My Readers

Saturday, September 10, 2011

Kaji semula cukai beli prabayar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam berharap syarikat telekomunikasi dapat mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu perlu dibuat bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat yang sedia terbeban dengan pelbagai kos perbelanjaan.

Katanya, dengan kenaikan harga barang terutama barang makanan, rakyat tidak seharusnya berterusan dibebani cukai perkhidmatan yang tinggi.Saya dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah dibuat oleh TELCO untuk kenakan bayaran cukai perkhidmatan adalah satu langkah yang tidak popular dan sukar diterima pengguna

Oleh itu, saya berharap pihak TELCO dapat mengkaji semula langkah ini sebab kita mesti sedar dalam keadaan hari ini, kita nak kurangkan beban pada rakyat



kesimpulannya sekarang keputusan bukannya di tangan kerajaan..pihak TELCO sendri..inisiatif dari Dato najib sendiri untuk meminta pihak TELCO menimbang semula keputusan yang dilakukan...tak perlu kot semua nak cepat melenting dan salahkan kerajaan!!!