My Readers

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah kepada 9,239 calon dapat Semua A dalam SPM

Seramai 9,239 orang calon sekolah-sekolah di bawah KPM mendapat keputusan semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud hari ini.Mengumumkan keputusan tersebut, Datuk Abd Ghafar menyifatkan peningkatan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat semua A adalah seramai 1,252 orang (0.29%)  berbanding dengan tahun 2009, seramai 7,897 calon.

Beliau turut berbangga dengan pencapaian calon sekolah KPM dalam SPM 2010.Menurut Datuk Ghafar, "seramai 368,559 orang calon (91.2%) telah berjaya mendapat sijil SPM berbanding 364,046 orang (90.8%) pada tahun 2009."Ini bermakna, bilangan calon yang mendapat sijil meningkat seramai 4,513 orang (0.4%) dan Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2010 meningkat kepada 5.19 berbanding 5.34 pada tahun 2009," tambah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Peningkatan GPN ini menurut Datuk Abd Ghafar ialah "penumpuan yang calon dapat berikan terhadap mata pelajaran yang diambil setelah Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan dalam SPM mula dilaksanakan pada tahun 2010."Bilangan calon yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran turut meningkat seramai 7,970 kepada 68,114 calon berbanding pada tahun 2009 seramai 60,144 calon. Bilangan calon yang gagal telah menunjukkan penurunan iaitu dari 2,877 pada tahun 2009 kepada 2,773 orang calon, iaitu penurunan seramai 104 orang (0.03%).Prestasi calon bandar dan luar bandar turut menunjukkan peningkatan berdasarkan nilai Gred Purata Nasional, iaitu 0.04 peratus bagi bandar dan 0.22 peratus di luar bandar menjadikan masing-masing 4.89 dan 5.52 berbanding tahun sebelumnya 4.93 dan 5.74.

*sumber: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

pesanan khas buat si dia..tolong sampaikan k..


tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya...
tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cintaNya...
tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa dan leka...

tolong nasihati si dia , jangan menyintaiku lebih dari dia mncintai Yang Maha Esa...
tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapanya...

tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga...
tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...

tolong ingatkan si dia , aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
tolong ingatkan si dia , aku kasihnya kerana sikapnya...

tolong tegur si dia ,  bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
tolong tegur si dia ,  bila dia tengelam dalam angan-angannya...
tolong tegur si dia ,  andai nafsu mengawal fikirannya...

tolong sedarkan si dia , aku milik Yang Maha Esa...
tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga...
tolong sedarkan si dia , tangungjawabnya besar kepada keluarganya...

tolong sebarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
tolong sebarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
tolong sebarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dirinya...
tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian serta cita-citanya...
tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku...

tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Pencipta...
tolong sampaikan pada si dia , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

tolong sampaikan kepada si dia Ya Allah..hanya Engkau yang mengetahui siapa si dia..moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya bertemu mawar berduri yang terjaga dan dijaga rapi oleh tuannya...