My Readers

Wednesday, October 5, 2016

Ph.D: Bahangnya makin terasa


Sebelum nak mula study pagi ni, memang aku perlukan terapi. Bila dah luahkan dekat kawan baik, aku rasa lega sikit. Ph.D, memang sesuatu yang menggerunkan bagi aku sekarang. Awalnya tak terasa sangat, tapi sekarang aku dah mula terasa bahangnya. Bukan senang untuk aku hadapi journey ni sorang-sorang dan aku faham kenapa masa pertama kali aku meeting dengan Supervisor, dia suruh aku kahwin cepat-cepat. Bukan pasal umur yang semakin meningkat tetapi perjalanan Ph.D ni sangat mencabar dan kau perlukan seseorang untuk sentiasa menyokong kau dalam apa jua keadaan, jatuh dan bangun, suka dan duka. Terus tetiba malam semalam aku rasa nak kahwin walaupun aku tahu menda tu takkan dapat aku buat dalam masa terdekat ni. Selepas mak abah takde, dan adik beradik pun sibuk dengan hal masing-masing, aku memang hanya ada kawan-kawan yang boleh aku percaya dan kongsi apa yang aku rasa. Dan aku juga kena faham yang masa berlalu dan keadaan tak mungkin sama macam yang kau sentiasa harapkan. Hari ni mungkin kau dapat lepak, sembang-sembang, gelak-gelak dengan dieorang tapi esok belum tentu. Bila jauh, segalanya akan turut jauh. Masing-masing ada komitmen dan setiap kali aku nak kongsi, aku mesti fikirkan dieorang dulu. Takut-takut dieorang sibuk dan for sure aku tak nak tambahkan lagi masalah dieorang. Bagi yang memahami, aku syukur sebab tolong sama-sama cuba selesaikan masalah aku. Ph.D, memang akan buat kau tidur tak lena. Setiap pagi kau bangun dengan harapan yang kau akan dapat ilham untuk menulis dan lengkapkan puzzle yang masih belum terjawab. Makin kau baca, makin kau rasa banyak lagi yang tak selesai. Sampai satu tahap kau rasa diri kau bodoh sangat. Kau mula fikir negatif dan kecewa dengan diri sendiri. Kau rasa nak give up dengan segala cita-cita dan impian yang selama ni kau dambakan. Semua perasaan ni aku tengah lalui sekarang. Aku cuba sehabisnya untuk kembali positif, selesaikan satu-persatu dan kembali untuk betul-betul senyum teruskan perjalanan yang aku tak tahu bila kesudahannya. Mohon doanya semua. 

4 comments:

  1. Salam Prof., aku takdak phd lagi. Tapi master by research ni pun boleh tahan syaitonnya..hehe. konsep study aku pun memang sama modul dengan phd. Aku cuma boleh kata, hang kena sabaq ja. Perjalanan benda research ni, memang takdak shortcut. Aku summarize kat hang la kan, bagi aku, 1st stage kita baca jurnal article, kita paham. 2nd stage, kita mula jumpa article guna high english pulak. 3rd stage, mula jumpa method2 yang tak penah dengaq pulak. 4th stage, jumpa theory2 pelik. Tapi hang kena go on jugak, memang sampai rasa nak muntah. Then stop sat. Absorp benda2 baru tu. Once hang dah sampai 4th stage tu, kira right track la. Lepaih tu, baru slowly hang akan dapat konsep2 yang biasa digunakan dalam kajian bidng hang. Gudluck! Hang boleh punya. Orang terpilih ja boleh buat research2 serabut ni. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Tips yang amat berguna buat aku. Puan Pensyarah benar-benar memberi inspirasi buat murid baru belajaq macam aku ni. La ni dah makin nampak apa yang aku nak kaji. Tadi pun baru hantaq latest draft dekat SV.Tunggu la apa feedback berdarah aku akan dapat.haha. Hang dah viva blom? Tahniah tau. Selamat sambung Ph.D plak lepas ni eh

      Delete
  2. salam encik saya lepasan stpm and saya sangat berminat nak belajar kat luar negara..tapi saya x tahu cara caranya,,bole x tolong balas chat ni..ni email saya zaikaeyka@gmail.com...terima kasih encik..atau encik ade fb..ni fb saya rizsch medina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Boleh email sebarang pertanyaan dekat saya ye. InsyaAllah saya bantu mana yang boleh. rahmanlatip89@yahoo.com

      Delete