bila berbicara hal persahabatan, dalam entri
sebelum ni memang dah banyak aku ceritakan betapa aku sayang dan hargai
persahabatan yang terjalin...bukan mudah kita nak bina sebuah persahabatan yang
kukuh...bila nak berpisah je, mesti ramai yang akan cakap "moga
persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila".. hakikatnya ia tak seperti
yang dikata...masing-masing ada haluan hidup...ada yang jalannya amat berliku
sampaikan ada yang hampir putus asa...untunglah mereka yang dipermudahkan
jalannya..tak perlu menempuh banyak halangan untuk sampai ke destinasi yang
dituju...aku?? jalan yang dilalui penuh onak duri.. habis kaki berdarah tetapi
aku tetap teruskan langkah...bagi aku, luka tu akan pulih tetapi semangat mesti
kena kuat sebab aku buktikan yang aku juga mampu berjaya...kita tak boleh nak
harapkan orang akan faham segala apa yang dah kita lalui dalam hidup...kita
juga tak boleh nak harapkan yang kawan yang dulunya dianggap sahabat itu akan
sentiasa ada di sisi mendengar segala apa yang kita rasa...memang tak boleh!!
kadang-kadang aku rasa kecewa bila aku meletakkan harapan yang tinggi dalam
mengekalkan sebuah persahabatan...setiap kali aku rindu sahabat-sahabat yang
pernah memberi kebahagiaan buat aku dulu, aku akan bertanya khabar tetapi di
akhirnya aku yang kecewa kerana sapaan aku tidak dibalas..aku faham
sahabat..sibuknya hidup kamu...berlikunya jalan kamu...sehinggakan aku bukan
lagi menjadi pilihan untuk kamu berkongsi cerita hidupmu...aku sangat
faham...inilah hakikat sebenar sebuah persahabatan..kini aku belajar untuk
lupakan apa yang pernah aku agungkan selama ini...pengalaman ternyata menjadi
guru terbaik mengajar aku akan erti sebuah persahabatan..kini aku anggap
persahabatan itu adalah satu cebisan kenangan di dalam hidup aku...moga
sahabat-sahabatku aku berjaya di dunia dan di akhirat...kini aku lebih
menghargai mereka yang aku anggap sahabat sejati...bukan hanya ada untuk aku
berkongsi kisah suka tetapi apa yang lebih penting, mereka ada tatkala aku
rebah dan sedia menghulurkan tangan agar aku bangkit berjalan seiring dengan
mereka...terima kasih sahabat...walau kemana aku pergi, jasamu akan tetap aku
sanjung sampai bila-bila..itu janji aku!!!