My Readers

Friday, March 18, 2011

dinner BASIC...

macam pelik je..aku tak pergi dinner BASIC tapi aku pulak yang nak update pasal dinner tu malam smalam di SP INN Hotel...huhu..pertama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak buat en.koordinator dan puan penasihat BASIC sebab aku tak join dinner smalam...alasan yang aku berikan adalah tak de member dan segan sebab tak da baju yang sesuai...erm...hanya alasan semata-mata...sebenarnya aku sedih sangat sebab tak dapat join dinner smalam..cuma alasan sebenar aku tak pergi sebab aku tak nak lagi sedih bila mereka diraikan semalam..dua orang pensyarah yang pernah mengajar aku dan aku akui aku memang rapat dengan mereka..entahla..apa la nak jadi semester depan bila dah kedua-duanya tak ada...mungkin banyak menda akan bertukar..dari koordinator,penasihat sampai pensyarah... walau ape pun, aku memang tak dapat halang dieorang pergi sebab dieorang nak sambung PHD..InsyaAllah aku juga berhasrat nak ikut jejak langkah mereka...dua pensayarah yang berasal dari sabah..sekampung dan memang sangat kuat bekerja...kadang2 aku pun naik takut tengok cara mereka bekerja..langsung tak pikir pasal rehat..dieorang berdua adalah inspirasi aku...bila la akan berjumpa lagi bila kedua-duanya dah terbang ke luar negara..pape pun hidup mesti diteruskan..langkah harus diayun..berbekalkan nasihat mereka, aku tekad untuk berjaya seperti mereka!!!

Destructive Japan tsunami caught on film

vedeo tsunami yang melanda Jepun...moga mereka tabah menghadapi segalanya...




lagi kes kematian akibat Adenovirus...

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini pagi semalam selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti 'Adenovirus'.Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu.Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada Selasa minggu lalu selepas dirawat selama lima hari di unit rawatan sama.

Mohd Redzuan yang berasal dari Bandar Sungai Buaya, Rawang dimasukkan ke HKL sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi.

Bapa Mohd Redzuan, Ishak Daharin, 48, menyifatkan kematian anak sulung daripada tiga beradik itu sebagai suratan takdir dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.

“Walaupun saya kehilangan seorang anak yang sangat baik, saya reda... Selepas doktor memberitahu keadaan anak saya semakin kritikal malam tadi (semalam), kami sekeluarga, datuk serta neneknya sentiasa berada di sampingnya sehinggalah dia meninggal dunia. 
“Dari kecil dia (Mohd Redzuan) memang mahu menjadi seorang inspektor dan sanggup meninggalkan kerjanya sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat galian minyak dan gas semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Ishak dan isterinya, Nur Faridah Anum Isa, 48, turut mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana banyak membantu dari segala segi termasuk sokongan moral sepanjang anaknya dirawat di HKL.


*sumber: berita harian online