My Readers

Saturday, February 1, 2014

Cara-cara sambung belajar ke luar negara Bhgn 2




Nampaknya permohonan Skim Pasca Siawazah Luar Negara bagi tahun 2014/2015 dah diklankan di akhbar utama negara..agak terkejut sebenarnya sebab tahun ni MARA buka permohonan dalam talian awal berbanding tahun-lepas iaitu pada 6 Mac..aku rasa ada beberapa sebab permohonan bagi tahun ni dibuka seawal 3 Februari sehingga 16 Februari..berdasarkan apa yang dah berlaku tahun lepas, ada bagusnya dibuka awal bagi memberi lebih masa kepada pemohon yang berjaya untuk selesaikan hal-hal berkaitan terutamanya mendapatkan tawaran tidak bersyarat dari universiti-universiti terkemuka dunia..harapnya tahun ni prosesnya lebih lancar berbanding tahun lepas..apa pun memang kena banyak bersabar..satu lagi mungkin tahun ni juga akan ada proses yang lebih panjang.. kalau 2 tahun lepas, mereka yang memohon tak perlu jalani ujian psikometrik mahupun interview sangatlah beruntung, bagi yang tahun lepas pun aku kira masih beruntung sebab hanya perlu jalani ujian psikometrik tanpa perlu jalani interview.. jadi mungkin tahun ni akan ada interview dan tentunya proses pemilihan akan jadi lebih sengit...nampak gayanya macam tahun ni lagi ramai yang akan memohon..pihak MARA juga mengenakan syarat yang lebih ketat berbanding sebelumnya dari segi pemilihan universiti..

jadinya, untuk mengelakkan sebarang masalah, silalah mohon universiti seperti yang tertera di dalam lampiran A sahaja..untuk maklumat lanjut boleh like page Pascamara2014..sebarang makluman terkini akan diwar-warkan dekat page tu..ikut pengalaman sendiri, alhamdulillah tahun lepas aku dapat 3 offer..yang paling cepat tak sampai dua minggu adalah tawaran unconditional offer dari University of Sheffield..seminggu kemudian, aku dapat conditional offer dari King's College London... ada syarat yang aku kena penuhi iaitu lampiran transkrip rasmi untuk peringkat Ijazah dengan CGPA minimum 3.50 yang mana aku hanya boleh bagi selepas hari konvokesyen..sehari lepas konvokesyen terus aku email dan tak sampai 15 minit dapat email untuk Unconditional Offer bagi MSc in Public Services Policy and Management..satu lagi tawaran yang amatlah lambat untuk aku dapat adalah dari University of Edinburgh..aku rasa hampir 4 bulan juga baru dapat...permohonan aku dekat LSE tak lengkap sebab aku tak bayar application fees..masa aku dapat tahu yang aku terpilih untuk ke Ujian Psikometrik, aku dah dapat 2 tawaran...pihak MARA memang minta kami bawa surat tawaran tu ke ujian psikometrik yang diadakan hujung bulan April kalau tak silap.. susah ke ujian ni?? memang soalan ni la yang semua orang asyik tanya...untuk ujian ni, 100 soalan objektif yang mesti dijawab (50 Bahasa Melayu dan 50 Bahasa Inggeris) beserta satu short essay tentunya di dalam Bahasa Inggeris (50 patah kata sahaja)...semuanya mesti dijawab dalam masa 1 JAM SAHAJA..kejam kan??haha..ramai yang kata tak cukup masa dan tak sempat nak siapkan dalam masa satu jam..bagi aku, jawab soalan objektif tak perlu ambil masa yang lama untuk satu soalan..sekali fikir je terus jawab tapi kena yakin la dengan jawapan tu..memang tak akan ada masa nak semak balik jawapan...untuk persediaan bagi ujian ni, aku ada buat beberapa latihan yang aku cari dekat internet.. lebih kepada ujian attitude..untuk tips, jawab soalan Bahasa Melayu dulu..agak mudah dan tak perlu nak fikir panjang (banyak soalan berkaitan sivik dan personaliti diri)..yang Bahasa Inggeris agak mencabar sebab banyak aspek yang ditanya (berkaitan asas grammar, computer, entrepreneurship)..aku memang kantoi dekat soalan berkaitan entrepreneurship.. memang aku tak pernah tahu term yang digunapakai dalam soalan dan jawapan..jadi hentam sajalah..ada la 3 soalan yang aku hentam..bab essei jangan risau memang sangat mudah..hehe.. beberapa minggu lepas tu, keputusan pun keluar..Alhamdulillah syukur selagi lagi aku lulus dan berjaya dapat surat tawaran.. esoknya aku terus maklumkan dekat pihak Kings yang aku dapat sponsor dan secara automatik aku dah menerima tawaran dari pihak King's College London  bagi kemasukan September 2013..urusan dengan pihak universiti pun dah selesai dan aku tak terima tawaran penginapan oleh pihak kolej sebab terlampau mahal..jadi, kena cari sendiri la rumah sewa..aku cari dekat Zoopla..Memang membantu..selain tu, cuba la tanya kawan-kawan atau senior yang belajar di tempat yang sama kan..selebihnya, kena penuhi apa yang pihak MARA nak..antaranya Medical Checkup, surat dari penaja sebelumnya jika selain MARA (contohnya kalau sebelum ni penaja kita PTPTN, kena minta surat penangguhan bayaran balik PTPTN atas alasan sambung belajar ke luar negara), Passport (maklumat terbaru aku dengar ada diskaun 50 % untuk pelajar..hanya bawak surat tawaran uni, surat tawaran penaja dan gambar passport 2 keping), VISA ( kos lebih kurang RM1600++), dan Tibi Test (aku buat kena RM 210)..memang kos semua RM 2000++ juga la..yang boleh tuntut dengan MARA hanyalah untuk bayaran VISA..satu lagi, kena wajib hadiri kursus BTN..hehe..cuma dalam proses dari dapat surat tawaran besyarat sampai la nak dapat surat tawaran rasmi beserta agreement, kena banyakkan bersabar...memang banyak dugaan yang nak kena tempuh.. nasib baik aku duduk area KL je jadi senang nak naik turun bangunan MARA..aku rasa berpuluh kali juga la aku pergi MARA semata-mata nak selesaikan semua hal yang berkaitan...kalau telefon, aku rasa memang harapan la nak dapat cakap dengan staff MARA sebab dieorang semua sibuk sangat...apa lagi ek? berkaitan tiket kapal terbang, aku minta pihak MARA je yang belikan tapi kalau korang nak beli sendiri pun boleh dan nanti boleh tuntut balik sekali dengan duit VISA..seminggu sebelum nak berangkat baru aku dapat tiket...biasanya MARA takkan beli untuk tarikh yang terlalu awal..contohnya kalau kena daftar 16 September, biasanya MARA akan beli tiket untuk tarikh 15 September...3 hari sebelum terbang baru aku dapat semua elaun..MARA akan bagi sekaligus untuk 6 bulan..jadi pandai-pandai la berjimat sebelum nak tunggu hujung bulan 2 pulak...mula bulan ketujuh, duit akan dimasukkan secara bulanan...aku rasa ini je kot yang dapat aku kongsi... jadi untuk yang berhasrat nak sambung belajar ke luar negara, aku ucapkan Selamat Berjaya!! insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana...yakin dengan Dia pasti semua akan baik-baik saja =)

*p/s kalau ada yang aku terlupa atau nak tanya tentang lain-lain, boleh terus PM aku dekat Facebook ek