Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke UiTM pengambilan kedua sesi 2011/2012 mulai 1 Julai 2011 ini. Permohonan kemasukan ini bagi mengikuti program pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui UiTM
Kemasukan dan Program Pengajian
Pengambilan kedua UiTM ini adalah untuk kemasukan dan program pengajian berikut;
Kemasukan November 2011
- Program Asasi Undang-Undang dan Diploma
Kemasukan November/Disember 2011
- Program Profesional – CAT, CBA, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM, LW222 dan LW601
Kemasukan Februari 2012
- Program Ijazah Sarjana Muda
Syarat Kemasukan
- Semua calon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian yang berkenaan.
- Sila rujuk laman web UiTM – Syarat Kelayakan atau Selangkah Ke UiTMuntuk maklumat lebih terperinci.
Program Yang Ditawarkan
- Calon boleh memohon mana-mana program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan.
- Perlu diingatkan bahawa tidak semua program pengajian dibuka untuk permohonan.
- Sila rujuk laman web UiTM – Senarai Program Pengajian untuk maklumat lanjut.
Cara Memohon
- Permohonan kemasukan ke UiTM pengambilan kedua ini adalah melalui aplikasi dalam talian (Online) di laman web www.online.uitm.edu.my.
- Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sendiri, di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan di laman Web Aplikasi Elektronik UiTM dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011/2012 akan ditutup pada 31 Julai 2011.
Keputusan Permohonan
Status dan keputusan permohonan boleh disemak di laman web UiTM – Bahagian Pengambilan Pelajar.
Pertanyaan
- Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke UiTM ini boleh menghubungi talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau fax 03 5544 3170.
- Jika menghadapi masalah teknikal semasa mengisi permohonan, sila hubungi talian 03 5521 1376/ 1381/ 1383 atau fax : 03 5544 2197 atau email :uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my