Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Tuesday, October 26, 2010
perjuangan bakal bermula!!!
alhamdulillah..baru je lepas study business law dan buat sedikit analisa berkenaan soqlan2 semester lepas... rehat jap..tu yang menulis blog ni...esok bermulalah perjuangan aku untuk semester yang terakhir bagi diploma pentadbiran awam..first paper adalah LAW 379 iaitu Business Law...agak mencabar berbanding Admin Law dan Malaysian Legal System..aku harap sangat aku dapat tempuhi first paper esok dengan baik...sekejap je rasa kan..tak sangka dah nak habis pun diploma..lepas ni aku akan melalui satu peringkat lagi iaitu ijazah...rasa berdebar debar la plak sementara nak tunggu esok..smalam pun cuba nak tido pukul 12..baring je atas katil rasa macam tak leh tido la plak..bermacam menda yang pikir termasuklah exam esok...persediaan aku esok dah 80%.. hari ni nak tumpukan dekat bahagian A dan jawab semua soalan2 semester yang lepas..aku tak nak terlebih yakin sebab takut aku akan tersungkur..apa yang penting aku akan usaha yang terbaik sebab aku yakin setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dan beri yang terbaik InsyaAllah kita juga akan mendapat hasil yang terbaik...Allah Maha Adil,Dia Maha Bijaksana dan Dia jugalah Yang Maha Berkuasa dan Mengasihani setiap makhluknya...kita sebagai makhluknya hanya perlu berusaha dan selebihnya adalah urusan-Nya...di saat2 macam ni aku harap sangat tiada dugaan besar yang datang kepada aku..aku berdoa moga segalanya baik buat aku..aku memohon agar aku diberi ketenangan jiwa, fikiran yang bersih dan dipermudahkan untuk aku menjawab setiap soalan nanti...ingat, mulakan dangan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah..sentiasa ada wuduk sebab ia akan menghindarkan syaitan dari mengganggu dan masuk dewan dengan langkah kanan..jangan sesekali serabutkan fikiran dengan perkara yang lain..fokus ketika menjawab setiap soalan..baca soalan sekurang kurangnya dua kali dan highlight kehendak soalan dan setiap jawapan yang diberikan(untuk essay question)..kalau tak ingat,tenangkan diri sekejap..pejamkan mata dan berdoa moga Allah membantu mengingat semula point tu..ingat man!!! aku harap aku jugak tak lupa untuk amalkan semua ni ketika menjawab setiap paper nanti..amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)