My Readers

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W di hari yang amat berbahagia ini...betapa rindunya kepada Rasulullah S.A.W...terima kasih Ya Allah berikan rasa kerinduan ini...aku rasa sebak sangat sekarang ni... sambil mengalunkan puji-pujian kepada Allah dan kekasihNya, tiba-tiba aku jadi terlalu rindu kepada Rasulullah...alangkah bertuah jika dapat berjumpa walaupun dalam mimpi...Ya Allah, sesungguhNya baginda adalah kekasih teragungMu...Nabi terakhir yang teramat sayang dan kasihkan umat baginda...Akhlak dan peribadi baginda adalah yang terbaik..Role Model bagi seluruh umat islam sehingga akhir zaman...Aku rindu kepadanya Ya Allah...jika dulu ketika di sekolah rendah dan sekolah menengah aku sering terlibat dengan perarakan ketika sambutan maulidur rasul..aku juga terlibat dengan pertandingan syarahan agama sempena maulidur rasul tanpa aku hayati dan mendalami sepenuhnya segenap tujuan dan maksud menyambutnya...tapi kini aku sedar bahawa aku sangat rindukan baginda...betapa baginda telah menunjukkan akhlak yang paling terpuji.. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk aku mengikuti segala sunnah baginda agar aku juga dapat mencintai baginda sebagaimana Engkau kasih dan sayang padanya...Sesungguhnya kasihMu kepada baginda mendahului kemurkaanMu terhadap umat baginda..jangan Engkau biarkan hati ini untuk terus leka dengan segala tipu helah dunia...Ya Rasulullah, umatmu ini amat merindukanmu.....