My Readers

Thursday, September 27, 2012

hanya Tuhan yang tahu...






Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

kita hanya merancang...

untuk semester terakhir aku di UiTM Kedah dan sebulan terakhir aku sebagai peneraju Bachelor of Administrative Science Club (BASiC), ada beberapa perancangan yang telah aku susun dan harapnya akan dapat dilaksanakan...untuk diri aku, memang aku tak kisah sangat jika aku tak dapat penuhi niat nak bercuti sebelum semester ni tamat tapi apa yang lagi penting adalah perancangan aku untuk BASiC...janji aku dengan pelajar...so far perjumpaan dengan pelajar baru dan majlis bacaan yassin dan solat hajat telah selesai dilaksanakan...tinggal beberapa je lagi... antaranya Family Day, Malam Pra Graduan dan Pilihanraya BASiC...kalau ikutkan memang aku dah lantik ketua projek untuk setiap program ni tapi aku sendiri kena bantu untuk pastikan semuanya berjalan lancar...selain pada tu memang ada dua atau tiga lagi yang aku masih diamkan sebab masih dalam perancangan...aku harapkan menjadi la kan...semester ni memang terpaksa kurangkan aktiviti atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan...setakat ni aku rasa aku dah puas hati dengan apa yang telah aku berikan...aku dah cuba segala yang terbaik untuk memberi semaksimum mungkin apa yang patut seorang ketua buat...nak turun pun rasa lega...moga segalanya akan dipermudahkan hendaknya...

Annual General Meeting BASiC 2012

semalam telah diadakan AGM BASiC buat kali pertama untuk tahun ni dan memang akan jadi yang terakhir jugak buat aku sebab bulan depan aku bakal turun..sedih habaq hang...dijangkakan Pilihanraya BASiC 2012/2013 akan diadakan pada 15 Oktober ini...seminggu sebelum tu iaitu 8 Oktober, secara rasminya semua MT Exco BASiC sesi 2011/2012 akan dibubarkan..sekali lagi aku sedih... sedih sebab nak tinggalkan BASiC..kalau tanya aku apa pengalaman yang aku dapat sepanjang aku menerajui BASiC setahun lepas, memang terlalu banyak yang aku pelajari...terutama dalam menerajui sebuah persatuan yang besar dan mempunyai pelbagai "demand" dari pelajarnya...AGM semalam memang sangat berjaya..aku tak sangka Dewan Sarjana 2 "full house"..yela..dengan hujan lebat tak henti memang buat aku risau berapa ramai je yang akan datang...tengok-tengok memang penuh sesak..ada yang duduk atas tangga...ada yang datang dalam keadaan basah kena hujan..fuhh, memang tabik lahh..tayangan video aktiviti semester lepas jugak buat aku sedih...rupanya dah banyak program yang kami lakukan... rasa sekejap je setahun tu berlalu... banyak jugak yang aku cakapkan semalam...antaranya aku ucapkan selamat datang kepada semua warga baru BASiC...memang dieorang ni sangat bagus..mana taknya, aku suruh dieorang berdiri untuk perkenalkan diri 5 saat je tapi dieorang tetap tegak berdiri sampailah aku cakap dah boleh duduk baru dieorang duduk...bagus betol...sangat mendengar arahan...hehe...komitmen yang dieorang bagi pun aku cukup hargai...berada sebagai pemimpin Bachelor of Administrative Science Club memang mematangkan aku..terima kasih semua...teruskan menyokong BASiC dan segala program yang akan dilaksanakan =)



full house

penasihat 1 kami, Mr Nashril..sangat sporting orangnya =)


tengah bagi ucapan sikit

semasa tayangan video diadakan

burger dan air untuk semua =)