My Readers

Sunday, September 30, 2012

aku kena berubah...


rasanya dah lama aku tak ambil tahu atau buat tak endah atau dalam kata lain aku tak pernah serius memikirkan tentang satu hal ni...bagi aku belum masanya lagi untuk aku berubah...entah kenapa aku lebih selesa jalani kehidupan yang aku ada sekarang...memang betul aku bersyukur dengan setiap apa yang telah dikurniakan olehNya...tapi kadang-kadang aku risau sampai bila aku harus jadi macam ni...aku tak sepatutnya biarkan hal ni macam tu je...aku kena lakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri pada masa depan...sedih rasanya kalau aku tak lakukan perubahan ni...aku tahu tak ada siapa pun yang akan boleh ubah diri aku kecuali aku sendiri...cukuplah aku bersabar dengan semuanya selama ni...mungkin ini menjadi titik permulaan yang baik buat aku untuk terus kekal positif..hiraukan setiap apa yang orang lain akan katakan kerana siapa dieorang untuk menghakimi hidup aku, apa yang aku lakukan malahan dieorang langsung tak ada kena mengena dengan diri aku...jadinya aku harus tekad dan sedar bahawa aku tak perlukan kata-kata dieorang untuk menentukan siapa aku nanti...jadi diri sendiri adalah yang terbaik..puaskan hati sendiri lagi bagus dari sentiasa cuba nak jaga hati orang lain sedangkan aku sendiri tak pernah fikirkan pasal diri sendiri...InsyaAllah aku yakin yang aku boleh lakukan!!!

mimpi berada di zaman jepun...

kelmarin aku dapat satu mimpi..memang agak pelik mimpi ni sebab aku tak pernah dapat mimpi macam tu sebelum ni...aku mimpi kampung aku dilanda banjir besar...masa tu aku dengan mak memang berpegang tangan...kami selamat dan bila banjir tu surut je kami tengok semua tempat dah jadi huru hara...askar jepun di merata tempat..ramai yang lari menyorok sebab takut ditembak... memang sangat menakutkan bila kebanyakan yang dijumpai oleh askar jepun akan ditembak mati...aku rasa aku menyorok dalam longkang..ramai jugak buat menda yang sama...akhirnya memang askar jepun jumpa kami semua...kami diangkut masuk dalam trak dan dibawak ke kubu dieorang...memang sedih la..nak makan pun susah...nak buang air lagi la...kami tak dibenarkan pergi mana-mana sebab memang senapang kat tepi kepala...sedih wooo...ramai yang menangis dan trauma...kami cuba nak mintak bantuan tapi tak ada siapa yang berani ingkar arahan askar jepun... lepas tu aku tersu tersedar...sedikit sebanyak mimpi ni memberi gambaran buat aku betapa peritnya pejuang-pejuang kita dulu nak lepas dari jajahan luar...berapa ramai yang dah terkorban...semuanya demi nak mendapatkan kkemerdekaan...Ya, aku bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki hari ni..terima kasih Ya Allah..terima kasih Malaysia...

Saturday, September 29, 2012

aku tak kisah langsung...


aku tak kisah dan tak mahu tahu langsung siapa kau sebelum masuk UiTM Merbok walau pada asalnya ko pun sebenarnya pelajar UiTM jugak...al kisahnya kata kau hebat dulu...pegang jawatan dalam organisasi tertinggi pelajar...tapi aku tak rasa yang aku nampak semua tu dalam diri kau sekarang ni...langsung tak ada...tolongla...pelajar baru buat cara pelajar baru walaupun kau dah bertahun belajar dekat UiTM...tolongla ikut segala ketetapan yang dah dibuat..bukan susah pun..ni sampai nak kena mesej berkali-kali maklumkan perkara yang sama...yang bagusnya kau langsung tak balas...buat bodoh lagi ada la...memang kau hebat sangat kan???haish...aku tak suka nak marah sebab korang sebaya adik aku...aku kalau boleh nak tolong sebaik mungkin tapi dah kalau macam ni lah perangainya minta  maaf la...ciri pemimpin tu memang tak ada dalam diri kau..tak payah nak berangan ank pegang jawatan yang tinggi kalau arahan yang sikit ni kau buat tak endah..duduk diam-diam dan belajar rajin-rajin...aku kalau boleh tak mahu kisah pasal kau tapi aku kena kisah sebab kau dah menyusahkan aku dan orang lain yang ternyata sangat bersabar dengan sikap kau... tolonglah jangan buat perangai macam ni "cik"...tolong hormat segala kebaikan yang orang dah buat...tolong ek...terima kasih...

Thursday, September 27, 2012

hanya Tuhan yang tahu...






Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

kita hanya merancang...

untuk semester terakhir aku di UiTM Kedah dan sebulan terakhir aku sebagai peneraju Bachelor of Administrative Science Club (BASiC), ada beberapa perancangan yang telah aku susun dan harapnya akan dapat dilaksanakan...untuk diri aku, memang aku tak kisah sangat jika aku tak dapat penuhi niat nak bercuti sebelum semester ni tamat tapi apa yang lagi penting adalah perancangan aku untuk BASiC...janji aku dengan pelajar...so far perjumpaan dengan pelajar baru dan majlis bacaan yassin dan solat hajat telah selesai dilaksanakan...tinggal beberapa je lagi... antaranya Family Day, Malam Pra Graduan dan Pilihanraya BASiC...kalau ikutkan memang aku dah lantik ketua projek untuk setiap program ni tapi aku sendiri kena bantu untuk pastikan semuanya berjalan lancar...selain pada tu memang ada dua atau tiga lagi yang aku masih diamkan sebab masih dalam perancangan...aku harapkan menjadi la kan...semester ni memang terpaksa kurangkan aktiviti atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan...setakat ni aku rasa aku dah puas hati dengan apa yang telah aku berikan...aku dah cuba segala yang terbaik untuk memberi semaksimum mungkin apa yang patut seorang ketua buat...nak turun pun rasa lega...moga segalanya akan dipermudahkan hendaknya...

Annual General Meeting BASiC 2012

semalam telah diadakan AGM BASiC buat kali pertama untuk tahun ni dan memang akan jadi yang terakhir jugak buat aku sebab bulan depan aku bakal turun..sedih habaq hang...dijangkakan Pilihanraya BASiC 2012/2013 akan diadakan pada 15 Oktober ini...seminggu sebelum tu iaitu 8 Oktober, secara rasminya semua MT Exco BASiC sesi 2011/2012 akan dibubarkan..sekali lagi aku sedih... sedih sebab nak tinggalkan BASiC..kalau tanya aku apa pengalaman yang aku dapat sepanjang aku menerajui BASiC setahun lepas, memang terlalu banyak yang aku pelajari...terutama dalam menerajui sebuah persatuan yang besar dan mempunyai pelbagai "demand" dari pelajarnya...AGM semalam memang sangat berjaya..aku tak sangka Dewan Sarjana 2 "full house"..yela..dengan hujan lebat tak henti memang buat aku risau berapa ramai je yang akan datang...tengok-tengok memang penuh sesak..ada yang duduk atas tangga...ada yang datang dalam keadaan basah kena hujan..fuhh, memang tabik lahh..tayangan video aktiviti semester lepas jugak buat aku sedih...rupanya dah banyak program yang kami lakukan... rasa sekejap je setahun tu berlalu... banyak jugak yang aku cakapkan semalam...antaranya aku ucapkan selamat datang kepada semua warga baru BASiC...memang dieorang ni sangat bagus..mana taknya, aku suruh dieorang berdiri untuk perkenalkan diri 5 saat je tapi dieorang tetap tegak berdiri sampailah aku cakap dah boleh duduk baru dieorang duduk...bagus betol...sangat mendengar arahan...hehe...komitmen yang dieorang bagi pun aku cukup hargai...berada sebagai pemimpin Bachelor of Administrative Science Club memang mematangkan aku..terima kasih semua...teruskan menyokong BASiC dan segala program yang akan dilaksanakan =)



full house

penasihat 1 kami, Mr Nashril..sangat sporting orangnya =)


tengah bagi ucapan sikit

semasa tayangan video diadakan

burger dan air untuk semua =)

Sunday, September 23, 2012

apabila aku disekat...

aku sedang belajar untuk jadi pemimpin yang baik..pembelajaran itu ternyata bukan hanya diisi dengan pelbagai masalah yang aku harus fikirkan sendiri jalan penyelesaiannya tetapi aku harus sentiasa bersedia untuk dimaki dengan kata-kata yang kesat, ideaku ditolak bulat-bulat dan segala apa yang aku buat tidak langsung dianggap bermanfaat..aku disekat...darah muda ini memang tercabar...aku sentiasa sangat bersabar sebab inilah yang harus aku belajar bila mana aku ingin menjadi pemimpin yang cekal..bayangkan kadang-kadang segalanya sudah aku rancangkan tetapi hanya dengan satu sebab, aku terpaksa batalkan semuanya..terkilan, kecewa apatah lagi sesal dengan diri sendiri kerana aku tak mampu untuk jadi pemimpin yang baik...aku tak diberi kesempatan untuk melunaskan segala amanah dan kepercayaan yang diberi kepada aku dengan sebaiknya...apa daya aku??di akhirnya aku hanya mampu untuk menuruti..  maafkan aku wahai diri...aku disekat...sampai satu tahap aku rasa tiada apa lagi yang mampu aku lakukan.. cukuplah..hanya setakat ini yang mampu aku sempurnakan...aku tenangkan hati yang sedang marah dan kecewa..air mata menjadi teman paling setia membantu memulihkan segalanya...mungkin sudah tiba masanya untuk aku undurkan diri...bukan mengalah dan langsung aku tidak rasa yang aku kalah..cuma aku rasa cukuplah...mungkin akan ada pengganti yang lebih baik yang mampu memberikan yang lebih baik dari apa yang telah aku lakukan......

Saturday, September 22, 2012

‎#TanyaNajib Bajet 2013

Jom sama-sama join dan terlibat dalam pembangunan negara...

Kata Perdana Menteri:

Tinggal beberapa hari saja lagi saya akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen. Pembentangan Bajet tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya. Atas kesempatan itu, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua di atas input yang diberikan dan ini sekali gus membuktikan bajet kali ini dibuat dari rakyat untuk rakyat. 


Bajet ini dijangka bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi negara, malah ia juga membawa impak yang baik kepada masyarakat. Oleh sebab itulah saya mahu terus berinteraksi dengan anda semua bagi mendapatkan maklum balas mengenai bajet tersebut selepas ia dibentangkan.

Bagi tujuan itu, saya akan menganjurkan satu lagi sesi #TanyaNajib pada 3 Oktober depan bersamaan dengan hari Rabu pukul 9 malam. Pada sesi tersebut, anda semua akan diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai Bajet yang telah diumumkan itu. Maka, saya menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlit, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi #TanyaNajib itu nanti.

Saya masih ingat, pada sesi #TanyaNajib sebelum ini yang diadakan pada 11 Januari tahun lalu, saya menerima reaksi memberangsangkan menerusi Twitter. Saya telah menjawab sebahagian daripada soalan anda semua itu menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara.

Menyedari hakikat bahawa Bajet kali ini akan memberi inisiatif yang sangat besar kepada negara, saya melihat penganjuran sesi #TanyaNajib kali kedua ini memberi manfaat sangat baik kepada kita semua. Untuk penganjuran sesi #TanyaNajib: Bajet 2013, saya merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum. Ah Jib Gor, Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi. Saya akan mengadakannya menerusi akaun Google+ saya - klik di sini untuk +1 saya [http://bit.ly/najibGoogle] - selain akan menerima setiap soalan melalui laman media sosial yang lain. Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter [http://bit.ly/najibTwitter] dan Facebook [http://bit.ly/najibFacebook] untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan.

Justeru itu, saya menggalakkan anda semua untuk mengambil peluang untuk menyertai perbicangan penuh bermakna ini yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sangat berharap dapat mendengar reaksi daripada anda semua!

sumber: http://1malaysia.com.my/my/blog/tanyanajib-2013-budget/

Friday, September 21, 2012

pengsan...

nak bagitau yang aku rasa macam pengsan semalam..jap-jap..pengsan boleh rasa ke??haha...cerita sebenarnya adalah aku tidur macam orang pengsan semalam...malam sebelum tu memang dah tak cukup tido sebab aku kena siapkan practical report..then, pagi tu pulak ada kelas...habis je kelas, aku pi makan jap..lepas zohor terus jumpa research partner aku untuk siapkan research pulak sebab kedua-duanya nak kena hantar semalam jugak..sampai pukul 4 lebih jugak la aku bertapa dekat library(jangka masa yang paling sekejap setakat ni untuksiapkan research)..dah hantar kedua-dua tu aku pun balik rumah..badan dah memang penat..otak jangan cakap la...dah la beberapa hari ni aku diuji dengan macam-macam...bila aku dah tak tahan, air mata jela yang jadi penawar..untuk sesetengah perkara aku memang sensitif...tetiba teringat mak dan abah...rindu sangat-sangat dengan dieorang...terus doakan moga dieorang sentiasa tenang dan bahagia dekat sana...dalam pukul 6 lebih tu aku memang niat nak rehat kejap la kan...tengok-tengok tak sedar langsung...tau sampai pukul brape??5 pagi habaq hang!!!huhu..memang teruk sungguh aku penat semalam kan...bangun je terus buat solat isyak yang masih berbaki beberapa minit je lagi...alhamdulillah, terasa sangat segar dan bersemangat pagi ni...aku dah set dalam minda yang hari ni adalah hari untuk aku berehat..esok baru nak sambung buat kerja...aku kemas bilik,kemas dapur,basuh pinggan mangkuk, masak untuk tengahari (menu sup ayam dan ikan goreng je then buat sambal belacan sikit), beli barang rumah sikit dan tengok movie...hehe...memang terasa sangat produktif hari ni tau...lega sebab dapat buat banyak kerja lain selain fokus untuk akademik...esok ada program dengan orang Kampung Bujang, Merbok...memang sibuk lah...harap-harap tak"pengsan" lagi la =)

2 minggu yang menyesakkan....

assalamualaikum....dah lama rasanya tak update...nak kata sibuk sangat tak lagi la sebab baru 2 minggu pertama kan mendaftar balik dekat UiTM Merbok tercinta ni...dengan persatuan pun baru habis satu program..minggu depan insyaAllah ada Annual General Meeting (AGM) sebelum bubar...belajar?baru habis chapter 1..otak pun masih dalam masa untuk menyesuaikan diri balik walaupun aku dah lama tunggu nak masuk belajar semula...assignment pun dah ada..minggu depan aku ada 2 presentation yang harus dilangsaikan...research??haha..baru nak mula hangat...aku harap sangat diri aku dapat sangat bersabar untuk menyiapkan research semester ni..nak buat sungguh-sungguh..awal-awal ni nak tukar banyak benda pun tukarlah.."buat sampai buleh" (bak kata orang kedah kan)..yup..yang pasti aku benci kau wahai cik putus asa..jangan sekali-kali kau datang dekat aku..ada faham???hehe..tetapi dua minggu sangat menyesakkan bagi aku...ramainya pelajar dekat kampus..aku rasa hampir 6 ribu orang...kalau dulu parking motor tak payah nak risau tetapi sekarang semua nak kena berebut...macam hape je lagi...angin jugak la aku dengan perangai segelintir adik-adik junior diploma ni kan...kurang adab sungguh...nanti aku cerita lebih lanjut apa yang kurangnya...sabar jela...tak ape...minggu ni je pun nak sesak...sebab bermula minggu depan pelajar diploma dah mula study week..so memang tak sesak sangat la berbanding dua minggu ni...nak parking pun senyum je...yela, pelajar degree tak ramai kat sini..dalam seribu lebih je...memang akan tenang dekat semua tempat dalam kampus..hehe...bagus jugak la sistem kemasukan dah bertukar..lega hati sikit nak belajar kan =)

Saturday, September 15, 2012

akuarium dah meriah....

yeayyyy!!!memang tengah gumbira sebab akuarium aku dah meriah balik...dah banyak ikan...aku dah tak boleh kira berapa banyak ikan yang aku bela setakat ni dah mati..haha...nak buat macam mana...bukan aku yang biarkan dieorang semua terseksa tapi dieorang yang suka nak bunuh diri sendiri...cuba duduk diam-diam je kat dalam akuarium tu...tak dela korang mati kan...haha...semalam kawan aku dah belikan aku lagi sepuluh ekor ikan..kebetulan masa balik beraya dari rumah sensei, aku singgah kedai ikan..beli lagi sepuluh ekor ikan..yang dah sedia ada lima ekor..so aku ada 25 ekor ikan...banyak tu...aku harapkan hayat ikan ni akan lama la bersama aku...terima kasih wahai semua ikan-ikan sebab menjadi kekasih aku =)













Tuesday, September 11, 2012

semangat nak pergi kuliah...


korang ada tak perasaan macam tu??hahaha...entah kenapa semangat aku untuk semester ni lebih sikit dari biasa...mungkin sebab dah semester terakhir kot...sampaikan kakak aku cakap aku gila..haha...bagus apa kalau kita semangat nak pergi kelas...nak belajar sungguh-sungguh..tak mau main-main dah dan berazam untuk memberikan sepenuh perhatian ketika di dalam kelas...tak bagus gitu??haha...apa orang nak cakap pun cakaplah janji aku memang sangat suka pergi kelas...tambah-tambah lagi semester akhir ni kelas tak banyak..so kena la hargai setiap kelas yang ada kan...jam dah menunjukkan pukul 9.28 minit pagi..waktu untuk bersiap ke kelas...jom!!! =)

Sunday, September 9, 2012

bahagian khidmat pengurusan PDC

sedikit gambar kenangan aku sepanjang berpraktikal selama 5 minggu di Penang Development Corporation

 kepala gila-gila jugak dieorang berdua ni..kak hanida dan herman..hehe

 try jap pakai topi koboi ni...sehari sebelum perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri pulau pinang

 macam kakak rapatnya kami...kak azmah..


 rakan sekerja...kak siti husina, kak siti fatimah, kak ita dan azlina =)


 ni kat luar.level tiga PDC..

 ini la supervisor aku...agak strict tapi baik hati.. Puan Wong Foong Yee

 bergambar dengan boss bahagian procurement, Encik Samad



 ni la tempat aku...amacam ada gaya jadi pekerja cemerlang tak??hehe

 dengan Puan Wendy...boss bahagian personnel

 bersama kak nala yang expert tentang prestasi pekerja dan puan janet berkenaan tender

ni bestfriend aku kat PDC...herman

Saturday, September 8, 2012

timetable untuk semester terakhir....


waaa...terbaikkkk..itu je yang aku boleh cakap tentang timetable aku untuk semester yang terakhir ni...buat pertama kalinya hari ahad aku cuti...hehe..best kan??tak berapa nak padat dan ini membolehkan aku untuk tumpukan lebih kepada research dah jugak practical report...aku hanya ada 3 paper masa final exam nanti..apa yang aku harapkan untuk semester ni adalah dapat buat yang sehabis baik macam yang sebelumnya dan kalau boleh nak dapatkan result yang paling cemerlang...agak-agak boleh tak?? mesti boleh!!! kan Malaysia Boleh..hehe..yela...ada kawan aku yang semester lepas dia dapat 3.90 untuk semester terakhir...aku pun nak jugak...apa yang penting sekarang ni aku betul-betul semangat nak masuk kelas..nak belajar sungguh-sungguh dan tutup buku untuk Ijazah Sarjana Muda aku dengan hadiahkan kepada mak dan abah Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan Anugerah Naib Cancelor mungkin?insyaAllah...

Monday, September 3, 2012

coretan raya 2012...

macam yang bagitau sebelum ni yang tahun ni memang tahun yang amat sedih untuk kami adik beradik sebab beraya tanpa mak dan abah...semuanya serba tak kena...walau apa pun raya tetap harus diraikan...

bakar lemang di malam raya

di pusara mak...

di pusara abah...

speechless....masa ni raya ke 3 rasanya...tengok anak sedara main bunga api aku pun join la...seronok jugak jadi budak kecik jap =)