aku tak punya ramai sahabat..hanya mereka yang betul-betul rapat dengan aku, yang aku selalu kongsi kisah hidup aku, yang sentiasa akan ada saat aku susah dan senang dan yang paling penting ikhlas dalam bersahabat..believe me, mereka-mereka ni aku anggap macam adik beradik aku sendiri.. aku takkan pernah berkira dengan sahabat aku.apa yang aku mampu tolong akan aku tolong..dalam hidup aku sehari-harian aku cuba untuk jadi sahabat yang baik..walaupun jauh aku takkan pernah lupa sahabat aku.. ada masa aku teringat korang, aku akan mesej atau call..apa sahaja yang boleh gembirakan sahabat aku, aku akan buat.. aku bersyukur sangat sebab Allah hadirkan sahabat yang sangat baik dan dapat bantu aku waktu susah dan senang.. selalu kita akan cakap kawan senang mudah dicari tapi kawan susah memang susah nak dapat.. itu sebabnya bagi aku kawan yang ada time aku susah itulah yang aku namakan sahabat..hari ni sebenarnya aku hampir hilang seorang sahabat yang memang baik, yang dah banyak bantu aku, yang akan sentiasa support aku saat aku down, yang tak pernah jemu nasihatkan aku kalau aku ada masalah..mungkin Allah nak tengok sejauh mana aku faham akan maksud persahabatan..sedikit salah faham yang buatkan aku rasakan yang aku dah hilang kawan...kadang-kadang kita nak kawan faham kita macam mana kita faham dia, lakukan perkara yang sama apa yang kita dah buat dekat dia tapi disinilah aku belajar erti ikhlas.. kalau dah niat kita untuk gembirakan orang lain, jangan sesekali harapkan balasan sebab selayaknya yang kita boleh harapkan hanyalah dari Dia, Rabb Maha Pencipta..serius, setiap kali aku lakukan kebaikan tambah-tambah dekat kawan baik, aku sangatlah gembira..dapat tengok kawan aku senyum bahagia, cukup untuk buat aku rasa tenang..itu sebab aku sangat takut kalau hilang sahabat...ibarat macam hilang satu nikmat kurniakan Allah yang sangat berharga...tanpa sahabat, aku tak rasa aku mampu berdiri teguh macam sekarang, sebab dieorang lah yang bagi aku keyakinan saat aku dah tak percaya dengan diri sendiri..Alhamdulillah segalanya kembali baik seperti dulu..terima kasih sahabat!!!