Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia.Katanya, antara fakta menyebabkan pasangan berkenaan bernikah menggunakan perkhidmatan majlis itu kerana masalah peribadi termasuk membabitkan poligami.“Pasangan Malaysia berkahwin di sini membabitkan kahwin dengan perempuan negara sendiri (Malaysia) atau berkahwin dengan wanita Thailand serta Indonesia. Apa yang peliknya, ada warga Arab yang kahwin di sini kerana mahu mengelak kos tinggi berkahwin di negara mereka,” katanya.
Ishak juga mengesahkan tiada sindiket nikah palsu dilakukan ahli jawatankuasa MAIN dan kegiatan seperti itu dikesan melalui orang tengah yang mengambil kesempatan terhadap pasangan yang terlalu ingin berkahwin dengan cara mudah
cuba jadi macam filem ni...kan aman hidup =)
terkejut aku baca paper hari ni tau...kenapa ramai yang buat macam ni ek?alasan utama adalah kerana berpoligami..kenapa takut nak kawen dekat malaysia??takkan sebab kos mahal kot?atau takutkan isteri sendiri?erm..entahla...bagi aku tak salah nak berpoligami tapi biarlah dengan cara yang betul...tak perlu sampai nak pergi menikah dekat siam kot...kalau betul-betul nak, terangkan dekat isteri elok2...apa terjadi kesudahannya kena la tanggung kan sebab korang yang nak sangat bermadu..betoi dak???