak dapat sembang 'ilmiah' ngan hang lagi kann..haha..apa pun thanks Cik Pensyarah sebab sentiasa baca perkembangan aku, nasihat aku..la ni aku tengah usahakan yang terbaik untuk sambung luaq..kalau tak ada rezeki aku sambung kat dalam jela..Allah lebih tau apa yang terbaik untuk aku kan.. yang penting aku nak habiskan PhD secepat mungkin ja..letih dah nak tunggu-tunggu ni..hang apa cerita??siap dah PhD?

      Delete
  2. Sebenaqnya aku lupa abeh dh password lama aku..haha.. aku tak convert phd sebab mybrain tak bagi.hehe.. dah la master aku tengah ke laut ni sebab lambat..huhu. banyak sangat tumpu kat kerja dengan conference kursus bagai. Aritu aku dapat award, Young Service Researcher Award. Prof dari Ohio. Dapat offer kat US jugak tapi aku tak ambik kot sebab ada exam. Ni aku tengah survey2 uni luaq jugak tapi yang utama nya nak kena cari scholarship dulu. Kalau tak, aku pun dalam Malaysia jugak.hehe. Aku tahun depan baru abeh master. So ada masa lagi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa kan hang boleh grad dah master weh..kalau ikut awards and journals artices yang hang dah publish memang layak sangat dah.. oh lupa, tahniah sekali lagi sebab dpt award tu..hang sangatlah layak cik pensyarah..serius banyak nak kena belajaq dari hang ni..Uni dekat US bagus tapi memang lama la PhD hang kat sana nanti..aku rasa dalam 6 tahun.. try apply UK uni..hang memang tak ada masalah la nak dapat tempat..over qualified..hehe

      Delete
  3. hope its not too late to congratulate you......congratulation!!

    ReplyDelete