My Readers

Tuesday, March 26, 2013

DiPAC dan BASiC dalam kenangan...



aku rasa perasaan ni bukan aku je yang alami tapi ramai kawan-kawan aku jugak yang rindu sangat dengan zaman belajar di UiTM Merbok...maksud aku bukanla habiskan sepanjang masa dengan mengadap buku tapi banya menda lain lagi yang sangat dirindukan...aku rasa aku tak ada banyak masa yang terluang masa aku dekat Merbok..yela..3 tahun Diploma, aku terlibat dengan Diploma in Public Administration Club (DiPAC) sebagai Setiausaha Agong...masih ingat lagi masa aku mula-mula nak dilantik..aku rasa macam pelik...janggal pun ada..haha...yela, selalu kan tugas-tugas S/U ni kerja orang perempuan tapi kali ni lelaki pulak kan...tapi aku terima cabaran tu sebab aku ni memang suka buat proposal..hehe...sampaikan memang kawan-kawan satu batch pun kalau ada program nak buat memang aku la yang dilantik untuk buat proposal...alhamdulillah...sikit demi sikit aku belajar sampai la dah boleh hafal apa yang patut ada dalam proposal..kalau pergi HEA tu memang aku rasa tak yah kenalkan diri dah...Puan Norsiah tu dah memang cam sangat muka aku...bukan senang tugas ni tapi bila kita enjoy, semuanya akan berjalan lancar...jangan risau lah...jangan pernah rasa terbeban dengan tanggungjawab..apa kerja yang tak pernah aku buat masa aku pegang jawatan dulu...semua aku pernah merasa..dari ketua projek sampai la ke jawatankuasa bawahan..aku buat sebab aku nak dapat ilmu tu..walaupun kadang-kadang orang cakap aku tak perlu nak buat kerja orang lain tapi aku tetap buat...sebabnya??kalau kita buat kita la dapat...apa orang nak cakap lantak la..nak jadi pemimpin yang baik, kita kena tahu apa kerja setiap orang bawahan...rasa sendiri susahnya nak laksanakan tugas tu..baru la kita boleh cari jalan penyelesaian yang terbaik kalau ada masalah...ingat, ketua yang baik akan sentiasa bertanggungjawab dengan apa sahaja yang berlaku ke atas anak buahnya..sentiasa mempertahankan anak buah dia dalam apa keadaan sekalipun...haaa..kan dah bersyarah aku kat sini..haha...serius rindu dengan team DiPAC...muaz, awie, elma, wani, fira, adam, saf dan semua-semua la..tak lupa jugak untuk penasihat terbaik kami iaitu En Koordinator...hehe..sentiasa menyokong setiap program yang kami anjurkan..susah senang bersama-sama kami lah..mana mau cari penasihat sebaik ni??hehe..aku pernah tekad kalau masuk degree je aku dah tak nak terlibat dengan persatuan pelajar lagi tapi akhirnya aku tak mampu...aku bertanding jugak dalam Pilihanraya Bachelor of Administrative Science Club (BASiC) untuk jawatan presiden...memang kena bising jugak la awal-awal tu...yela, Penasihat Akademik aku nak aku fokus je sebab dia kata degree ni lagi susah dan dia nak sangat tengok aku dapat Anugerah Naib Cancelor..abang pun sama...dia tak nak dah aku sibuk berprogram...kalau nak terlibat jugak, aku kena janji satu perkara dengan dua-dua orang ni iaitu aku takkan pernah sesekali abaikan pelajaran..kalau result aku teruk, memang boleh ucap selamat tinggal la untuk jawatan yang aku pegang...terduduk jugak aku sekejap...fikirkan masak-masak betul ke apa yang aku buat ni...serius, aku nak sangat jadi seorang pemimpin pelajar...aku nak sama-sama jalankan program dan beri manfaat yang terbaik untuk pelajar...akhirnya, aku sahut jugak cabaran tu...syukur punya team yang sangat terbuka dan boleh menerima teguran aku...ada kalanya aku boleh gelak-gelak..tapi bila mana kita perlu serius, aku akan jadi sangat serius sampai kadang-kadang orang bawahan aku pun takut nak tegur...yela, aku takut nak main-main dengan tanggungjawab sebab setiap tanggungjawab yang dah diamanahkan akan dipersoalkan kelak.. yang penting, aku dah buat yang terbaik..ada yang masih tak puas hati?itu aku minta maaf sebab hanya itu yang termampu yang aku bagi...pelajaran jugak ok..alhamdulillah..dapat kekalkan keputusan untuk setiap semester...serius aku rindu korang semua Jawatankuasa BASiC Sesi 2011/2012.. terima kasih sangat untuk sokongan korang dekat aku...mariam, ayu, fahmi, amin, rohaizat, aki, keroll, akmal, hanim, hanun, akim dan farhana..bermula dengan Kem Kepimpinan di Sg Sedim dan berakhir dengan Trip Langkawi...pengalaman yang takkan mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila...aku bersyukur jugak sebab penasihat kami pun memang terbaik...Encik Tunku Nashril..memang sempoi.. kepala gila-gila jugak...senang dibawa berbincang...langsung tak pernah halang apa je kami nak buat asalkan kami tahu limit kami..memang sedikit memudahkan kerja aku yang sukar...hehe...apa pun kenangan dengan DiPAC dan BASiC memang awesome!!! rindu korang semua...bila la agaknya kita boleh lepak sama-sama lagi kan...nak meeting sama-sama, gaduh sama-sama, stress sama-sama dan sudahnya gelak sama-sama...ohoi korang tak rindu aku ke???hahaha...