My Readers

Saturday, November 2, 2013

My new room...

Alhamdulillah...kalau korang baca tentang entri aku sebelum ni yang aku hadapi masalah dengan rumah, masalah tu dah selesai.. benar, aku percaya di sebalik kesulitan dan ujian yang Allah bagi, pasti Dia juga telah sediakan jalan keluar yang terbaik dari segala masalah ni..kebetulan bila aku tengah serabut nak cari rumah baru, aku terbaca satu post di facebook yang mana ada satu bilik kosong untuk disewa berdekatan Camberwell Green.. kalau ikut lokasi, memang dekat dengan King's College London..aku hanya perlu ambil satu bas je dah terus boleh sampai...itu pun dalam 10-15 minit je dari rumah...harga untuk sebulan agak mahal la bagi aku tapi apa yang lagi penting adalah tuan rumah.. aku bersyukur sangat sebab tuan rumah adalah orang Malaysia yang dah lebih 10 tahun menetap dekat sini.. aku panggil dia MakIda.. orangnya sangatlah baik...senang untuk aku berurusan...bila aku pergi view rumah, aku memang sangat puas hati dengan bilik tu walaupun agak kecil tapi cukup la sebab aku sorang je kan..aku nak tenang dekat sini.. aku harap sangat aku boleh terus fokus habiskan pengajian aku..tak perlu nak fikir tentang hal yang remeh-temeh semua tu.. housemate aku pun memang baik..kami tinggal bertiga dalam rumah tu.. semua orang Malaysia.. sorang sambung PHD dekat London School of Hygiene & Tropical Medicine dan sorang lagi sama universiti dengan aku buat Master..sorang pensyarah dan sorang lagi Pegawai Tadbor Diplomatik (PTD)..memang hebat-hebat..aku harap kekal la dekat sini sampai September tahun depan insyaAllah... 

ini la bilik aku yang baru..ungu...hehe

lengkap dengan sejadah, Al-Quran, tuala..senang cerita tak payah susah-susah nak beli apa dah..semua disediakan...

ada meja study,ampaian,, heater, kipas, seterika...

aku suka lampu meja tu..aku akan pasang tiap kali aku nak tidur//

toilet yang sangat bersih

view tingkat atas..aku stay top floor..

tangga nak turun..memang kemas dan bersih

dapur..semua ada..peti sejuk, periuk,pinggan mangkuk, blender, lesung batu, oven, microwave..senang cerita memang sesuai untuk aku yang suka masak ni...hehe

view dari bilik aku...

dekat dengan East St Market..macam-macam ada jual..murah pulak tu

dekat jugak dengan park..petang-petang aku suka lepak dekat sini =)

Abah...




Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

Abah..mak..moga kalian berbahagia di sana..Ya Allah, Kau lepaskanlah mereka dari azab kubur, berikanlah mereka limpahan syurga al-jannahMu, jauhkanlah mereka dari neraka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani dan mendidikku sejak kecil lagi..jangan Kau jadikan amalan seharianku sebagai asbab untuk mereka mendapat azab di sana...amin...ini doa yang aku tak pernah lekang untuk ucapkan setiap kali selepas solat, sebelum tidur mahupun ketika sujud.. semalam hari lahir abah.. tersentak sekejap kerana tiba-tiba ada reminder di skrin telefon aku..ya, tahun ni kalau ikutkan hari ulangtahun abah yang ke-64..tahun ni juga adalah tahun kedua abah pergi meninggalkan kami adik beradik..setiap hari, setiap jam malah setiap detik aku tak pernah lupa betapa indahnya senyum, gelak-tawa abah..betapa hati ni meronta rindukan abah... seorang lelaki yang memberi inspirasi buat aku untuk terus lakukan apa sahaja yang aku impikan.. tak pernah sekali dia pukul aku walau sedegil mana pun perlakuan aku dulu...masih aku ingat lagi betapa dia inginkan aku berjaya..dia sanggup lakukan apa sahaja yang penting aku gembira.. tak pernah sekalipun dia terlupa untuk hantar dan ambil aku pulang dari sekolah..kalau ada sebarang pertandingan tak kisah la pertandingan syarahan, pidato, perbahasan mahupun debat, dia la orang yang paling kalut... katanya nak berjaya kena la berlatih bersungguh-sungguh... baru lah boleh menang..dia akan bawak aku pergi sarapan kat warung arwah En Rani, rakan baiknya...bangga dia bagitau kat kawan-kawan dia yang aku nak masuk pertandingan..naik segan pulak aku bila pakcik-pakcik yang ada dekat kedai tu bagi kata-kata semangat untuk aku menang..ada kalanya aku juga kalah tapi abah tak pernah marah..kalau dah usaha sungguh dan dah buat yang terbaik, tak perlu nak menyesal..anggap je tak ada rezeki.. ya, aku tersenyum memikirkan betapa bertuahnya aku punya abah sebaik itu..aku tarik nafas panjang, pejamkan mata dan setitik demi setitik air mata aku jatuh.. bukan senang kawan nak hidup tanpa ibu dan bapa..aku bersyukur dan aku aku redha setakat itu sahaja kesempatan yang Allah bagi untuk aku bersama mereka..tak akan ada peluang lagi untuk aku bercakap, bersua mahupun berutus surat buat mereka.. tiap kali hari lahir abah, aku mesti akan telefon rumah untuk ucap selamat...cuma aku rasa ada satu tahun tu aku terasa hati dengan abah..adik ada mesej ingatkan aku tentang hari lahir abah..aku tetap berdiam diri.. selalunya akulah yang akan jadi orang pertama ucapkan tapi kali ni aku langsung tak telefon..betapa egonya seorang anak nak tunjukkan yang dia terasa hati dengan ayah tapi ternyata sifat seorang ayah tak pernah terasa hati dengan sikap anak dia.. abah tak pernah sikit pun marah dengan sikap aku..dia biarkan aku untuk puas dengan apa yang aku lakukan.. ya, anakmu ini sangat teruk abah.. tatkala marah sudah reda, aku cepat-cepat mohon maaf dengan abah.. mana mungkin aku boleh renggang dengan abah sebab aku sangat manja dengan dia,..sejauh mana kaki aku melangkah, aku takkan pernah lupakan detik terindah dengan lelaki terhebat di hati aku..abah, man bangga sangat dengan abah...man minta maaf abah sebab man tak sempat nak tunaikan segala janji man dengan abah. man nak sentiasa banggakan nama abah yang selama ni susah payah besarkan man.. man nak abah sentiasa tersenyum dekat sana..ya, sungguh air mata ni tak mahu berhenti mengalir setiap kali aku titipkan rasa rindu buat abah mahupun mak.. sudah lebih 1 tahun 10 bulan 8 hari 7 jam dan 32 saat abah pergi menemui Dia yang abadi... moga kalian damai di sana.. 

*AL FATIHAH UNTUK  ABAH, ABDUL LATIP BIN ABDULLAH YANG PERGI MENGHADAP ILAHI PADA 24 DISEMBER 2011 DAN MAK, FARIDAH BINTI YUSOP PADA 30 JUN 2009...