My Readers

Friday, May 20, 2011

Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 3 UiTM Kedah 2011



alhamdulillah...semalam berakhir PMFSPPP 2011..secara keseluruhannya semuanya berjalan dengan lancar..pengalaman yang amat berharga apabila dapat berjumpa,berkenalan dan seterusnya berdiskusi bersama semua perwakilan kelab di bawah FSPPP seluruh Malaysia...bukan senang nak berjumpa kan...apa yang aku dapat lihat pada persidangan kali ni, persediaan dari setiap delegasi amat memuaskan..ternyata mereka semua memang dah bersedia dengan pandangan dan idea masing-masing...tujuan persidangan ni diadakan bukanlah untuk mempersembahkan mana perwakilan yang hebat atau mana perwakilan yang lekeh..yang menjadi keutamaan adalah kematangan semua perwakilan melontarkan pendapat yang mana semuanya adalah demi mencapai satu matlamat yang sama iaitu membawa FSPPP ke arah sebuah fakulti yang disegani dan pelajarnya terdiri  daripada mereka yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam menaikkan nama fakulti...Kampus Sabah,Sarawak, Shah Alam, Melaka, Terengganu dan Kedah sama-sama mencari satu persefahaman...setiap resolusi yang dibentangkan dibincangkan bersama-sama..masing-masing memainkan peranan agar setiap resolusi yang dikeluarkan benar-benar mencerminkan kesatuan hati atau konsensus bersama agar ianya sama-sama dapat dilaksanakan demi manfaat semua..tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah...hasilnya, 10 resolusi telah dipersetujui bersama untuk dibawa ke perhatian Dekan dan amat bermakna apabila 9 daripadanya diluluskan dan hanya 1 sahaja yang ditangguhkan... kepentingan fakulti adalah diutamakan...aku jugak bersyukur dapat mengenali mereka-mereka yang hebat supaya pengalaman dan kehebatan mereka dapat aku jadikan contoh dan memperbaiki sebaiknya diri ni agar dapat menjadi seorang pemimpin yang baik kelak...pengalaman berdiskusi bersama nasfuddin dari sarawak membawa aku untuk berfikir lebih jauh dan matang kerana dia mempuanyai banyak pengalaman terutama di dalam persidangan...yazrin dari sabah memang sangat petah mengeluarkan ideanya..mulanya aku ingat dia ni seorang yag pendiam tetapi dah mesra barulah tahu yang dia seorang pendebat dan jugak idea-idea dia sangat bernas...adzlan yang  merupakan mpp shah alam memang jelas nampak auranya sebagai pemimpin...seronok bersembang dan berkongsi pengalaman dengan dia  terutamanya untuk menjadi seorang ketua yang baik... nazir dan faiz dari melaka  jugak sangat berpengalaman dalam berpesatuan..banyak jugakla aku blajar dari dieorang...bukan senang nak jumpa orang yang hebat kan...burn yang merupakan ketua delegasi terengganu pun bagus..walaupun masih pelajar diploma tapi cara dia berfikir memang bagus...aku bangga la dapat kenal dieorang semua...yang paling aku tak sangka bila aku kembali bekerjasama dengan Muaz..kalau dulu aku adalah setiausaha dia tapi sekarang dia pengerusi Majlis Sekretariat Konvensyen (MSK) dan aku adalah naib pengerusi...seorang lagi pemimpin pelajar yang amat bagus bagi aku...din,efa dan jugak sherifa yang merupakan mantan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) banyak membantu dalam merealisasikan objektif yang ingin dicapai...tahniah buat semua ahli jawatankuasa persidangan kali ni yang terdiri daripada student basic dan dipac..korang memang terbaik!!! ape  pun, tahun depan UiTM Sarawak akan menjadi tuan rumah untuk PMFSPPP Kali Ke-4..memang aku harapkan Sarawak yang akan jadi tuan rumah seterusnya..hehe..memang banyak kenangan sepanjang persidangan berlangsung yang memang takkan aku lupakan... bila dah habis ni rasa sangatla lega tapi rindukan mereka =(